Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tahu Bergedil, Kuih Kasui Pandan, Kuih Talam Mek Yang

Hello pembaca budiman,

Entry kali ini ialah tentang makanan. Tiap kali cerita tentang makan mesti bersemangat, kan. Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Tahu Bergedil, Kuih Kasui Pandan dan Kuih Talam.






Baru-baru ini Misz-ella telah berpeluang menjamu selera dengan Tahu Bergedil. Pertama kali Misz-ella rasa Tahu Bergedil ~ Tahu yang disumbat inti yang dibuat dari daging atau ayam dan kentang dan lain-lain bahan (bawang, daun sup dan bermacam lagi)




Tahu itu kemudiannya disalut telur dan digoreng dan masa nak makan tu, curahkan sambal dan kicap .. ummmmm .. Yummy!!



Yang ni pulak ialah Kuih Kasui Pandan Mek Yang - dibuat menggunakan daun pandan ye kawan-kawan, bukan guna perisa pandan .. terserlah kesedapan dan aroma asli daun pandannya .. makan pun tak sedar berulang-ulang kali.




Talam keladi, Kole Kacang, Kuih Lopes, Brownies, Talam Jagung, Kuih Koci, Cara Berlauk .. macam-macam lagi kuih Mek Yang dan semuanya sedap-sedap. Misz-ella sedang kebingungan membuat pilihan - nak Lopes, nak Brownies, nak Kole Kacang, nak Tahu Bergedil .. ohhhh .. Pulut Seri Muka pun nak jugak.

Minggu depan ye or minggu lagi satu Misz-ella nak order. Kalau ada sesiapa nak join Misz-ella order, sila lah whatsapp Mek yang di 012-6556199. Tak rugi order sebab rasa kuih-kuih Mek yang memang sedap tak terkata!




1 comments:

ASTraveller said...

Salam singgah sini dan follow :)