Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tenggek Burung Cafe - suasana indah, rasa makanan meriah!

Hai pembaca kesayangan,

Baru-baru ini, Misz-ella telah ke Tenggek Burung Cafe, sebuah kafe menarik yang lokasinya di Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur.

 

Terletak di No. 2, Lorong Bukit Keramat 4, Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur, dari luar, banglo ini tidak kelihatan seperti sebuah cafe tetapi tetap menggamit perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.



Landskap dan wakaf menuju ke pintu cafe -  Cantik, bersih, santai dan tenang. 



Ada tangga untuk ke tingkat atas. Ohhh comel !



Salah satu ruang makan di dalam cafe. Sangat tenang dan santai, kan. OK Jom kita tengok Menu. Lets check it out!



Roti Paung bersama Serawa durian dan Sambal Bilis Garing
Roti paung ini sangat istimewa kerana ianya adalah 'freshly baked'. Rotinya lembut dan gebu. Set roti paung ni didatangkan bersama Serawa Durian dan Sambal Bilis Garing - kombinasi yang sangat menarik terutama buat orang yang tak makan pedas seperti Misz Ella. Sedap sungguh Serawa durian tu. Sesuai untuk 4 atau 5 orang.



Pesto Pasta  
Saya bukanlah penggemar pasta berperisa Pesto tapi yang ini sedap! Penggemar pasta pesto sila lah cuba.



Cucur Udang
Cucur Udang semestinya tidak asing di kalangan orang Melayu dan merupakan antara “snek” kesukaan Misz-ella. Cucur Udang di Tenggek Burung Cafe ni sedap. Rangup, tidak berminyak, saya makan berkeping-keping tanpa jemu. Memang “enjoy” gila. Jangan lupa cuba, k.


Nasi Goreng Petai
Sangat disyorkan buat penggemar nasi goreng dan petai. Kita combine semuanya dalam satu, dan didatangkan bersama Ayam Goreng Berempah, Telur Mata dan Acar berserta sambal. Dijamin kenyang dengan kepuasan kerana sedap!



Beef Lasagna
Daging hancur yang dimasak sempurna dan secukup rasa disaluti cheese. Makan semasa ia masih panas, melting cheese tu sangat mengasyikkan, sekaligus turut mencairkan jiwa. Nak repeat lagi lah! 




Laksa Johor
Dikatakan, proses penyediaan Laksa Johor agak rumit berbanding dengan laksa-laksa yang lain. Menggunakan isi ikan, rempah kari, kerisik dan santan sebagai bahan utama, penggemar Laksa Johor wajib cuba laksa Johor di Tenggek Burung Cafe ni. Kuahnya cukup pekat dan cukup lemak. Ulam-ulaman dan sambal belacan melengkapkan rasa. 


Kek pandan gula Nisang, Victoria Sandwich cake & Burnt Cheesecake
Saya adalah penggemar Victoria sandwich cake, dua keping sponge kek yang lapisi dengan krim dan jem strawberry.  Dekat sini, 3 keping kek! Menariknya kek-kek di Tenggek Burung Cafe ini adalah kesemuanya adalah "In-house cake" bukan kek dari pembekal dari luar. Rasanya berbeza dan tidak sama dengan kek-kek di tempat lain. Yang pasti ianya kurang manis dan sedap!

Terdapat berbagai jenis kek di Tenggek Burung Cafe yang boleh dijadikan hadiah atau dibawa pulang untuk sebarang majlis. You guys better check it out kerana kek di sini semuanya sedap-sedap.



Tenggek Burung Cafe bukanlah cafe hipster tetapi sesuai untuk semua golongan masyarakat dan peringkat umur. Sesuai untuk dijadikan tempat 'gathering' keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Paling best, Tenggek Burung Cafe adalah cafe yang sangat 'cozy' dan 'instaworthy'. Ada banyak spot yang sesuai untuk 'OOTD', baik di dalam mahupun di luar cafe.




All in .. all in .. I had a good time exploring Tenggek Burung Cafe. Suasana indah dan rasa makanannya meriah yang buatkan kita rasa nak datang lagi. Terima kasih Datin Jazilah (pemilik cafe) dan Kak Sarah kerana jemput Misz-ella.com ke Tenggek Burung Cafe. Terima Kasih Azy dan Aqlima jadi rakan makan untuk kali ini. 

Tenggek Burung Cafe dibuka setiap hari (kecuali Ahad) dari jam 9:30 pagi hingga 6 petang. Parking senang, suasana cafe sangat bersih dan selesa. Tenang dan nyaman kita di sini.

Untuk maklumat lanjut sila ikuti :-

Atau hubungi 0172121856.


1 comments:

Anonymous said...

Alhamdullilah tqvm for the lovely write up..its a joy to have you Ella n gang with us..