Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ana Kleopatrena di HyppTV Saluran 116, Setiap Rabu dan Khamis, 9 malam


Hello pembaca kesayangan  ..




Buat peminat-peminat drama Melayu, Saluran 116 HyppTV bawakan drama romantik 30 episod bertajuk ANA KLEOPATRENA.


Mengisahkan tentang perjalanan hidup Ana yang mencari cinta sejatinya di Kuala Lumpur. Dalam mencari cinta sejati, Ana telah melalui berbagai pengalaman yang mencabar.

Kisah bermula apabila Ana ditinggalkan tunangnya Shahir tiga minggu sebelum perkahwinan mereka. Ana yang merupakan anak tunggal kepada hartawan balak, Dato' Yusof dan Datin Deedee bertekad untuk ke Kuala Lumpur mencari cinta sejati. Beliau lalu menolak calon pilihan bapanya malah berjaya memujuk ke dua ibu bapanya agar diberi tempoh enam bulan untuk mencari cinta sejati.



Di ibu kota, Ana menumpang di rumah kawan karibnya, Nani yang beliau kenal sejak dari bangku sekolah lagi. Nani bekerja di sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan terkenal, Rama Dhamani. 


Ana merahsiakan identiti beliau serta keluarganya dan cuba mendapatkan pekerjaan tetapi gagal kerana beliau tiada pengalaman kerja.  Ana akhirnya diterima bekerja sebagai pembantu rumah Taufik, pegawai atasan Nani yang panas baran dan cerewet. Sebaik tahu yang mereka berdua adalah sahabat karib, Taufik menjadikan Nani sebagai penjamin Ana supaya Ana tidak berhenti kerja sewenang-wenangnya. 


Tidak lama kemudian, akibat kontroversi yang melanda duta produk terbaru Rama Dhamani, Taufik memaksa Ana menjadi pengganti duta produk ‘Kleopatrena’. Ana terpaksa bersetuju kerana Taufik mengugutnya untuk memecat Nani.

Macamana agaknya cabaran dan dugaan hidup Ana, kan? Dari seorang anak hartawan tiba-tiba beliau perlu menjadi pembantu rumah .. dapatkah beliau menyesuaikan diri?




Dan bagaimanakah keadaan Ana ditransformasi menjadi seorang duta produk kecantikan yang elegan seperti Cleopatra dan di masa yang sama berjaya kah Ana menemui calon suaminya? 

Misz-ella sempat bertemu dengan beberapa orang pelakon utama Ana Kleopatrena di Carnival HyppTV baru-baru ini.



Kata Nazim .. Watak beliau sebagai Taufik dalam drama Ana Kleopatrena ini sangat variasi. Drama ini sangat ringan, menghiburkan dan sesuai untuk mereka yang mahukan hiburan  santai di malam hari selepas seharian bekerja. 

So, buat peminat-peminat drama Melayu, jangan lupa saksikan perjalanan hidup Ana mencari cinta sejati pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam. HypyTV Saluran 116, jom kita tonton bersama keluarga. Jangan lupa ye. Ohhh selain dari itu, ia juga boleh ditonton di aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere.


ANA KLEOPATRENA

Pelakon :-
Mimi Lana sebagai Ana Kleopatrena
Nazim Othman sebagai Ariff Taufik
Zoey Rahman sebagai Johan
Adeline Tsen sebagai Edora
Mimi Ernida sebagai Nani
Marisa Yasmin sebagai Datin Deedee
Arasah Mohamad sebagai Dato' Yusof

Pengarah :-
Johan Bahar

Penerbit Eksekutif :-
Wan Rozita Aladad Khan
Haslinda Abd. Rahman
Juliana Foo

Penerbit HyppTV :-
Jeremy Kung
Emily Wee

Penerbit :-  
Francis Foo
Juliana Foo

Terbitan :-
Filmscape Sdn Bhd


0 comments: