Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Fasha Sandha terjebak skandal dalam Khilaf Yang Tertulis

Fasha yang sunyi kerana kurang mendapat perhatian serta kasih sayang dari suaminya yang sentiasa sibuk dengan kerja, mula mengisi kesunyian dengan beralih ke media social.



Begitulah watak Fasha dalam drama Khilaf Yang Tertulis yang telah mula ditayangkan di slot Drama Sangat pada 27 Mei 2024.


Konflik bermula apabila anaknya Yana (lakonan Puteri Balqis) mengesyorkan ibunya Misha (lakonan Fasha Sandha) untuk aktif di laman social bagi mengurangkan rasa bosan bila ditinggalkan ayahnya untuk bekerja. Hubungan Yana dan ibunya sangat rapat dan Yana adalah satu-satunya anak perempuan yang sering mendengar luahan hati ibunya yang sudah lali dengan kehidupan yang sunyi selama berbelas-belas tahun. 

Tanpa disangka, Misha yang aktif membuat LIVE di media social itu, telah menarik perhatian ramai menerusi perkongsian tentang hidup beliau yang sunyi termasuklah Nordin (lakonan Fadlan Hazim). Nordin mengisi kekosongan dan kesunyian Misha lantas bermulalah percintaan mereka berdua.

Tapi bahagia mereka  terhenti apabila Misha menerima berita buruk tentang suaminya yang menimbulkan rasa bersalah di hati Misha. Misha kemurungan. Apakah kesudahan kisah rumahtangga Misha?

Jangan lupa tonton drama Khilaf Yang Tertulis di slot Samarnda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10:00 malam di TV3 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my muat turun applikasi Tonton melalui Google Play atau Apps Store.

Panorama indah Kuala Lumpur dari Tamu Sky View

Tarikan baru buat penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang! Tamu Sky View bakal dibuka kepada orang awam mulai 1hb Jun 2024 bagi membolehkan pengunjung menikmati panorama indah Kuala Lumpur. 


Terletak di tingkat 42 Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur, ruang anjung terbuka ini bakal menjadi tumpuan ramai kerana pengunjung dapat menikmati keindahan panorama seluruh ibu kota dengan skala 360 darjah.

Tiga mercu utama Kuala Lumpur iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Merdeka 118 berserta dengan bangunan pencakar langit yang lain dapat dilihat jelas dari ruang anjung terbuka ini. 




Pengarah Jualan dan Pemasaran Tamu Suites & Hotel Kuala Lumpur, Syamsir Abu Bakar berkata, pembukaan Tamu Sky View dilihat mampu meningkatkan jumlah tetamu dari dalam dan luar negara ke hotel itu. Ia akan dibuka bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12 malam. Berbagai aktiviti akan diatur oleh pihak hotel dengan caj tambahan. Ruang anjung Tamu Sky View juga dibuka untuk acara persendirian dengan tempahan minima untuk 30 orang.

Harga pengenalan ke Tamu Sky View :

Warga Malaysia
RM35 nett (Dewasa)
RM18 nett (Kanak-kanak)

Warga Asing
RM70 nett (Dewasa)
RM40 nett (Kanak-kanak) 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-26031999 atau whatsapp ke 019-3039360.

Orang-orang Sakit

 Orang-orang sakit bukan hanya wujud di rumah sakit sahaja malah di mana-mana.

Bermula dari jiwa yang lara, maka emosi terganggu lalu dizahirkan melalui perkataan dan perbuatan bagi meluahkan kesakitan.

Sebab tu aku paling kesian tengok orang marah-marah. Ya Allah .. hati dia sakit. Kesian. Kau berilah dia rezeki ketenangan hati dan kelapangan dada. Buanglah kesakitan itu dari dirinya agar beliau boleh bergembira. Amin. 

Villa Nur Jannah - pilihan terbaik buat pencinta alam semulajadi

Berita baik buat pencinta alam semulajadi! Villa Nur Jannah yang terletak di Janda Baik menawarkan pengalaman tinggal bersama alam semulajadi dalam suasana yang serba moden dan selesa.






Villa Nur Jannah dimiliki oleh Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putra dan Datin Majmin Said ini telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Ismail Sabri, mantan Perdana Menteri Malaysia ke 9. Majlis pelancaran dimulai dengan bacaan doa selamat dan diserikan dengan persembahan tarian tradisional, lawatan ke sekitar villa serta jamuan makan dalam suasana penuh harmoni dan meriah. Terima Kasih kepada tuan dan puan rumah di atas layanan indah ini.




Menurut Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putra dan Datin Majmin Said, villa yang pada asalnya adalah rumah hujung minggu keluarga ini kini dibuka bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang merasai pengalaman hidup 'bersama alam' seperti mandi air sungai yang bersih, menghirup udara segar tanpa pencemaran sambil dikelilingi kehijauan alam semulajadi dan bertemankan bunyi-bunyi alam yang menenangkan.





Villa Nur Jannah yang mempunyai lapan bilik ini boleh memuatkan sehingga 40 orang penghuni dalam satu masa. 



Paling menarik adalah, Villa Nur Jannah memiliki sungai persendirian yang tidak perlu dikongsi dengan pengunjung lain serta mempunyai kawasan ‘glamping’ yang menawarkan pengalaman berbeza. 

Selain dari itu, villa Nur Jannah juga mesra pengguna berkerusi empat dan warga emas.




Meskipun terletak di dalam hutan, Villa Nur Jannah sangat moden dan berciri mewah lengkap dengan 'gymnasium' dan spa, karaoke, BBQ pit, surau yang boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu masa. Kemudahan dan peralatan asas untuk memasak turut disediakan dan segalanya adalah PERCUMA (tiada caj tambahan).

Villa Nur Jannah yang berkeluasan 4000 kaki persegi ini dibuka untuk penginapan. Harga promosi (pratempah sebelum Julai 2024) adalah :

RM3,500.00 untuk penginapan dari hari Isnin - Khamis
RM5,000.00 untuk pennginapan pada hujung minggu (Jumaat - Ahad)
RM7,000.00 untuk penginapan pada hari cuti khas


So buat peminat alam semulajadi, mari rancang 'staycation' di Villa Nur Jannah bersama ahli keluarga atau sahabat anda. Samada tua atau muda, Nur Jannah sesuai untuk semua.  Misz-ella pun tak sabar nak ber 'staycation' di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-7344505 atau email ke villanurjannah@gmail.com

Jangan lupa ikuti Instagram Villa Nur Jannah di  https://www.instagram.com/villanurjannah/

5 ribu penonton di Konsert Ziana Zain 2024 bersama CSA Academy

 

5 ribu penonton mencipta memori indah bersama Diva Pop, Ziana Zain di konsert Ziana Zain 2024 yang dibawakan khas oleh CSA Academy pada 25 Mei 2024 apabila mereka menyanyi bersama-sama penyanyi kesayangan mereka di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.



Bagai melepas kerinduan kepada Ziana yang telah 22 tahun tidak muncul di dalam konsert solo, penonton ber 'karaoke' lagu demi lagu,  mengiringi nyanyian Ziana sekaligus mencipta memori bersama penyanyi kesayangan mereka.





Konsert anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse ini dibawakan khas oleh CSA Academy selaku penaja utama. Selama lebih dari 2 jam, penonton dibuai dengan lagu-lagu popular Ziana seperti Madah Berhelah, Kekal, Putus Terpaksa, Anggapanmu, Dingin dan Puncak Kasih.

Lagu-lagu Ziana Zain yang ‘evergreen’ dengan melodi indah dan lirik yang menyentuh perasaan semestinya membangkitkan nostalgia lalu hingga ada yang menitis airmata bersama.


"Saya terharu dan sangat berterima kasih dengan kehadiran peminat yang menjadi tulang belakang kerjaya saya selama ini " - Ziana Zain




Pihak penganjur, Anuar Zain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui My Creative Ventures di atas sokongan berterusan kerajaan dalam membangunkan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik bagi menjayakan konsert ini.






Mee Goreng Mamak Udang Galah, Lempeng Kelapa Gula Merah di Hotel Tamu


Hai lovely readers! Misz-ella ada berita baik untuk kaki makan. Siapa suka makan Mee Goreng Mamak? Saya! Lempeng kelapa? Ohh saya sangat suka pancake Melayu ini.

Baru-baru ini Misz-ella telah menjamu selera di Tamu Junction Place yang terletak di lobi Hotel Tamu & Suites di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru Kuala Lumpur.  


Mee Goreng Mamak Udang Galah - RM29++

Sebaik sahaja Mee Goreng Udang Galah ni sampai … WOW! Terpegun kerana ini tidak di sangka-sangka ianya datang dengan Udang Galah yang bersaiz besar. 

Setelah puas berterapi mata dan kamera, dengan lafaz Bismillahirahmannirahim .. saya makan. Suapan pertama .. ummm sedap! Suapan seterusnya .. Ye! Memang sangat sedap. Mee goreng Mamak secukup rasa lengkap dengan udang galah goreng bersaiz besar dan segar, sotong, ayam, ubi kentang yang dipotong kiub dan hirisan tauhu. Sedap ya amat! 


Lempeng Kelapa Gula Melaka - RM16++

Saya peminat lempeng. Kalau jumpa lempeng, mesti nak cuba. Mula2 saya agak skeptikal dan membayangkan mesti macam lempeng yang mak buat di rumah tetapi sebaliknya kerana Lempeng di Hotel Tamu ini telah beri sentuhan baru oleh chef. 


Bukan lempeng kelapa biasa-biasa tetapi ianya telah diberi sentuhan baru iaitu lempeng kosong yang dalamnya ada gula merah (yang dicairkan) dan ditabur kelapa sangai. Sedap dan kreatif! Saiznya pun besar. Boleh dinikmati bersama dengan pasangan atau kawan-kawan.

Rupanya di Kampung Baru bukan sahaja ada kedai tomyam, warung singgang atau nasi lemak tetapi juga makanan lokal yang telah dinaiktaraf dan berkualiti premium. Tahniah Hotel Tamu & Suite dan buat Misz-ella sendiri, saya suka nak kongsikan makanan sedap ini kepada pembaca blog Jari-Jari Halusku ini.

Tergoda tak? Ok Jom kita merancang ke Hotel Tamu bersama kawan-kawan dan kesayangan (business partner pun boleh). Set satu tarikh, bersiap2, start enjin kereta dan set Waze ke Hotel Tamu di Kampung Baru. Dah sampai? Ambil lift ke lobi dan sila ke Tamu Junction Place. Jangan lupa order dua makanan istimewa di sini. Selamat menjamu selera …

KTM kenalkan 4 model motosikal DUKE sempena ulangtahun ke 30

Berita baik untuk peminat motosikal DUKE! Sempena ulang tahun KTM ke-30, pengilang motosikal serta aksesori dan  komponen bertaraf dunia ini memperkenalkan generasi seterusnya iaitu empat model motosikal Duke terbaru, KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390.

Selain dari empat  model itu, satu  lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat iaitu KTM 790 Duke. KTM juga turut memperkenalkan slogan baru: 

No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mendapat permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China. Peningkatan permintaan terhadap model motosikal itu dipercayai kerana faktor harganya yang menarik.

Generasi terbaru ini bakal ‘menjerit’ dan merentas jalan dengan megah beronakan metalik oren ED  Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif untuk perayaan ke-30 tahun Duke.

Seperti mana-mana model Duke, julat  berkuasa tinggi ini akan mengaum meredah jalan raya tanpa kompromi dan tiada tandingan dengan kelengkapan mesin prestasi tulen.

 

Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia

Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka membelah jalan raya dan merentas segala halangan.

Semua rangkaian motosikal itu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi.

 


Sebagaimana  pengalaman penunggangan model KTM Duke yang  sedia ada dalam pasaran, KTM Duke terbaru ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya.

Sambutan ulang tahun ke-30 KTM Duke bukan sahaja untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi kami  mahu berkongsi pengalaman dan mencipta memori penunggangan KTM Duke yang sukar dilupakan.


‘Di dalam setiap keluaran motosikal DUKE, kami gabungkan dua elemen iaitu sedap mata memandang  dengan reka bentuk tajam bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya. Kami  sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang. Mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama  Duke’ kata Goi lagi.

Beliau berkata, selama 30 tahun, idea utama di sebalik setiap model Duke ialah memberikan pengalaman baru dan berbeza kepada penunggang, seolah-olah mereka baru menunggang motosikal.

 “Setiap model ada ciri dan keistimewaan tersendiri. Inilah yang membuatkan Duke terus mendahului pesaingnya di pasaran. Bagi menepati kehendak pasaran hari ini bersama keinginan Duke untuk sentiasa berada jauh di depan, syarikat sentiasa hadir dengan ilham baru yang lebih ‘garang’, berani dan matang,” katanya.

Rangkaian penuh Duke termasuk KTM 200 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM 790 Duke, KTM 890 Duke R, KTM 990 Duke, KTM 1290 Duke dan  KTM 1390 Duke.

Pengedar sah KTM berada di hampir seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Sila layar http://ktmmalaysia.com/discover-our-dealers/ untuk lihat senarai pengedar sah KTM.

Setiap pengedar sah KTM telah menghadiri kursus khas oleh KTM dan memperoleh sijil antarabangsa (sijil keluaran KTM Austria) dan mempunyai mekanik yang bertauliah dan professional.


Peminat-peminat motosikal DUKE, jangan lupa kunjungi pengedar sah KTM bagi melihat sendiri 4 model terbaru motosikal DUKE! 


#KTMDUKEDAY #KTMMALAYSIA #NoBullShit #KTM