Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mak Milah cafe - cafe best di RnR Genting Sempah

 Hello pembaca kesayangan,


Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang satu kafe best yang terletak di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah iaitu Mak Milah cafe.

Sebenarnya Misz-ella tak suka makan di kawasan rehat kerana biasanya makanan di food court kawasan rehat tak sedap tapi bila dipelawa ke Mak Milah cafe, saya tak tolak malah saya berlapang dada untuk mencuba. 

Lokasi Mak Milah cafe adalah berhadapan dengan bangunan food court di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah, sangat strategik, berhadapan dengan kawasan parkir yang luas. Sangat 'mesra pengguna' kerana tak perlu menaiki tangga (sesuai untuk warga emas dan OKU).

First impression Misz-ella bila sampai di Mak Milah cafe .. comelnya!  Tak besar dan tak jugak terlalu kecil. Kedudukan Mak Milah cafe iaitu 'corner lot' menambah keselesaan pengunjung-pengunjung di Mak Milah cafe ini.



Satu sudut menarik di Mak Milah cafe ~ sweetkan deco kat sini .. menjadikan sudut ni sesuai dijadikan port berfoto-fotoan selepas makan.
Antara juadah dan hidangan yang ada di Mak Milah cafe. Makanan berat ada, makanan ringan pun ada.



Boleh jugak beli buah tangan untuk dibawa ke kampung halaman di Mak Milah cafe ni.

Misz-ella bersama Dr. Redza, Encik Naz, Kak Rafeah dan Datin Diana, pemilik Mak Milah cafe.

Saya suka konsep Mak Milah cafe iaitu makan sambil bersantai. Aliran udara di sini sangat best! Tidak berkuap malah pengunjung akan rasa sangat selesa walau di sudut mana pun mereka menjamu selera kerana pandangan mereka tidak terhalang oleh apa saja seperti bangunan besar yang lain. Selain dari itu, Mak Milah cafe juga adalah lokasi yang sesuai untuk majlis sambutan seramai 100 orang. Kalau you all dan ahli kumpulan dalam perjalanan ke Pantai Timur dan mahukan tempat beristirehat sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh, Mak Milah cafe adalah lokasi yang paling sesuai sebab suasananya yang privacy dan cool. 



Masa Misz-ella dan rakan-rakan berkunjung ke Mak Milah cafe, kebetulan hari hujan. Suasana sejuk .. Misz-ella makan nasi air dingin berlauk ayam dengan kopi panas. Best!



Nasi air dingin berlauk ayam di Mak Milah cafe hanya RM7.00. Nasinya besar-besar (bukan guna beras biasa-biasa), ayam sambal tu .. Ya Allah sedapnya! Sambalnya garing dan secukup rasa .. macam makan kat rumah *I LIKE!*



Sesuap demi sesuap .. licin!


Selain dari tu ada pulut panggang yang sangat sedap. Berlumba-lumba kami makan   .. *dia ambik satu, aku ambik satu* Pulut panggang gebu ni hanya RM2.50 sahaja. Walaupun saiznya gebu, ada antara kami yang makan 2, 3 sekaligus kerana rasanya yang sedap.



Kuih Cakoi favourite Misz-ella pun ada. Rangup dan lembut, cicah dengan homemade kaya pandan yang lemak-lemak manis ... sumpah sedap!




Paling best, di Mak Milah cafe ada brew coffee menggunakan coffee bean yang sama tarat dengan jenama kopi antarabangsa yang terkenal seantero dunia. Saya memang peminat brew coffee sebab rasa secawan kopi panas yang terhasil dari proses mengekstrak kopi dari biji kopi yang telah dipanggang (roasted coffee bean) lalu dicampur dengan air panas ...ya Allah nikmatnya tak terkata (sebab tu lah i peminat kopi). Hot Latte kat sini hanya RM7.00 sahaja ~ harga biasa-biasa, rasanya sangat luar biasa. Terus terang, I do not mind to repeat!




Ada jugak kopi sejuk yang telah dibotolkan. Saya beli sebotol untuk dibawa pulang. Best!




Misz-ella turut bungkus makanan di sini untuk dibawa pulang. Staff-staff di sini mesra. Kebersihan pun tip-top. Yang penting cafe Mak Milah ni selesa dan makanan sedap.



Ini lah dia Datin Diana, pemilik Mak Milah cafe.Tahniah Datin Diana kerana Mak Milah cafe sangat menarik - rasa makanan sangat sedap, kebersihan dan servis tip top, harga biasa-biasa dan lokasi sangat strategik! Recommended lah!




Mak Milah cafe dibuka setiap hari dari jam 8 pagi dan tutup sehingga lewat malam. Untuk maklumat lanjut tentang Mak Milah cafe, you all boleh lah ikuti instagram Mak Milah cafe di https://www.instagram.com/makcikmilah59/




OK pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi tentang Mak Milah cafe. Buat Misz-ella sendiri, saya pasti akan datang lagi sebab makanan kat sini sedap-sedap dan paling penting suasana sangat selesa. Terima kasih baca blog post Misz-ella tentang Mak Milah cafe ye. Jumpa lagi di blog post seterusnya. Bye.

Nasi Kerabu sedap di 10Warung, Zebrasquare KL

Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella telah menjamu selera dengan Nasi Kerabu sedap di 10Warung, Zebra Square, Kuala Lumpur.


Nasi Kerabu Ayam Grill (RM19.90) - Ulamnya ada banyak jenis, telur masin, solok lada, kuah tumis, budu, sambal belacan, keropok dan serunding .. lengkap!



Nasi Kerabu Kambing Grill (RM24.90) - Pertama kali Misz-ella jumpa nasi kerabu kambing bakar, biasanya jumpa nasi kerabu daging bakar je so apalagi .. terus kita order! Kambing bakar tu sangat lembut, empuk plus very juicy too! Kuah tumis nasi kerabu tu sangat sedap, sambal belacan tak terlalu pedas  .. bila budu, kuah tumis dan sambal belacan digaul sebati dengan nasi tu .. secukup rasa! Solok lada, keropok dan telur masin melengkapkan lagi nasi kerabu tersebut. Sesuap demi sesuap .. licin .. habis sepinggan!



10Warung terletak di dalam kawasan Zebra Square di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Di 10Warung terdapat beberapa warung lagi yang menjual pelbagai jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia. Misz-ella belum sempat cuba .. InshaAllah akan datang lagi dan kongsikan dengan pembaca semua.


10Warung sangat menarik kerana dekorasinya cantik. Bila berada di sini, feeling kita ibarat berada di sebuah taman fantasi yang sangat indah ..lengkap dengan fairy lights, pokok-pokok hijau yang sangat mengasyikkan ..



Satu sudut menarik di 10Warung .. sesuai untuk beristirehat sambil foto-fotoan .. very insta-worthy, kan


Selain dari itu, 10Warung juga adalah lokasi yang perfect untuk meraikan hari istimewa seperti hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan dan bermacam lagi


Untuk maklumat lanjut atau tempahan, you all boleh lah lawati Instagram 10Warung di https://www.instagram.com/10_warung/ atau hubungi 0193405719. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 12 tengahari hingga 10 malam. Cara nak ke sini sangat senang .. Waze sahaja ZebrasquareKL dan terus kita akan dibawa ke kawasan parkir Zebrasquare yang selesa dan percuma!

So pembaca kesayangan, kalau tak tau ke mana nak lepak hujung minggu ini, jom kita ke 10Warung untuk menjamu selera dan bersantai sambil berfoto-fotoan. OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang nasi kerabu sedap di 10Warung dengan you all semua. Terima kasih baca. Jumpa lagi di blog post seterusnya, k.


Sunflower Garden, Bagan Datok, Perak

 Hai pembaca kesayangan,

Dua minggu lepas, Misz-ella ke Sunflower Garden di Bagan Datuk, Perak. Bestnya kat sini sebab pokok bunga matahari nya tinggi-tinggi (lagi tinggi dari Misz-ella) dan bunganya besar2 (lagi besar dari muka misz-ella).


Bayaran masuk adalah RM13 seorang sahaja dan kita akan diberi sticker untuk dipakai di pergelangan tangan dan makanan ikan seorang sepeket (dalam tu ikan lapar-lapar)


Bunga matahari bukanlah bunga yang menjadi pilihan ramai untuk ditanam di laman-laman rumah kerana kitaran usianya hanya 2-3 bulan sahaja. Selesai berbunga pokok akan mati tetapi buat Misz-ella sendiri, apa-apa jenis bunga, asalkan cantik .. confirm akan buat saya terpegun dan jatuh cinta! So let's go .. jom explore Sunflower Garden di sini



Ada 2 baris pokok-pokok matahari yang kebanyakannya sudah matang  .. banyak yang sudah kelayuan tapi ada juga yang masih tegak. Saya suka warna kuning sebab ianya menyerlah. Warna kuning dan hijau adalah warna rasmi di kebun bunga matahari .. kalau datang sini jangan pakai 2 warna ni, k ..



Kat sini ada banyak pondok-pondok rehat, buaian .. harus berfotoan di sini.

Ada juga kolam ikan. Kat luar ada beberapa gerai-gerai yang jual makanan dan minuman.



Kat sini takda aktiviti ye .. berfoto dan bagi makan ikan je .. lepas tu rehat kat pondok-pondok. Alang-alang dah bayar RM13 seorang, duduk lah lama sikit, kan. Kalau nak ke sini, Waze sahaja Sunflower Garden, Bagan Datuk. 

Buffet Ramadan 2022 di WTC, Kuala Lumpur

Hello pembaca kesayangan,

Tak lama lagi dah bulan puasa dan tahun ini kita bertuah kerana berpeluang berbuka puasa dan beribadah bersama ahli keluarga dan rakan taulan. World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dahulunya dikenali sebagai PWTC membawakan buffet ramadan Aneka Selera Desa, khas buat mereka yang mahu berbuka puasa di luar sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.


Gambar dari FB WTCKL

Restoran Riverside menyediakan lebih dari 300 jenis juadah setiap hari buat pengunjung yang mahu berbuka puasa sambil mengimbas nostalgia berbuka puasa di desa.



Gambar dari FB WTCKL


Gambar dari FB WTCKL



Gambar dari FB WTCKL

Pelbagai juadah klasik desa disediakan seperti Ikan patin goreng sambal hijau, daging rendang minang, Ketam goreng dengan cili kering, Ayam lemak cili padi dengan belimbing buluh, pelbagai jenis asam pedas (Misz-ella suka asam pedas ekor & asam pedas daging tetel), pelbagai jenis sup dan macam-macam lagi.



Gambar dari FB WTCKL

Selain dari itu, ada juga Kambing golek yang dibakar dengan lada hitam dan dinikmati bersama sos cendawan yang sangat enak dan sentiasa menjadi pilihan ramai sepanjang bulan Ramadan.



Gambar dari FB WTCKL

Pada tahun ini, WTCKL membawakan Nasi Kandar Saddam sebagai salah satu hidangan istimewa buffet Ramadan. Tak perlu lagi 'lepak mamak' lepas solat Tarawikh kerana nasi kandar ada, roti canai ada, teh tarik pun ada juga tau. Semuanya ada di buffet ramadan Aneka Selera desa, WTC.


Gambar dari FB WTCKL


Selain dari itu, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai jenis pemanis mulut yang terdiri dari kuih muih tradisional Melayu dan kuih muih moden.


Jika pengunjung suka kan makanan di buffet Ramadan dan mahu bawa pulang untuk sahur atau sebagainya, jangan ragu-ragu untuk sendukkan makanan pilihan anda ke dalam mangkuk tingkat yang disediakan. Ada 2 saiz dan dua harga iaitu RM59 dan satu lagi RM79 sahaja.

Pengunjung juga boleh bersolat tarawikh di Surau Ar-Rahman, WTCKL manakala kadar parkir hanya RM5.00 mulai dari jam 6 petang dan seterusnya.

WTCKL juga menawarkan pakej jamuan persendirian dan korporat bermula dari RM148.00 seorang untuk tempahan minimum 100 orang di atas. Jamuan persendirian ini akan diadakan di pelbagai ruang atau bilik di WTCKL. Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan buffet khas dan ruang solat khas.



Gambar dari FB WTCKL

Harga buffet Ramadan Aneka selera desa WTCKL adalah RM128.00 nett untuk Dewasa dan RM75.00 nett buat warga emas berumur 65 ke atas dan kanak-kanak dibawah 12 tahun. Walaubagaimanapun, WTCKL sedang mengadakan tawaran istimewa iaitu Early Bird RM108.00 nett sahaja seorang. Baucer Early bird ini boleh dibeli secara dalam talian iaitu melalui Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside. Baucer Early Bird ini boleh dibeli mulai dari 2 Mac 2022 sehingga 4 April 2022 dan sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022.



So pembaca-pembaca kesayangan, Misz-ella dah cuba buffet Ramadan Aneka Selera Desa WTCKL .. semua makanan sedap-sedap sehingga saya tak berpeluang untuk komplen apa-apa. Jangan tunggu lagi. Jom kita cepat-cepat beli Early Bird baucer untuk lebih jimat (wallet friendly price)


Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari : www.riverside.wtckl.com atau hubungi 03-26146701 dan 019-2678960.

Jangan lupa ikuti : 
Instagram WTCKL 
Facebook WTCKL

Restoran Sri Belanga Exclusive sediakan masakan Johor

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang restoran Sri Belanga Exclusive yang lokasinya di Publika, Kuala Lumpur. Restoran Sri Belanga Exclusive menyediakan juadah dari negeri Johor. Meskipun restoran Sri Belanga Exclusive di Publika baru di buka beberapa bulan yang lalu tetapi restoran Sri Belanga Exclusive ini telah mula beroperasi dari tahun 1996 lagi di lokasi-lokasi yang lain.



Suasana di luar restoran Sri Belanga Exclusive - santai, selesa dan sangat menenangkan.


Sebaik kaki melangkah ke dalam .. wow! Misz-ella suka dengan susunatur perabot dan hiasan dalaman di dalam restoran ni. Kemas, bersih, siling tinggi dan cahaya lampu sangat terang .. sangat menenangkan perasaan, ditambah lagi dengan pilihan perabot mewah tetapi tidak sarat mewujudkan suasana selesa di restoran Sri Belanga Exclusive ini.



Di satu sudut ada ruang santai dimana terdapat sofa empuk. Sangat sesuai buat mereka yang mahu berehat mahupun berfotoan bersama rakan-rakan dan kesayangan selepas menjamu selera.

Rakan makan-makan di Sri Belanga Exclusive ~ Kak Yun dan Della. Merata kami pergi makan sama2. Makan sedap, tummy happy .. kami pun happy 


OK .. jom tengok apa yang kami makan di Sri Belanga Exclusive  ..



Laksa Johor
Mee Bandung Johor pilihan Misz-ella ~ mee bandung ni sedap sangat, ada udang, sotong .. secukup rasa! 


Set asam pedas ikan pari



Della dengan Laksa Johor nya. Sesuap demi sesuap .. licin dia makan semuanya sampai lupa nak pelawa Misz-ella. Sedap sangat Laksa Johor ni, kata si Della



Kak Yun order set asam pedas ikan pari. Set ni memang sangat berbaloi sebab ia datang dengan sayur goreng dan telur dadar. Asam pedas tu sedap dan very big portion, tengok la ikan dia .. banyak, kan. Sedikit pedas dan terasa asam garam nya .. Perfect!

Kami ambil dessert pisang goreng cicah kicap cili padi. Well .. ini baru betul2 Johor ... Cicah kicap baru ngam!


Lepas tu kita jugak cuba Nasi Bariyani Kambing (sedap you alls!), Cucur udang dan Mee rebus. Mee rebus tu secukup rasa .. manis semulajadi tak rasa manis gula pun dan nasi beriyani tu .. sungguh enak walau dimakan begitu sahaja. Kopi Muar 434 yang sangat sinonim dengan Johor pun ada.





Terima Kasih Datin Sri Ezzan yang juga kawan Misz-ella atas layanan mesra yang diberikan. Datin Sri Ezzan memang sangat friendly. Tahniah Sri Belanga Exclusive kerana menyediakan juadah dari negeri Johor buat penduduk-penduduk di Kuala Lumpur. Rasanya sangat asli .. very authentic! Buat semua pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku, jom kita sama-sama rasai keenakan masakan Johor di restoran Sri Belanga Exclusive. Lokasi restoran di Blok A, Publika (sebaris dengan Thai Tuk Tuk dan bersebelahan dengan restoran Nasi Ayam).


Jangan lupa ikuti Instagram Sri Belanga Exclusive di https://www.instagram.com/sribelangaexclusive/