Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Fazura lancarkan album sulung dan kini Duta produk Sahajidah Hai-O Marketing

Hello pembaca budiman ..

Sapa sini peminat Fazura? Saya!! Siapa suka Fazura? Misz-ella!! OK cukup-cukup .. sendiri tanya, sendiri jawab .. syok sendiri sungguh Misz-ella ni kan.

Sejujurnya, saya memang peminat pelakon cantik Fazura. Semua filem lakonan beliau saya tonton, semua lagu dendangan beliau ~ Hancur Aku (berduet dengan Estranged) dan Bulan Terbelah di Langit Amerika (berduet dengan Ridho Rhoma) saya dengar.



Pada 2 November 2017 yang lalu, bertempat di Hotel One World, Fazura telah melancarkan album sulung beliau bertajuk Fazura! Album penuh mengandungi 9 buah lagu ini mendapat sentuhan kreatif komposer muda seperti Tanta Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Estranged), Ahmad "Kemat" Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly dan Megat Aizat. Lagu duet bersama kumpulan Estranged, Hancur Aku turut dimuatkan di dalam album ini. Selain dari itu, lagu duet Fazura dengan Fattah Amin (kini suami beliau) turut dimuatkan sekali di dalam album ini.


Majlis pelancaran album Fazura! ini adalah sebahagian daripada acara Meet & Greet bagi mengumumkan perlantikan Fazura sebagai duta produk Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd, syarikat terkemuka MLM negara dan anak syarikat Kumpulan Hai-O, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 1996.


Menariknya, album tersebut telah terjual sebanyak 5,000 unit ketika hari pelancaran dan ini telah melayakkan Fazura untuk menerima Anugerah Emas daripada Universal Music Malaya.





Selain dari itu, Fazura turut melancarkan produk terbaru Sahajidah Hai-O Marketing iaitu Min Cha, minuman Teh tarik yang mengandungi garam buluh asli dari Korea dengan tagline 'Drink like me, Drink like a celebri-tea"



Fazura turut mendendangkan dua lagu terbaru dari album beliau iaitu Bangun dan Hanya Tuhan Yang Tahu  penonton pada majlis tersebut.



Fazura melahirkan rasa gembira beliau dengan perlantikan beliau sebagai Duta Sahajidah Hai-O Marketing dan teruja untuk bersama-sama syarikat tersebut dalam usaha memperkasakan ekonomi wanita. Fazura juga melahirkan rasa syukur dan gembira di atas pelancaran album terbaru beliau, Fazura! Walaupun mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan dek kerana jadual beliau yang sentiasa padat dan sibuk, segala penantian dan penat lelah tersebut terbalas apabila jualan album tersebut mencapai status Anugerah Emas dengan penjualan melebihi 5,000 unit sebaik sahaja dilancarkan.

Album Fazura! boleh dibeli melalui Lazada dan XOX dan juga boleh dimuat turun dan didapatkan secara streaming melalui semua platform muzik digital.

All The Best Fazura - dari misz-ella.blogspot.com


0 comments: