Menjadi selebriti bertaraf 5 bintang disini ..

Sunday, March 27, 2011

Ingin tau bagaimana seronoknya menjadi selebriti? Diberi layanan 5 bintang dengan bayaran 3 bintang?? Jom follow me di sini. Pagi Ahad, lepas uruskan hal-hal 'domestic' dalam rumah, bersiapan aku untuk ke Celebrity Fitness. Nak bagi badan lebih kuat dan sehat. Baru lah boleh jadi ibu, isteri, anak, kawan dan pekerja yang baik. Kan ... Hihi ..

Panaskan badan dulu ~ 10 minit je. Aku lebih suka berjalan kaki dengan kecerunan 8.0 selama 10 minit dari berlari. Berlari buat aku stress .. berjalan kaki menenangkan minda dan fikiran.

Mesin ni untuk kuatkan kaki dan tangan

30 kali kaki kiri .. 30 kali kaki kanan. Buat 2 set. So tiap kali datang aku kena buat ni 120 kali.

Threadmill - mesin untuk berjalan kaki, berlari dan mendaki bukit. Satu mesin RM20,000 ~ Mahal betul.  Entah bila la aku mampu nak ada studio sendiri kalo camni. Ahad pagi paling best sebab orang tak ramai .. Boleh pilih mesin mana kita nak. Kalo hari biasa .. jgn harap. Pakai je mana yang ada. Stepper, Cross Trainer, Bicycle pun ada disini. Pilih saja yg mana kita mau ..

90% dari mesin kat sini aku dah penah guna. Pintu kaca tu adalah Studio Yoga.

Mcm penyu erkkk?? Hihihi .. This is Leg Curl machine. Kaki saya menanggung beban sebanyak 33 paun dan akan bertambah hari demi hari bersesuaian dengan peningkatan stamina. Pastu everytime bouce, besi control berat kat sebelah kanan tu jangan sampai berlaga .. so kena kontrol menggunakan otot kaki. Wah .. pasni kaki saya mesti lebih kuat. Seronoknya ... Hihi .. 

Hip abduction machine. Mesin ni datang berpasangan. Hip abduction dan hip adduction. Untuk kuatkan otot peha luar dan peha dalam. Tiap2 kali datang aku kena buat 180 kali dengan beban sebanyak 33 paun dan akan bertambah hari demi hari. Ada berani??

Walaupun 'fully equipped with fully computerised auto machine', training dijalankan dengan dua cara ~ Manual dan menggunakan machine. Sumpah penat u olls. Sejam training pagi Ahad tu, cuma sempat buat lower body je. Nak kuatkan otot perut dan tangan tak sempat. Pastu training yang manual turut melibatkan alat-alat sokongan seperti bola, step board, tali dan macam-macam lagi lah. Coach saya bekas Ahli Sukan, dia dulu 'training' kat stadium. So, dia pandai manfaatkan setiap sudut di dalam Fitness Centre ini. 

This is the person who take care of me. Cik Shu ~ My Coach yg muda dan cantek. Baru 25 tahun dah jadi Qualified Professional Trainer. Hebat, kan. Dulu dia mewakili negara dlm acara Lari Berganti-ganti tapi itu bukan tiket utk jadi Rapid Result Coach di sini sebab Celebrity Fitness ada guideline dia sendiri .. so kena kursus, ambik exam, kena lulus Ujian Stamina, kena belajar dan tau tentang semua mesin-mesin di sini. Nama pun international company, bukan mudah nak dapat taraf 'Coach/Instructor' kat sini. Dia bagus .. dia bagi aku layanan 5 bintang. Sehari sebelum 'training' di akan hantar reminder dgn pesanan .. Kak jgn lupa makan, nanti tak da stamina. Orangnya lembut, sopan tapi tegas.

Alahai .. minggu depan mesti rindu kat dia sebab dia pergi misi mendaki Gunung Kinabalu untuk kali yang ke berapa entah. Respek arr dengan dia .. Org lain nak mendaki gunung siap gi training berbulan-bulan. Dia dah cukup fit sampai tak perlu training langsung. Bila aku tanya dia 'Tak pergi training ke? Dia boleh jawab 'Buat apa?'. Saya tak da masa kak. Saya sibuk 'train' orang je. Caya lah Shu. Hihi ..

Muka penat merehatkan diri di 'Changing Room' lepas burn hampir 1000 calories. Ingatkan nak masuk Sauna Room sekejap*disediakan percuma disini* tapi disebabkan saya keluar dengan pesanan "Ma, balik cepat tau dari Tuan Bodigad", maka hasrat tu saya pendamkan sahaja. Jadi mak camtu la, kan .. Mana-mana pergi mesti ingat anak. Apa-apa pun mesti anak dulu. Harta kita dunia akhirat tu. Kalo kita dah tak da esok, dia je la yg kita harapankan kirim pahala kat kita. So, keutamaan memang untuk dia. So, lupakan sahaja lah impian nak masuk "Sauna Room" tu. Hihi .. 

Setelah puas dilayan seperti Celebrity di sini, bila pulang ke rumah .. saya tetap ibu, isteri, chef, bibik di rumah sendiri. Back to the reality world. Hihi .. Sila abaikan muka pucat tanpa mekap dan rambut serabai saya ye. Hihi ..

Kalau tak suka aktiviti yang membebankan diri dan mengerah kudrat serta tenaga seperti "Weight Training' yang  saya buat tu, boleh la cuba aktiviti yang lebih 'gugurl' di Aerobic Studio, Yoga Studio dan Cycling Studio. Tapi Cycling Studio tu .. Ya Ampun .. belum berani saya nak masuk lagi. Gerun lah tengok training dia. Hihi .. Disini, tiap-tiap hari .. setiap jam ada class .. pilih saja masa yang bersesuaian dengan kita bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam dan setiap Ahad ada Free Yoga Class for Kids. Untung la sapa-sapa ada anak kecik .. dapat belajar Yoga dengan percuma. 

Kawan-kawan, kalau ada yang berminat nak join mana-mana gym make sure gym tu ada Instructor ye .. so that kita dapat gunakan mesin tu dengan betul. Kalau salah cara .. silap-silap leper dada kita. Hihi .. Sebab  ada sesetengah mesin, cara perempuan dan lelaki tak sama. So, jangan salah buat tau. Bahaya tu. Hihi ..








You Might Also Like

56 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail