Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

OHBULAN! lancar Kempen Besties, Pape Roger sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

Bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kesihatan mental, OHBULAN! bekerjasama dengan Mental Illness Awareness and Support (MIASA) mengumumkan pelancaran kempen Kesedaran Penyakit Mental Besties, Pape Roger.


Kempen yang akan berlangsung selama sebulan ini juga seiring dengan sambutan "Hari Kesihatan Mental Sedunia" yang diadakan pada 10 Oktober setiap tahun.

Penyakit mental adalah satu isu yang semakin meruncing terutamanya selepas pandemik COVID-19 di Malaysia. Menurut data, individu yang mendapatkan sokongan melalui Talian Bantuan PerkhidmatanSokongan Psikososial (MHPSS), sebuah inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mencatat peningkatan lima kali ganda pada tahun 2022 berbanding dengan tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, 10 Oktober 2022).

Kempen ‘Besties, Pape Roger’  bertujuan untuk memberi maklumat tepat mengenai pengetahuan asas penyakit mental termasuk jenis-jenis, faktor risiko dan cara pengurusan yang berkesan. Kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga bertujuan memerangi stigma dan membongkar tereotaip untuk mencipta persekitaran yang lebih prihatin dan mempromosikan kesejahteraan holistik.

Selain itu, kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga bertujuan untuk menggalakkan komuniti memahami individu yang mengalami masalah kesihatan mental melalui kandungan yang lebih mesra audiens dan mudah difahami.


Perkongsian Peribadi Selebriti

Mengaplikasi kekuatan OHBULAN! sebagai Laman Sosialtainment nombor satu di Malaysia, pihak editorial menemubual beberapa selebriti terkemuka tanah air untuk berkongsi pengalaman mereka menangani isu penyakit mental.

Pempengaruh terkenal tampil untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka. Antaranya ialah Nadia Brian, Zynakal, Sharifah Sakinah, Shuhada Shukri, dan Ayu Hot FM.”

Beliau turut menekankan bahawa penting untuk umum mengetahui bahawa penyakit mental ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.


Laman Sesawang Khas Kempen ‘Besties, Pape Roger’

Satu laman sesawang eksklusif berserta aplikasi yang membolehkan individu untuk meluahkan perasaan secara anonim. Menerusi platform tersebut, audiens dapat berkongsi kisah mereka tanpa rasa risau kerana tiada maklumat peribadi diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ohbulan.com/BestiesPapeRoger



0 comments: