Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Courtyard by Marriot Setia Alam edar bubur lambok kepada pemandu Grab, grab delivery dan orang awam

 Hai pembaca kesayangan,



Courtyard by Marriot Setia Alam, yang baru dibuka pada bulan Disember 2022, bakal berkolaborasi dengan Grab Driver partners & Delivery partners untuk satu program CSR pada 14hb April 2023 (Jumaat) ini.

Bermula dari jam 4.00 petang, pihak Courtyard by Marriot Setia Alam diketuai oleh Pengurus Besarnya, Encik Derrick Felix dan pelakon Putra Amaris akan mengedarkan bubur lambok kepada 100 orang pemandu Grab dan penghantar barangan/makanan Grab yang "drive thru" di perkarangan hotel Courtyard by Marriot. 

Ini bersesuaian dengan misi Courtyard by Marriot Setia Alam yang komited untuk mendekati komuniti setempat melalui program-program kemasyarakatan.

Bubur lambok ini juga akan diedarkan kepada tetamu serta orang awam yang pandu lalu kawasan tersebut.

So, penduduk-penduduk Setia Alam atau sesiapa sahaja yang berada di kawasan berdekatan, sila lah ke Courtyard by Marriot untuk mendapatkan bubur lambok yang panas dan segar buat juadah berbuka puasa. Jumaat ini dari jam 4 hingga 5 petang!



0 comments: