Kadang-kadang kita terfikir .. kenapa ada orang yang segalanya mudah bagi dia. Apa dia nak, dia dapat tanpa perlu bersusah payah.
Kenapa ada orang yang sangat bahagia? Seolah-olah dunia ni dia punya.
Kenapa ada orang yang hidupnya kelihatan sangat sempurna? Cantik, kaya, bahagia, ternama .. ada segala-galanya.
Seolah-olah hidup mereka tidak diuji. Kita tertanya-tanya, kan.
Disebalik setiap persoalan yang tiada jawapan, pada akhirnya kita akur kepada ketentuan Allah. Allah uji sebab Allah sayang. Allah uji sebab Allah nak tingkatkan darjat kita.
Siapa lah kita untuk meminta agar tidak diuji? Kita takda hak untuk meminta agar tidak diuji kerana dunia ni memang tempat ujian.
Kita hanya perlu tabah, kuatkan semangat, jaga emosi, redha dan terus rentasi tiap ranjau kehidupan dengan harapan.
Every cloud has a silver lining. Di sebalik setiap ujian, ada hikmah yang tersembunyi. Yang tak kelihatan pada masa ini tetapi pada akhirnya menjadikan kita “perwira di medan derita”
~ RISE & SHINE ~
0 comments:
Post a Comment