Ikan Masin, Lemak Labu & Sambal Daging

Monday, November 12, 2012

Terjumpa labu cinonet kat Jusco masa pegi makan .. terus teringatkan anak kesayangan. Dan-dan tu masukkan dalam trolli, bayar dan blah. Hahaha.


Dan di satu pagi yang pada awalnya Misz-ella rasa malassss sangat nak main masak-masak tetapi .. tiba-tiba teringatkan Si  Labu ..
melompat Misz-ella turun tangga terkedek-kedek masuk dapur.

Dan akhirnya Ikan Terubuk Masin Goreng, Lemak Labu + Tauge dan Sambal Daging Berkentang berjaya disiapkan oleh jari-hari halus yang pada awalnya tersangatlah malas di pagi hari ini. Hello Ella .. Malas is negative. Kick Malas away. Replace with Rajin. *motivasi diri*

Tapi sebenarnya .. even Misz-Ella rajin masak tapi i sebenarnya sangat jarang dapat makan masakan sendiri .. kecuali hari Ahad.  Biasanya Aiman dah Abah dia je yang makan. Almaklumler .. i kan masak pagi sebelum gi kerja .. balik rumah silap-silap dah habis semua dikerjakan Aiman. Hihi.









You Might Also Like

12 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail