Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nasi Kerabu sedap di 10Warung, Zebrasquare KL

Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella telah menjamu selera dengan Nasi Kerabu sedap di 10Warung, Zebra Square, Kuala Lumpur.


Nasi Kerabu Ayam Grill (RM19.90) - Ulamnya ada banyak jenis, telur masin, solok lada, kuah tumis, budu, sambal belacan, keropok dan serunding .. lengkap!



Nasi Kerabu Kambing Grill (RM24.90) - Pertama kali Misz-ella jumpa nasi kerabu kambing bakar, biasanya jumpa nasi kerabu daging bakar je so apalagi .. terus kita order! Kambing bakar tu sangat lembut, empuk plus very juicy too! Kuah tumis nasi kerabu tu sangat sedap, sambal belacan tak terlalu pedas  .. bila budu, kuah tumis dan sambal belacan digaul sebati dengan nasi tu .. secukup rasa! Solok lada, keropok dan telur masin melengkapkan lagi nasi kerabu tersebut. Sesuap demi sesuap .. licin .. habis sepinggan!



10Warung terletak di dalam kawasan Zebra Square di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Di 10Warung terdapat beberapa warung lagi yang menjual pelbagai jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia. Misz-ella belum sempat cuba .. InshaAllah akan datang lagi dan kongsikan dengan pembaca semua.


10Warung sangat menarik kerana dekorasinya cantik. Bila berada di sini, feeling kita ibarat berada di sebuah taman fantasi yang sangat indah ..lengkap dengan fairy lights, pokok-pokok hijau yang sangat mengasyikkan ..



Satu sudut menarik di 10Warung .. sesuai untuk beristirehat sambil foto-fotoan .. very insta-worthy, kan


Selain dari itu, 10Warung juga adalah lokasi yang perfect untuk meraikan hari istimewa seperti hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan dan bermacam lagi


Untuk maklumat lanjut atau tempahan, you all boleh lah lawati Instagram 10Warung di https://www.instagram.com/10_warung/ atau hubungi 0193405719. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 12 tengahari hingga 10 malam. Cara nak ke sini sangat senang .. Waze sahaja ZebrasquareKL dan terus kita akan dibawa ke kawasan parkir Zebrasquare yang selesa dan percuma!

So pembaca kesayangan, kalau tak tau ke mana nak lepak hujung minggu ini, jom kita ke 10Warung untuk menjamu selera dan bersantai sambil berfoto-fotoan. OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang nasi kerabu sedap di 10Warung dengan you all semua. Terima kasih baca. Jumpa lagi di blog post seterusnya, k.


1 comments:

SihatAfiat said...

Sedap nampak nasi kerabu kambing grill.