Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kael ingin jadi penghibur serba boleh

 

Kael, bintang kelahiran program realiti TV3 iaitu Lagu Cinta Kita Musim 2 (LCK2) berhasrat untuk menjadi penghibur serba boleh dengan mempelbagaikan kreativiti dan bakatnya sebagai penyanyi, pelakon dan juga penghibur.


Kael atau nama sebenarnya Michael Chien Er, baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya iaitu Teduhan Kasih. Lagu ini amat bermakna kepada Kael kerana bukan senang untuk beliau yang berketurunan Cina, Peranakan dan Siam membawakan lagu-lagu Melayu.

Menurul Kael, bukanlah mudah bagi beliau untuk membawakan Teduhan Kasih ciptaan Aris Kapilla dan lirik oleh Man Khan kerana lagu ini mempunyai ciri-ciri ketuhanan yang  dapat memberi ilham kepada pendengar. Genre lagu ini juga menarik kerana jarang kita dapat menghayati lagu rock balada yang 'mellow'.”

Kael berharap agar lagu Teduhan Kasih sampai ke jiwa pendengar dan menjadi inspirasi kerana liriknya yang positif memberi ketenangan jiwa terutama buat mereka yang ditimpa kesusahan atau sedang menjalani fasa perjalanan hidup yang sukar. Semoga lagu ini memberi semangat kepada mereka yang memerlukan. 

Jangan lupa muat turun lagu-lagu Kael di iTunes atau melalui applikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat terkini sila layari platform media sosial Kael di :

https://www.instagram.com/itsmekaelhere/

Concorde Hotel Shah Alam sokong bumi hijau dengan hasilkan baja kompos organik





Concorde Hotel Shah Alam berkolaborasi dengan Taman Botani Negara Shah Alam dengan menyumbang 320kg baja kompos organik yang dihasilkan sendiri dari sisa makanan di bawah projek Environmental, Social & Governance (ESG) hotel tersebut.





Menurut Puan Amilia Alias, Pengarah Jualan Concorde Hotel Shah Alam, pihak kami  amat komited dalam menyumbang kepada program bumi hijau dengan cara melabur dalam mesin membuat baja kompos organik. Melalui insiatif ini, kami bukan sahaja dapat menyumbang kepada program menghijaukan bumi malah dapat mengurangkan pembuangan sampah apabila sisa-sisa makanan ini diproses menjadi baja kompos.




Baja kompos yang kami hasilkan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan 85% organik dan sesuai untuk pertanian. Program ini adalah program jangka panjang dan akan dijalankan secara berterusan demi menjaga alam sekitar.


Tak susah pun nak bahagia. Minyak wangi pun boleh ..

 

Selalu orang tanya “macamana ye Kak Ella berjaya kekalkan aura positif “ ada tak masa-masa yang you tak happy? Down? Sedih? 

Ada. Selalu. Tapi mungkin orang tak perasan kerana sepertimana yang i selalu cakap pada kawan i, Jaga emosi! Jaga Emosi. Ataupun Emosi letak tepi, nak pulak kalau tengah jiwa kacau. Semakin kacau dan semakin bercelaru jiwa, semakin tu lah kita kena kawal emosi kita.


Realitinya, tiada hidup yang sempurna. Allah cipta manusia secantik dan sebaik-baik makhluk. Dia bagi kita emosi dan pelbagai rasa agar kita dapat selami, hayati dan pelajari dari setiap perasaan tersebut. 


Pada akhirnya, kita bertanggungjawab dengan diri kita sendiri samada kebahagiaan kita, kesihatan kita dan penampilan kita. Dalam ertikata lain, kita perlu sayang diri sendiri ataupun perlu ada rasa selflove. Bila kita sayang diri kita, automatik kita rasa nak buat yang terbaik untuk diri kita. Kita nak sentiasa sihat, nak sentiasa ceria dan bahagia sebab kita sayang diri kita. Kita takkan buat sesuatu yang boleh memudaratkan diri kita.

Sebab tu kita kena hargai atau appreciate hidup kita. Kita kena membahagiakan diri kita dulu. Bila kita happy dan bahagia, hati kita selalu ceria, barulah kita boleh buat orang lain bahagia. Kalau kita pun tak ceria, asyik marah-marah, moody dan tak happy, macamana kita nak buat orang sekeliling selesa, suka dan happy, betul tak?

Sebenarnya, tak susah pun untuk bahagia asalkan kita tau menggunakan persekitaran kita atau apa yang kita ada, walaupun hanya sebotol minyak wangi atau perfume. OK Jom kita cerita tentang minyak wangi.



Tory Burch Cosmic Wood adalah minyak wangi dalam kategori 'spicy' baunya agak keras kerana ia mengandungi bauan buah pelaga (cardamon) yang dicampur dengan bauan bunga jasmin, dan aroma daun vetiver. Ada masa-masa, Misz-ella suka jugak minyak wangi yang agak 'keras' ni. Antara minyak wangi yang berbau agak 'keras' yang Misz ella suka selain dari Tory Burch Cosmic Wood adalah Fashionably London oleh Zara.


Amouage Epic - Katanya Amouage Epic adalah minyak wangi pilihan selebriti Malaysia seperti Datin Eina Azman, Intan Najwa, Madammu dan lain-lain. Epic adalah minyak wangi kategori "spicy oriental"..  mengandungi aroma kemenyan dicampur dengan bauan oud dan dilembutkan semula di penghujungnya dengan aroma ros dan sandalwood yang mengeluarkan haruman manis. Minyak wangi Epic ni sesuai untuk mereka yang mempunya "strong and bold character" bukan semua orang sesuai guna Epic. Unik sungguh Amouage Epic ni.



Paris Hilton Rose Rush, Paris Hilton Gold Rush dan Paris Hilton Ruby Rush - Ketiga-tiga minyak wangi ni sangat simple dan memberi aroma manis-manis, manja kepada pemakainya. Ketiga-tiga minyak wangi ni sesuai untuk kegunaan harian. Pergi pejabat ke, pergi jalan-jalan ke .. sangat sesuai untuk semua golongan. Tak susah untuk jatuh cinta pada minyak wangi keluaran Paris Hilton ni. Kalau you all nak murah, beli saja di Sogo atau melalui Tiktok Sogo.



LV Les Sables Roses - Katanya ini minyak wangi pilihan Dato Siti kesayangan ramai. Bau Les Sable Roses ni sangat simple iaitu cuma mengandungi bauan oud dan rose tapi sangat elegant, mewah dan menawan. Baunya sangat memikat dan menarik perhatian. Pernah sekali tu Misz-ella ditegur di dalam lift "you pakai perfume LV yang ada oud dan rose tu ke?" Pernah sekali masa di Coffee Bean Misz-ella ditegur "wow! .. bau perempuan kaya Arab ni" 
Bauan Les Sable Roses sangat senang menarik perhatian orang lain kerana keindahan aromanya 


Coco Mademoiselle (Chanel), Bacarat Rouge 540, La Vie Est Belle (Lancome) - Ketiga-tiga minyak wangi ni adalah minyak wangi yang sangat menarik perhatian orang, dalam kategori memikat atau alluring/inviting. Buat orang rasa suka kat kita dan nak dekat dengan kita. Coco Mademoiselle mengeluarkan aroma buah-buah citrus seperti bergamot dan buah oren, lepas tu dia ada sedikit bauan bunga rose dan jasmine dan dipenghujungnya kita akan menghidu bau bunga patchouli, daun vetiver dan vanilla. 

Bacarat rouge 540 mengeluarkan bau manis cotton candy yang dibakar (Ya Allah manis wangi la you alls Bacarat ni) mungkin sebab dia mengandungi saffron. Ia juga mengeluarkan aroma amberwood dan cedarwood. Masa kita pakai Bacarat Rouge 540 ni, sesekali aircond bertiup, aroma dia pun terbang bersama. Dahsyat! 

La Vie Est Belle adalah minyak wangi dalam kategori floral atau bunga-bungaan. Dalam dia cuma ada aroma bunga-bunga yang indah dan wangi, ditambah dengan bauan gula dan vanilla. Manis dan menawan hati.


Apa kaitan minyak wangi dengan kebahagiaan? Bila kita wangi, automatik tahap keyakinan diri kita meningkat. Bila kita wangi kita rasa selesa dan happy/bahagia dengan diri kita. Kita feel good. Bila kita feel good, kita akan menarik banyak aura positif di sekeliling kita yang akan buat kita rasa lebih bahagia. Sebab tu persekitaran kita seperti penampilan kita, emosi kita, cara kita, penting. Semua benda main peranan penting dalam hidup kita walaupun cuma sebotol minyak wangi berharga seratus lebih. Tak susah pun untuk bahagia kalau kita tau hargai dan gunakan apa yang ada di sekeliling kita, kan. OK done sharing. Terima kasih baca. Bye.


Makanan Siam terpaling sedap di SM Thai Kitchen

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang sebuah restoran makanan Siam terpaling sedap di Jitra, Kedah iaitu di SM Thai Kitchen. Nak tau lokasi? Waze sahaja SM Thai Kitchen, mesti jumpa.



Lima orang 'ladies traveller' bercuti-cuti Malaysia ke Utara Semenanjung dan berpeluang untuk makan malam di SM Thai Kitchen. Terima Kasih Lety kerana kenalkan kami kepada restoran ini. 



Restoran SM Thai Kitchen ni bersaiz sederhana, simple, kemas, bersih dan dikelilingi pokok-pokok hijau yang menarik.



Ikan Siakap bersama Fruit Salad
Ikan Siakap disalut tepung dan digoreng garing. Lepas tu dicampurkan dengan hirisan buah strawberi, buah anggur, sengkuang, epal hijau, carrot, cashewnut dan kacang tanah lalu dicurah sos Thai khas. Sedap tak terkata! Malah kami kagum dengan bahan-bahan berkualiti premium di dalam hidangan ini.



Sotong goreng crispy
Menarik sangat sebab bancuhan tepung gorengan sotong ini secukup rasa. Sebenarnya tengok rupa dah tau sedap. Dah tau mesti rangup. Maka kami pun makan dengan penuh berselera.


Tomyam Campur
Dalam tomyam ni ada udang dan sotong bersaiz besar dan ada ketulan ayam. Hanya ada cendawan enoki tanpa diiringi sayuran lain, Ya Allah tomyam ni betul-betul sedap. Tak pedas, cukup masam sehingga ianya boleh dihirup begitu sahaja.



Hanya tiga jenis lauk berserta dengan air mineral, cukup untuk buat "tummy" kami "happy" dan kami pun senang hati. Seronok "tummy" dijamu makanan yang sedap-sedap, tambahan pula ketika sedang lapar. Terima Kasih sekali lagi Lety kerana kenalkan SM Thai Kitchen kepada kami.




So pembaca kesayangan, jika ke Utara Semenanjung Malaysia, jangan lupa ke SM Thai Kitchen dan cuba lah makanan yang Misz-ella rekomen ni. Confirm sedap dan puas hati!



Hidup kita. Hidup dia. Hidup mereka.


Kadang-kadang kita terfikir .. kenapa ada orang yang segalanya mudah bagi dia. Apa dia nak, dia dapat tanpa perlu bersusah payah.

Kenapa ada orang yang sangat bahagia? Seolah-olah dunia ni dia punya. 

Kenapa ada orang yang hidupnya kelihatan sangat sempurna? Cantik, kaya, bahagia, ternama  .. ada segala-galanya.  

Seolah-olah hidup mereka tidak diuji. Kita tertanya-tanya, kan.

Disebalik setiap persoalan yang tiada jawapan, pada akhirnya kita akur kepada ketentuan Allah. Allah uji sebab Allah sayang. Allah uji sebab Allah nak tingkatkan darjat kita.


Siapa lah kita untuk meminta agar tidak diuji? Kita takda hak untuk meminta agar tidak diuji kerana dunia ni memang tempat ujian. 

Kita hanya perlu tabah, kuatkan semangat, jaga emosi, redha dan terus rentasi tiap ranjau kehidupan dengan harapan. 

Every cloud has a silver lining. Di sebalik setiap ujian, ada hikmah yang tersembunyi. Yang tak kelihatan pada masa ini tetapi pada akhirnya menjadikan kita “perwira di medan derita” 

~ RISE & SHINE ~ 

Satu pergi sepuluh mari

Misz-ella terpanggil untuk mengulas maksud sebaris ayat yang mempunyai empat patah perkataan ini.

SATU PERGI SEPULUH MARI

Sebaris ayat yang agak sinonim dan tidak asing di kalangan kita. 
Sebaris ayat yang sangat ‘mendalam’ maksudnya. 
Sebaris ayat yang boleh menimbulkan berbagai prasangka.
Sebaris ayat yang memberi impak kepada ke dua-dua pihak - yang melafazkan dan yang menerima.
Sebaris ayat yang mungkin menjadi penawar kepada yang berkata (positif)  tetapi menyakiti yang mendengarnya (negatif).
Sebaris ayat yang mungkin boleh menerbitkan rasa ‘riak’ kepada orang yang menuturkan nya. 

Sebaris ayat. Empat patah perkataan. Amat besar impaknya.

I Embody Me ajak masyarakat hargai diri

Inisiatif I Embody Me kembali lagi pada 15-17 November yang lalu dengan acara Raikan Swacinta (Celebrate Self Love) dengan slogan Bersatu ke Arah Positif bertujuan untuk membentuk masyarakat agar lebih positif tentang penerimaan rupa paras, bentuk tubuh, saiz badan dan warna kulit.




Program ini merupakan inisiatif Creative Seven Legacy bersama rakan strategik iaitu World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang menyokong I Embody Me sejak dari awal perlaksanaannya.

Acara I Embody Me diadakan pada setiap bulan bermula dari bulan Januari yang lalu, bertujuan untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat tentang cemuhan fizikal atau 'body shaming'.



Gambar dari google 

Kebanyakan mangsa 'body shaming' mengalamai tekanan perasaan yang memberi kesan kepada penyakit mental sehingga ada yang terdorong untuk membunuh diri. Malah, terdapat segelintir yang mengambil ubat penenang yang bagi menenangkan perasaan mereka. Pengambilan ubat-ubat terlarang ini memberi kesan jangka panjang yang menjejaskan kesihatan dan juga tubuh badan kita.




Selain dari menyediakan platform Bual bicara bagi menggalakkan golongan ini lebih terbuka membicarakan tekanan yang dihadapi, I Embody Me turut berkolaborasi dengan PEMADAM negeri Selangor bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya pengambilan ubat-ubat penenang dalam tempoh yang panjang.


Turut hadir adalah YB Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana merangkap Pengerusi PEMADAM Selangor.




Selain dari itu, program I Embody Me turut disertaikan dengan program-program berilmiah yang lain termasuklah sessi zumba bersama Coach Azroz, sessi perkongsian tentang cara menggunakan bakat serta kreativiti untuk melepaskan tekanan, perkongsian tentang amalan pemakanan sihat dan berbagai lagi.

I Embody Me bakal kembali lagi pada tahun 2024 dengan lebih banyak program-program yang memperkasakan minda dan bermanfaat kepada masyarakat.



Info lanjut serta maklumat tentang I Embody Me boleh didapati di media sosial iaitu :

Tenggek Burung Cafe - suasana indah, rasa makanan meriah!

Hai pembaca kesayangan,

Baru-baru ini, Misz-ella telah ke Tenggek Burung Cafe, sebuah kafe menarik yang lokasinya di Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur.

 

Terletak di No. 2, Lorong Bukit Keramat 4, Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur, dari luar, banglo ini tidak kelihatan seperti sebuah cafe tetapi tetap menggamit perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.



Landskap dan wakaf menuju ke pintu cafe -  Cantik, bersih, santai dan tenang. 



Ada tangga untuk ke tingkat atas. Ohhh comel !



Salah satu ruang makan di dalam cafe. Sangat tenang dan santai, kan. OK Jom kita tengok Menu. Lets check it out!



Roti Paung bersama Serawa durian dan Sambal Bilis Garing
Roti paung ini sangat istimewa kerana ianya adalah 'freshly baked'. Rotinya lembut dan gebu. Set roti paung ni didatangkan bersama Serawa Durian dan Sambal Bilis Garing - kombinasi yang sangat menarik terutama buat orang yang tak makan pedas seperti Misz Ella. Sedap sungguh Serawa durian tu. Sesuai untuk 4 atau 5 orang.



Pesto Pasta  
Saya bukanlah penggemar pasta berperisa Pesto tapi yang ini sedap! Penggemar pasta pesto sila lah cuba.



Cucur Udang
Cucur Udang semestinya tidak asing di kalangan orang Melayu dan merupakan antara “snek” kesukaan Misz-ella. Cucur Udang di Tenggek Burung Cafe ni sedap. Rangup, tidak berminyak, saya makan berkeping-keping tanpa jemu. Memang “enjoy” gila. Jangan lupa cuba, k.


Nasi Goreng Petai
Sangat disyorkan buat penggemar nasi goreng dan petai. Kita combine semuanya dalam satu, dan didatangkan bersama Ayam Goreng Berempah, Telur Mata dan Acar berserta sambal. Dijamin kenyang dengan kepuasan kerana sedap!



Beef Lasagna
Daging hancur yang dimasak sempurna dan secukup rasa disaluti cheese. Makan semasa ia masih panas, melting cheese tu sangat mengasyikkan, sekaligus turut mencairkan jiwa. Nak repeat lagi lah! 




Laksa Johor
Dikatakan, proses penyediaan Laksa Johor agak rumit berbanding dengan laksa-laksa yang lain. Menggunakan isi ikan, rempah kari, kerisik dan santan sebagai bahan utama, penggemar Laksa Johor wajib cuba laksa Johor di Tenggek Burung Cafe ni. Kuahnya cukup pekat dan cukup lemak. Ulam-ulaman dan sambal belacan melengkapkan rasa. 


Kek pandan gula Nisang, Victoria Sandwich cake & Burnt Cheesecake
Saya adalah penggemar Victoria sandwich cake, dua keping sponge kek yang lapisi dengan krim dan jem strawberry.  Dekat sini, 3 keping kek! Menariknya kek-kek di Tenggek Burung Cafe ini adalah kesemuanya adalah "In-house cake" bukan kek dari pembekal dari luar. Rasanya berbeza dan tidak sama dengan kek-kek di tempat lain. Yang pasti ianya kurang manis dan sedap!

Terdapat berbagai jenis kek di Tenggek Burung Cafe yang boleh dijadikan hadiah atau dibawa pulang untuk sebarang majlis. You guys better check it out kerana kek di sini semuanya sedap-sedap.



Tenggek Burung Cafe bukanlah cafe hipster tetapi sesuai untuk semua golongan masyarakat dan peringkat umur. Sesuai untuk dijadikan tempat 'gathering' keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Paling best, Tenggek Burung Cafe adalah cafe yang sangat 'cozy' dan 'instaworthy'. Ada banyak spot yang sesuai untuk 'OOTD', baik di dalam mahupun di luar cafe.




All in .. all in .. I had a good time exploring Tenggek Burung Cafe. Suasana indah dan rasa makanannya meriah yang buatkan kita rasa nak datang lagi. Terima kasih Datin Jazilah (pemilik cafe) dan Kak Sarah kerana jemput Misz-ella.com ke Tenggek Burung Cafe. Terima Kasih Azy dan Aqlima jadi rakan makan untuk kali ini. 

Tenggek Burung Cafe dibuka setiap hari (kecuali Ahad) dari jam 9:30 pagi hingga 6 petang. Parking senang, suasana cafe sangat bersih dan selesa. Tenang dan nyaman kita di sini.

Untuk maklumat lanjut sila ikuti :-

Atau hubungi 0172121856.


Bila cinta itu tiada

Sebenarnya di dalam dunia ini, dalam apa jua perkara, yang paling penting adalah perlunya ada rasa sayang atau cinta.

Hanya dengan rasa sayang dan cinta kita akan bertahan lama.
Baik dalam pekerjaan, persahabatan atau sesuatu hubungan.
Bila ada rasa sayang dan cinta, maka datanglah persefahaman, tolak ansur.
Maka wujudlah rasa ingin membantu dan menyokong sesama kita.

Malangnya pada ketika ini, kebanyakan dari kita lebih mengutamakan diri, pentingkan diri. Segalanya jadi keutamaan. Duit lebih penting dari persahabatan. Harta benda menjadi punca perbalahan. Maka kita hidup di dalam dunia yang tiada lagi nilai cinta kerana wang dan harta benda mengatasi segalanya - Realiti dunia hari ini.