Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Memori .. Jangan pergi

Sebab kotak memori tak ada butang 'delete' ataupun 'backspace' maka semua peristiwa, buruk atau baik kekal di situ.

Yang baik kita jadikan kenangan. Yang buruk kita jadikan pengajaran. Kita tak sempurna tapi indahnya kejadian Allah maka kita diberi akal untuk berfikir. Setiap jatuh bangun, jerih perih, tawa dan airmata sebuah kehidupan itu sangat bernilai dan bermakna.



Kerana itu juga lah Misz-ella tak pernah buang botol-botol ni. Setiap botol minyak wangi ini punya kisah tersendiri. Ada yang dihadiahkan oleh orang yang dulunya sangat aku sayang tapi kini telah tiada. Ada yang dibeli sendiri. Orang kata jangan pandang belakang tapi kalaulah dengan mengenang semalam boleh mendatangkan kebaikan, why not .. betul tak?

Jangan kita benci kenangan silam kerana disebalik setiap musibah, ada kebaikan dan keindahan tersendiri. Tidak kelihatan di mata kasar tetapi ia membentuk jati diri. Afterall Allah beri ujian untuk duga kita. Kalau kita lepas ujian Allah, ganjarannya sangat indah. 









0 comments: