I miss my blog so much! Lama tak bermesra dengan you all semua di sini. Sepanjang PKP ni jadual memang agak padat dan ketat. Sentiasa ada benda nak dibuat. Alhamdulillah Allah SWT bagi kekuatan untuk melalui hari-hari yang sukar dan seterusnya ia menjadi lebih mudah. Syukur!
Hari ni, 30hb Mei 2020 adalah hari raya Aidilfitri ke enam. Meski dalam keadaan kita masih berperang dengan virus, Alhamdulillah kita masih berpeluang berhari raya.
Paling seronok Raya ni dapat jumpa mama. Meskipun agak terbatas kerana tak dapat peluk cium mama, tapi tak apa lah. Dah menjadi kewajipan kami yang lebih muda ni menjaga orang yang lebih tua.
Selamat Hari Raya PKPB dari family kecik kami. Tengok tu, mama saya pakai sarung tangan sebab anak, cucu dan menantu nak salam raya. Mari kita sama-sama doa agar Allah SWT angkat dan jauhkan virus Corona ini dari kita semua. Semoga hidup kita kembali seperti sediakala. Amin.
1 comments:
selamat hari raya aidilfitri!
maaf zahir batin.. =)
Post a Comment