Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Volvo Selekt - Kualiti terjamin, harga berpatutan

Hai pembaca kesayangan, 


Ingress Swede Automobile baru-baru ini telah melancarkan Volvo Selekt, program khas kenderaan pra-milik kenderaan Volvo buat bakal-bakal pemilik yang inginkan gaya dan kualiti hidup Scandinavian yang sering dikaitkan dengan jenama Volvo pada harga yang lebih berpatutan.



Bertempat di Mutiara Damansara, bilik pameran Volvo Selekt kini boleh dilawati oleh bakal-bakal pemilik kereta pra-milik Volvo berkualiti tinggi yang telah melalui 125 proses ujian dan pemeriksaan untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi. Setiap kenderaan turut dilengkapi dengan jaminan minimum selama 12 bulan serta perkhidmatan bantuan tepi jalan selama 24 jam.




Apa yang menarik adalah, kereta-kereta pra-milik Volvo Selekt disaring secara terperinci dimana hanya kereta yang bebas dari kemalangan dan banjir sahaja dipilih dengan jaminan usia kereta kurang dari lima (5) tahun serta jarak pemanduan kurang dari 100,000km. Pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan serta budget pembeli turut disediakan.

Buat peminat-peminat kereta Volvo berimej Scandinavian ini, jangan tunggu lagi, kunjungi lah bilik pameran Ingress Swede Automobile hari ini untuk miliki kereta idaman anda. Walaupun pra-milik, ianya “macam baru”, ok .. 


Untuk maklumat lanjut sila layari :

1 comments:

Lori Sewa KL said...

boleh tahan harga dia. Tapi volvo ni, harga dia drop cepat tak?