Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kumpulan Jakel dan Ariani sumbang RM3.5 juta bantu ringankan beban rakyat Gaza

 

Jakel Tekstile menyumbang RM300,000.00, manakala jenama tudung Ariani menyumbang RM200,000.00 menjadikan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM500,000.00 kepada Tabung Viva Palestina untuk bantu ringankan beban rakyat Gaza. Sumbangan disampaikan kepada Pengasas Viva Palestina, Puan Sri Norma Hakim di ibu pejabat Kumpulan Jakel, baru-baru ini.



Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (kanan) dan Puan Sri Norma Hakim



Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip (kanan) dan Puan Sri Norma.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Trading, Datuk Seri Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, "Inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersaman dan soladariti kami untuk saudara kami di Gaza"

Dalam satu usaha kolektif bersama kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menyumbang RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AKKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi"

Perang Palestin-Israel yang telah menyebabkan keadaan semakin mendesak dengan serangan Israel ke atas kemudahan awam seperti hospital, sekolah, masjid dan gereja yang ternyata telah melanggar undang-undang peperangan antarabangsa. Banyak nyawa terkorban syahid dan cedera. Dengan keadaan Israel telah mengebom hospital, bantuan perubatan turut menjadi sukar.

Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa. Banyak negara telah tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan asas seperti air, elektrik, makanan dan perubatan.


0 comments: