Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lodeh terpaling sedap di Dapor Cik Oli

Hai lovely readers,

Siapa peminat lodeh? ME! Iye. Saya memang peminat juadah nasi berbentuk kiub (nasi impit) yang dimakan bersama kuah lemak warna kuning diraja ini. Baru-baru ini Misz-ella jumpa lodeh sedap di Dapor Cik Oli. Kat mana tu? Kat Damansara Utama je. Menariknya, di sini kita boleh nikmati lodeh sepanjang hari! Dari sarapan pagi hingga makan malam.



Lodeh
Antara juadah popular di hari raya. Hampir semua rumah hidang lodeh buat tetamu. Saya memang peminat lodeh. Menariknya lodeh di Dapor Cik Oli ini adalah ia kaya dengan ‘rasa’ bukan kuah lemak biasa-biasa yang cair dan tawar. Kuah lodeh di Dapor Cik Oli cukup pekat, lemak dan ada rasa rempah ratus yang biasanya ada di dapur kita. Bertambah ‘wow’ bila diiringi kuah kacang dan serunding, memang melengkapkan lagi rasa lodeh ni. Nak lagi ‘extra’? Boleh ‘add-on’ paru goreng berempah yang rangup, sedap dan tidak berminyak. Satu suap lodeh, satu gigitan paru. Sedap ya amat lah you all .. wajib cuba lodeh di sini. Misz-Ella panggil lodeh sepanjang hari Dapo Cik Oli sebab ia boleh didapati sepanjang hari, dari pagi sampai malam. 



Soto Johor kuah daging
Biasanya kita dihidang dengan Soto ayam. Di Dapor Cik Oli, kita disajikan dengan Soto Johor berkuah daging dan diiringi isi ayam yang diracik halus buat pelengkap Soto Johor di Dapor Cik Oli. Menarik, kan. Sekali lagi Misz-ella terpegun dengan sepinggan juadah khas dari Dapor Cik Oli ni sebab kuah nya pekat (bukan sup cair) dan kaya dengan pelbagai rempah buat kami berkata-kata .. Sedapnya! 



Laksa Johor
Tak Johor lah kalau takda Laksa Johor, kan. Laksa yang menggunakan spaghetti ini lebih enak jika dimakan dengan tangan. Laksa Johor di Dapor Cik Oli simple je tapi sedap! Kuah laksa dibuat dari ikan parang yang dikenali dengan rasa manis semulajadi. Spaghetti rebus tu cukup lembut dan bahan-bahan iringan seperti hirisan bawang besar sangat ‘fresh’ dan rangup (kami memang peminat bawang)! 



Gaul sebati, perah limau dan tambah sambal, gaul-gaul  lagi hingga rata semua .. ohhh sedap! 


Nasi Ambeng Johor
Siapa yang suka makan nasi,  jangan lupa cuba Nasi Ambeng di Dapor Cik Oli. Ada ayam kicap yang teramat sedap, sayur, serunding kelapa, ikan masin, mee goreng, timun  dan sambal belacan .. sedap tak terkata terutamanya ayam kicap tu .. resipi rahsia milik keluarga pemilik Dapor Cik Oli. Wajib cuba,




Lempeng bersama sambal bilis dan kelapa
Kat Dapor Cik Oli ada lempeng yang dihidang bersama sambal bilis dan kelapa tapi sebenarnya enak dimakan begitu sahaja. Tau-tau dah habis! 



Rojak Tahu
Snek paling sedap pilihan hati Misz-ella di Dapor Cik Oli adalah Rojak Tahu. Berbeza dari tempat lain, Rojak tahu di sini guna tahu lembut yang teksturnya kekal lembut walau telah dihidang berjam-jam. Sayur-sayuran iringan dia banyak dan tengoklah taburan kacang goreng tumbuk di atas tu - banyak, kan. Langsung tak kedekut! Paling penting rasa kuah rojak tahu sangat seimbang, tak manis dan tak pedas. Sesuai untuk semua. 


Kuih Sejuk
Ohh yang ini adalah pemanis mulut yang sangat istimewa sebab ada di Dapor Cik Oli sahaja. Kuih sejuk adalah puding coklat yang dibuat dari serbuk koko berkualiti ‘premium’ yang dicurah sos kastard dan hirisan buah-buahan. Rasa kuih sejuk bukan manis meleting tapi manis-manis buah yang nyaman. Yang ni wajib cuba di Dapor Cik Oli. 


Kami cuba beberapa jenis air. Kopi Cik Oli sangat sedap! Peminat kopi harus cuba.


Dengan lafaz Bismillah .. mari kita makan. Alhamdulillah .. puashati menjamu selera di Dapor Cik Oli. Semua makanan sedap dan ada rasa tersendiri. 


Suasana di dalam restoran Dapor Cik Oli sangat kemas, teratur dan selesa .. feeling very comfy and homey. Pilihan perabut berkonsep minimalis dan dinding putih buat pengunjung rasa tenang - sejuk rasa hati.



Lokasi Dapor Cik Oli adalah di No. 84, Jalan SS 21/62, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor antara lokasi strategik yang tidak jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ada banyak parking di luar bangunan terutamanya di hujung minggu dan selepas waktu pejabat.

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti Instagram Dapor Cik Oli di sini.




Akhirkata, Jemput datang ke Dapor Cik Oli. Kalau terjumpa Hafeeza, jangan lupa Hai Hai kat dia kerana pemilik Dapor Cik Oli ini sangat peramah dan suka senyum. OK. Done sharing tentang Dapor Cik Oli dengan you all semua. Terima Kasih baca. Bye.

2 comments:

Ammi said...

oh nearby my office je ni

VITAMIN.MY said...

Alhamdulillah, memang sodap melihat gambar