Hai pembaca kesayangan,
Waktu memasak di dapur adalah antara waktu yang paling penting. Kita tertunggu-tunggu nak masuk dapur untuk sediakan juadah bagi keluarga kita. Bila sebut sahaja perkataan memasak, yang pertama kita kena ada ialah menu .. lepas tu bahan-bahan membuatnya dan paling penting ialah peralatan memasak yang sesuai .. periuk? Kuali? Senduk dan lain-lain lagi .. semuanya sama penting, kan.
Dalam entry ini Misz-ella nak share tentang kuali jenama NUYEO kuali bersaiz 28 inchi yang sering Misz-ella gunakan di dapur.
Siapakah NUYEO? NUYEO ditubuhkan pada 20 tahun yang lalu dan adalah peneraju utama dalam produk peralatan memasak di Korea. Produk-produk peralatan memasak NUYEO berkualiti tinggi dan telah lulus ujian makmal. Ianya disahkan sebagai “non-toxic” dan selamat digunakan oleh pelbagai lapisan umur.
Peralatan memasak NUYEO menggunakan teknologi “marble plus coating” di mana lapisan di permukaan kuali atau periuk keluaran NUYEO adalah 3 kali lebih tebal dari teknik “coating” biasa. Teknik ini menjadikan lapisan tersebut tahan lebih lama dan bertahan dua kali lebih lama berbanding dengan lapisan berasaskan PTFE biasa.
Teknologi canggih “marble plus coating” ini menjamin kerja-kerja memasak menjadi lebih mudah, manakala kerja-kerja pembersihan juga menjadi lebih senang.
Misz-ella dah gunakan kuali NUYEO ini dan antara ciri-ciri istimewa
produk NUYEO adalah :-
Sesuai semua jenis dapur
Kuali dan periuk NUYEO boleh digunakan di semua jenis
dapur samada dapur gas, hot plate, dapur elektrik mahupun induction cooker.
Senang menyerap haba
Kuali dan periuk NUYEO menggunakan teknologi terkini dimana ia dapat menyerap haba dengan lebih cepat menjadikan ia cepat panas (walaupun menggunakan api yang sederhana). Ini dapat menjimatkan waktu memasak. Proses memasak yang lebih cepat ini menjadikan khasiat makanan kita lebih terpelihara kerana makanan tidak “over cooked”
Tidak melekat (Non-stick)
Meskipun ia adalah non-stick pan tetapi kita digalakkan menggunakan sedikit minyak bagi menjaga permukaan kuali NUYEO agar tidak terdedah kepada haba panas secara langsung.
Senang dibersihkan
Saya suka memasak
menggunakan kuali NUYEO ni sebab
kualinya senang dibersihkan. Hanya perlu guna span lembut biasa dan sedikit
sabun. Tak perlu sental dengan kuat kerana permukaan kuali NUYEO yang licin memudahkan segala kotoran dibersihkan. Jangan sesekali gunakan penyental yang
dibuat dari besi kerana ia akan merosakkan permukaan kuali atau periuk
NUYEO tersebut.
Cara-cara gunakan kuali NUYEO
Panaskan suhu dapur dan terus masukkan sedikit minyak. Tidak digalakkan memanaskan kuali tanpa minyak dan jangan gunakan suhu yang tinggi (saya guna kekuatan suhu no. 2 sahaja). Teknologi canggih yang digunakan oleh NUYEO mampu menyerap haba dan memanaskan kuali atau periuk pada suhu yang rendah dan dalam waktu yang singkat.
Sebaik sahaja kuali sudah sedikit panas (tak perlu tunggu suhu naik terlalu tinggi) kerja-kerja memasak boleh diteruskan. Gunakan senduk atau sudip yang dibuat dari kayu atau plastic tahan panas sahaja. Jangan guna senduk atau sudip besi kerana ia akan merosakkan permukaan kuali.
Pengalaman memasak saya menggunakan kuali NUYEO ini .. proses memasak lebih cepat, kualiti makanan lebih baik .. masakan tak “overcooked” kerana kita guna suhu/api kecil sahaja ketika memasak. Kerja-kerja mencuci peralatan memasak sangat mudah. Saya suka!
Peralatan memasak NUYEO boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu 26cm, 28cm dan 30cm. Semuanya cantik-cantik. Lepas masak boleh terus hidang kerana periuk dan kuali NUYEO “are so presentable”.
Maklumat lanjut tentang produk-produk NUYEO boleh didapati di :-
NUYEO website : https://nuyeo.com/
NUYEO IG: nuyeokr
NUYEO FB: Nuyeo Kitchenware
Buat mereka yang mahu shopping produk NUYEO, boleh lah layari :
NUYEO LazMall: https://bit.ly/3D2P0J2
NUYEO Shopee Mall: https://bit.ly/3mbLEwF
2 comments:
fuhhh bestnya kalo dpt kuali ni!
Adeh!! Laju nak pergi dapatkan ni.. Hehe..
Post a Comment