Hello pembaca kesayangan,
Setiap seorang dari kita, mesti ada impian untuk memiliki
rumah sendiri, kan. Sekurang-kurangnya, sekali seumur hidup mesti nak merasa
rumah idaman hasil titik peluh penat lelah mencari rezeki.
Nak cari rumah idaman, memang mudah tetapi sebaik sahaja
kunci rumah idaman sudah ditangan, cabaran seterusnya ialah pengubahsuaian dan dekorasi. Well ..home is where your heart is
ataupun Rumahku Syurgaku .. tempat kita beristirehat selepas seharian bekerja,
tempat kita dan kesayangan menghabiskan masa berkualiti bersama, tempat kita
menerima tetamu dan sebagainya.
Cantik. Menarik. Cool. Tenang. Warna, Konsep .. maka
semuanya mula berlayar di fikiran kita. Nak buat sendiri? Boleh jugak tetapi
kalau tak menjadi seperti yang diidamkan maka rumah impian hanya sekadar
impian. Maka hati mulalah terdetik untuk mencari pereka hiasan dalaman dan kita
pun mula lah bertanya kepada kawan-kawan untuk mencari rujukan.
OK di dalam Entry ini Misz-ella nak kenalkan pembaca
sekalian dengan Atap.co, satu platform marketplace dalam talian terbesar di Malaysia yang menghubungkan pereka
hiasan-hiasan dalaman dan pemilik hartanah dengan mudah.
Ditubuhkan pada tahun
2016, Atap.co merupakan tempat atau ruang paling selamat untuk pemilik hartanah
mencari dan melantik perunding hiasan dalaman yang telah terbukti kesahihan dan
ketulenannya.
Sejak ditubuhkan dua tahun
lalu, laman web Atap.co telah dilayari oleh lebih dari 2.5 juta pengguna dari
seluruh dunia. Melalui laman web Atap.co, pengguna boleh melayari profail syarikat hiasan
dalaman tersebut dan boleh berhubung secara langsung dengan
mereka untuk mendapatkan Sebutharga secara percuma.
Atap.co juga memuatkan
semua artikel
berkenaan dengan hiasan dalaman, tips, trend terkini,
berita dan informasi berguna DIY.
OK Jom Misz-ella terangkan
dengan lebih lanjut lagi bagaimana Atap.co berfungsi.
Di ruangan ini, kita boleh
melihat senarai
perunding hiasan dalaman yang tersenarai di dalam laman web
Atap.co.
Ini
adalah antara projek-projek yang berjaya diselesaikan oleh pihak Atap.co. Baik
rumah teres, rumah jenis townhouse mahupun ruang pejabat dan kilang, Atap.co
adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan khidmat nasihat
Di Atap.co, pemilik hartanah boleh
melihat profail perunding hiasan dalaman dan
boleh meminta
Sebutharga secara percuma (Online) atau hantar sahaja sebarang
pertanyaan umum melalui Atap.co.
Selain dari itu, kita juga boleh melihat idea-idea hiasan dalaman di
https://atap.co/malaysia/en/ideas
Langkah pertama :- Pergi ke laman web Atap.co
Dan kita akan dibawa ke page ini. Bermula dari sini, kita akan dipandu langkah demi langkah sehingga lah kita mendapat Sebutharga yang bersesuaian dan menepati citarasa serta budget kita.
Mudah, kan. Tak perlu bersusah-susah keluar rumah ke sana ke sini mencari perunding hiasan dalaman dengan adanya perkhimatan laman web Atap.co ini. Yang perlu ada hanya sebijik laptop, talian internet yang pantas, maklumat hartanah kita sendiri dan paling utama adalah rumah idaman bagaimanakah yang kita mahukan. Hanya tekan, tekan dan tekan butang di 'keypad' anda dan dapatkan khidmat perunding hiasan dalaman secara percuma.
So pembaca-pembaca kesayangan yang sedang merancang untuk mencari khidmat perunding hiasan dalaman, bolehlah mula melayari laman web Atap.co. Misz-ella dah layari dan pada pendapat saya, laman web Atap.co sangat bermanfaat, sangat berinformasi dan sangat membantu.
Untuk sebarang pertanyaan, sila mulakan LIVE chat anda di laman web
Atap.co iaitu di https://atap.co/malaysia/en
Ikuti Facebook Atap.co di https://www.facebook.com/atapdotco/
Instagram Atap.co di Instagram: https://www.instagram.com/atapdotco/