Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dutch Lady Malaysia edarkan 10,000 pek susu sempena Hari Susu Sedunia

Hello pembaca kesayangan,



1 Jun 2018 yang lalu adalah Hari Susu Sedunia. Bersempena dengan Hari Susu Sedunia, Dutch Lady Malaysia meraikan hari bermakna tersebut dengan menyediakan 10,000 pek susu untuk diedarkan kepada murid-murid sekolah. 





Majlis pelancaran Hari Susu Sedunia oleh pihak Dutch Lady Malaysia telah berlangsung pada 31hb Mei 2018 di Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar, Subang Jaya, Selangor. 



Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia di majlis tersebut berkata tahun 2018 ini merupakan tahun ke 55 Dutch Lady bertapak di negara ini. Sepanjang 55 tahun, Dutch Lady telah membekalkan nutrisi yang berkhasiat kepada beberapa generasi rakyat Malaysia dan Hari Susu Sedunia merupakan hari yang amat bermakna buat Dutch Lady Malaysia kerana ia merupakan pengiktirafan penting kepada sektor tenusu terhadap kemampanan, pembangunan ekonomi, kehidupan dan makanan. Lebih penting lagi kerana sambutan ini meraikan kepentingan susu sebagai sebahagian dari diet sihat dan seimbang.





Bagi memupuk amalan menjaga kesihatan dari kecil lagi, pihak Dutch Lady telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menerusi kempen 'Drink. Move. Be Strong (DMBS)' sejak dari tahun 2015 lagi dengan tujuan untuk menyebarkan kebaikan dan nutrien yang terdapat di dalam susu di kalangan para guru dan murid sekolah.



Bersempena dengan Hari Susu Sedunia dan bagi meneruskan usaha murni tersebut, trak-trak Dutch Lady berwarna biru ini akan mengedarkan 10,000 pek susu kepada murid-murid sekolah rendah. 



Pihak Dutch Lady turut berharap agar anak-anak kecil ini dapat meneruskan amalan meminum dua gelas susu sehari dan menjalankan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari bersama keluarga dan rakan-rakan. 



So adik-adik, nantikan kedatangan trak-trak biru ke sekolah masing-masing ye dan jangan lupa minum susu! Tengok ni .. makcik Ella pun teruja nampak trak biru tu tau!

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Hari Susu Sedunia Dutch Lady Malaysia, layari www.dutchlady.com.my

0 comments: