Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Raikan diri dalam hutan dan ATV

Hello readers, 

Lagi al-kisah throwback yang berlaku pada bulan Julai yang lalu. Saja nak simpan sini buat memori.

Buat pertama kali, Misz-ella sambut harijadi dalam hutan dengan menaiki ATV dan makan tengahari di tepi sungai dekat Janda Baik.


Happy birthday to me. I’m not old, I just get more matured. Alhamdulillah .. saya sampai. Orang lain belum tentu. Syukur Allah bagi saya peluang sampai ke umur ini. Syukur saya masih menikmati setiap saat melakukan perkara-perkara yang saya suka. Masih suka exercise, minda masih mahu dijamu dengan ilmu-ilmu baru melalui pekerjaan saya, masih suka berkawan (heyy untung lah yang masuk dalam my friends list! Saya sebenarnya sangat pemilih sebab mama pesan kena kawan dengan orang yang baik-baik), masih suka ketawa, masih suka melawa (Mek Ella jangok nama Kelantan saya), masih suka ‘gila-gila’ tapi lebih bijak mengawal emosi, masih suka jaga silaturrahim. Semakin suka berfikir demi mendapat penyelesaian terbaik. Alhamdulillah for everything. 



Terima Kasih kawan-kawan kerana merealisasikan impian mahu sambut harijadi dalam hutan. Taknak pakai crown tapi nak pakai bunga-bunga kat kepala ala-ala Ratu rimba (Terima kasih Kak Yun). Nak makan lauk kampung. Nak hutan dan sungai. Kawan-kawan tambah nak main ATV. Alhamdulillah semua dapat.





Kawan-kawan Misz-ella, kan .. kalau tak kawan fitness, kawan media, bloggers, kawan masa sekolah, jiran-jiran atau my client. Alhamdulillah setakat ni saya berjaya kekal kan persahabatan untuk satu masa yang agak lama. Kalau dah rapat, bergaduh macam adik beradik, bukan untuk berpecah belah tapi kerana mahu mencari satu titik persefahaman. Alhamdulillah jugak saya tak pernah dipinggirkan kawan-kawan ... Ikut kak Ella lah .. kita tanya Kak Ella lah .. begitu lah selalu. Manja ye korang dengan Kak Ella ... macam anak I jugak .. ikut mama lah .. because they believe my decision is the best sebab level cerewet mama sangat tinggi. Sometimes I took longer time to decide compare to others sebab fikiran i pergi ke sini sana dahulu sebelum jumpa titik noktah yang dicari.



Berkongsi harijadi dengan Della kerana harijadi kami selang 3 hari je. Pink is my favourite colour and I always love a tall cake instead of a flat one. Happy sangat bila dapat. Alhamdulillah. 



Dah banyak kali naik ATV tapi yang ni paling best sebab pemandangan sangat lawa, melalui kebun durian, merentasi sungai, mendaki bukit, di tengah-tengah perjalanan kami berhenti untuk kopi kopi. Indah. Segalanya indah. Alhamdulillah.



Kali pertama kita semua sehati sejiwa berkasut sama warna. Keranamu ATV ...


Cantiknya pemandangan. Can I watch that beautiful view every day?


Ada banyak spot untuk photo-photo. I tell you .. dekat 5 juta keping gambar kitorang tau !


Terima Kasih Kak Yun kerana selalu ada (walaupun kadang aku geram sebab dia suka jerit sampai bingit telingaku tapi itulah juga yang buat kita ketawa). Terima Kasih Della kerana selalu jadi tukang dengar kisah-kisah Kak Ella. Terima Kasih Azy kerana selalu buat Kak Ella ketawa (walaupun kadang aku geram sebab dia suka jerit "higher .. higher" kat kelas sampai aku jeling dia balik but that's Azy yang bukan sahaja our coach tapi penghibur hati kami). Terima Kasih Rayme sebab selalu ada untuk kopi-kopi sambil brainstorming. Terima Kasih Farhana sebab sudi luangkan masa ber ATV dengan kami. I love my life. I'm blessed with every breath. Alhamdulillah. Untuk yang mahu ber ATV sambil makan tepi sungai, sila ikuti Instagram ATV Janda Baik di sini. Harga biasa-biasa tetapi best gila!




2 comments:

Illya LeYa said...

Wahhh... Bestnya... Lama jugak LeYa takk main ATV. Bolehlah usha IG mereka sat lagi. Jom ATV!

Nur Khairul Azizi said...

bestnya aktiviti ATV tu... Mesti seronok...