Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet buka puasa RM58.00 seorang di Villa Zamara, Kg. Sungai Penchala

Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Bulan puasa masih berbaki lapan (7) hari lagi. Di penghujung bulan puasa ni, ada kalanya kita terputus idea, tak tau nak masak apa atau mungkin rasanya selepas berpenat-penatan di dapur menyediakan juadah buat kesayangan, kali ni kita nak meluangkan masa bersama kesayangan di luar rumah pulak.

Kali ini Misz-ella nak kongsi tentang Villa Zamara yang terletak di Kg. Sungai Penchala. Misz-ella memang suka area Sg. Penchala ni, sebuah perkampungan yang berjiran dengan kawasan-kawasan elit yang lain seperti Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama dan Damansara. Kawasan ini bukanlah asing buat Misz-ella .. sejak 12 tahun dulu Misz-ella dah explore tempat ni. Sg. Penchala ni ada sentimental value kat I la you alls ...


Ini dia Villa Zamara yang menjadi topik utama blog post ini (dulu masa i muda-muda i lepak sini nama dia Bora Asmara lepas tu tukar nama lain, now dah di take over by Villa Zamara).



Tak banyak perubahan tempat ni. Off course building structure tak boleh ditukar, but it was well maintained by the new owner. Anyway, Villa Zamara has a beautiful natural landscape. If you all buka puasa di sini, please come early and take a lot of pics! It's so Insta-worthy!




Kaunter 'main dishes' bila Misz-ella tengok je terus WOW (baru tengok, belum makan lagi). Teruja you alls .. tengok variasi lauk pauk kampung dan  'asian cusine' yang lain yang disusun kemas dan teratur. Lauk pauk nampak "fresh" dan menyelerakan.



Villa Zamara practised strict SOP - meja antara meja disusun berjarak dan setiap pengunjung harus menggunakan sarung tangan plastik yang disediakan.


Kaunter ulam-ulaman dan dibelakang tu adalah kaunter minuman panas dan sejuk. Banyak pilihan .. macam-macam jenis minuman ada


Ada jugak "LIVE COOKING STATION" menyediakan Penang Char Kuay Teow panas-panas. Sebelah gerai Char kuay teow ada gerai ABC.


Di kaunter masakan Barat ada Roasted chicken (Villa Zamara style) lengkap dengan baked potatoes dan salad, ada mushroom soup with garlic bread dan ada spagetthi.

Di sebelahnya pulak ada kaunter Asam pedas, masak lemak, lontong, roti canai, bubur lambuk dan macam-macam lagi (saya lupa ambik gambar). Selain dari itu da jugak kaunter kuih muih Melayu dan kurma.



Semua ini boleh dinikmati pada harga RM58 sahaja seorang (hari biasa) manakala di hujung minggu harganya adalah RM65 seorang. 



Kesimpulannya :-
Villa Zamara sangat luas, bersih selesa.
Parking sedia ada di hadapan restoran ataupun di bahagian belakang.
Kemudahan surau, tandas disediakan.



Pilihan makanan sangat banyak dan semuanya sangat sedap .. dari kuih muih Melayu sampai lah ke 'main dishes' .. sup tomyam dan mushroom soup tu pun .. yummy!



Lepas makan, bawa token number yang disediakan di meja untuk tujuan pembayaran .. tapi Misz-ella bayar sebelum makan .. malas nak beratur tunggu giliran untuk bayar lepas makan.


All in .. all in .. me and my best friend Kak Yun had a good time having our buka puasa at Villa Zamara. Wide buffet spread, spacious area, clean and nice ambiance, very wallet-friendly price plus the service is good too (their staffs are very friendly).


More info about Villa Zamara:-

Address:
Lot 2933 Jalan Sungai Pechala
Kampung Sungai Penchala
Kuala Lumpur
Tel : 0167252603

Instagram:

0 comments: