Hai readers,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang orang kuat disebalik tabir kejayaaan Kedey Kamek, restoran yang membawakan makanan dari negeri Sarawak iaitu Amin Aznizan. Kedey Kamek bukanlah asing di kalangan penggemar makanan Sarawak di Lembah Klang malah Misz-ella sendiri. Kalau dahulu cuma kenal Laksa Sarawak, melalui Kedey Kamek saya menimba pengetahuan yang lebih besar mengenai tradisi dan budaya Sarawak.
Amin Aznizan, pemilik Kedey Kamek
Rasa cinta pada negeri kelahiran beliau iaitu Sarawak membuatkan Amin memperkenalkan Sarawak kepada masyarakat di Lembah Klang apabila beliau membuka Kedey Kamek pertamanya pada tahun 2016. Sehingga kini, Kedey Kamek telah mempunyai tiga (3) cawangan di Lembah Klang iaitu di Sunway Putra Mall, Lalaport dan Taman Tun Dr. Ismail.
Bertatih-tatih dahulu, Bersenang-senang kemudian - Itu yang dialami oleh Amin di awal pembukaaan Kedey Kamek. Ditambah pula dengan fenomena Covid-19 yang melanda dunia. Baru berusia 34 tahun, Amin telah melalui fasa dimana Kedey Kamek dikelolakan sepenuhnya oleh beliau, dari saat pintu perniagaan dibuka - mengambil pesanan pelanggan, menyediakan pesanan pelanggan dan menghantar tempahan pelanggan ke destinasi.
"Semasa masih menuntut di luar negara, Amin jamu rakan-rakan dengan juadah Sarawak dan mereka suka. Dari situ Amin bertekad untuk kenalkan masakan ini kepada lebih ramai orang lagi, dari situ lah bermulanya idea untuk membuka Kedey Kamek."
Sebelum mulakan perniagaan Kedey Kamek, Amin telah melalui beberapa fasa getir apabila terpaksa menutup beberapa perniagaan kecil di awal penglibatan beliau dalam dunia perniagaan tetapi itu tidak melemahkan semangat beliau malah Amin kini menggalas tanggungjawab yang lebih berat iaitu sebagai Pengarah Urusan SOCC Holdings Berhad, antara syarikat korporat terbesar di negeri Sarawak yang aktif dalam industri bekalan makanan dan minuman melalui SOCC Offshore Sdn Bhd, SOCC Catering Sdn Bhd dan AnakMiri Kitchen Sdn Bhd, industri pendidikan melalui SMTC Global Sdn Bhd dan TCS College, industri pelancongan melalui CQ Music dan CQ Travel.
Amin bersama pelanggan di Kedey Kamek
Meski jauh berjalan melihat dunia, Sarawak sentiasa dekat di hati Amin. Sarawak bukan sekadar ada rumah panjang atau orang Asli memakai cawat tinggal atas pokok di hutan tetapi lebih dari itu. Impian Amin adalah untuk memperkenalkan keunikan budaya dan tradisi Sarawak di mata dunia dan Kedey Kamek adalah salah satu usaha Amin kerana makanan sentiasa menyatukan sesama insan, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Masakan dari Sarawak sangat unik dan tersendiri. Amin sentiasa memastikan kualiti makanan Kedey Kamek sentiasa dijaga dengan menggunakan bahan terbaik.
"Makanan di Kedey Kamek sangat istimewa dan asli kerana mengikut resipi yang Amin warisi secara turun menurun dari ahli keluarga terdekat. Apa yang kami makan di rumah, itulah juadah yang dihidangkan di Kedey Kamek"
Amin turut membawa tarian tradisi Sarawak melalui persembahan khas di Kedey Kamek semasa acara-acara tertentu bagi memperkenalkan keunikan budaya Sarawak. Misz-ella sendiri sudah beberapa kali melihat persembahan tradisi ini di Kedey Kamek.
Di Kedey Kamek, kami melayan tetamu seperti keluarga. Sudah menjadi amalan kami di Sarawak mengutamakan tetamu dalam segala hal malah kami beri lebih dari apa yang kami ada. Bagaimana kami layan tetamu di Sarawak, begitulah layanan kami kepada tetamu yang datang ke Kedey Kamek ini.
Sesungguhnya bukan mudah untuk mencapai sebuah kejayaan. Perlu ada semangat yang tinggi, kegigihan, kesungguhan, disiplin dan kesanggupan untuk melalui fasa bersusah payah. Amin adalah salah seorang anak Melayu yang tidak menggunakan percikan glamour mahupun populariti untuk berjaya tetapi membina jenama sendiri dengan membawa identiti tersendiri. Sarawak tetap di hati, Amin dan Sarawak berpisah tiada. Semoga lebih sukses di masa akan datang.
MAKANAN ASLI SARAWAK DI KEDEY KAMEK
0 comments:
Post a Comment