Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nori Lip Color (6 in 1)

Hello pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak cerita tentang lipstick. Tak lengkap penampilan kita tanpa lipstick, kan. Baru-baru ini Misz-ella dah cuba Nori Lip Color. Yes .. Lipstick is a MUST in every woman handbag. However, we are flooded with various type of lipstick in the market. I'm lucky was given an opportunity to try Nori Lip Color.



Nori Lip Color adalah lipstick jenama tempatan. Bahan utama Nori Lip Color adalah Shea butter, Olive Oil dan Natural Vitamin E. Bila Misz-ella bukak je kotak dia, oh Wow !! dalam satu kotak ada 6 warna menarik dan ohhh cantiknya!! Teruja nak cuba!


 Cantik, kan

OK Jom tengok warna-warna menarik Nori Lip Color yang Misz-ella dah cuba. 


Pinky Rose - walau wajah pucat berseri, tetap menyerlahkan penampilan, kan


Sexy Scarlet ~ Cantik, kan. Classic sangat warna dia.



Cherry Red - Warna ni lebih 'fresh, fun dan sexy' ~ It's like .. Heyy look at me .. I am Cherry Red! 



Red Me - Misz-ella gunakan masa ke Corporate meeting

Go nude and natural with Naked Latte




Misz-ella dah cuba 5 warna dari 6 warna lipstick Nori Lip Color. Kesimpulannya, Nori Lip Color adalah :


Jenis 'Matte'
Long lasting - tahan lebih lama .. tak perlu risau lagi tak da lipstick bila nak 'selfie' .. hehe
Warna sangat menarik dan sesuai digayakan di semua majlis
Hanya RM96.00 (1.5gm) untuk 6 warna yang dinamik dan menarik

Nori Lip Color on me :
A bit dry but I do not mind because I enjoy the long lasting effect more
I enjoyed carrying a handy pack Nori Lip Color which has 6 vibrant colours which suits any occasion


Maklumat lanjut tentang Nori Lip Color ada di http://nori.com.my



Luluh Hati Ku



Kalau kita tak mampu memberi senyuman dalam hidup seseorang, cukup lah sekadar memerhati dan bersimpati, jangan ditambah lagi dengan kedukaan ..


Sekian. Perkongsian kali ini.
Ringkas.
Padat.

Salam Jumaat ye pembaca kesayangan. Hari ini Misz-ella nak ke negeri Pulau Pinang, ada International conference di sana. In sha Allah akan cuba masa untuk update blog. I is so rindu nak berkongsi cerita dengan pembaca semua.






Jom Borak Sekejap ..


Hello pembaca kesayangan ..

Jom kita borak sekejap, nak? Misz-ella nak rehat sekejap dari berkongsi tentang kisah-kisah terkini. Macam-macam dah kisah seminggu dua lepas kan .. kisah teh terbaru dari Starbucks lah, kisah pergi bersenam di Fit Concerto lah, kisah pergi bengkel Ladang Hutan dan macam-macam lagi lah. Ummm .. kita take a break sekejap ye. Jom kita sembang-sembang ..

Minggu lepas sebenarnya minggu yang paling sibuk. Hampir setiap hari berulang KL-Shah Alam. Persembahan Broadway Muzikal Mystic India, Save Our Rainforest Race .. dalam pada tu, blog tetap tak lupa. Misz-ella rasa bersyukur sangat pada Allah SWT kerana beri saya kekuatan minda. Percayalah bahawa segala kekuatan dan ketahanan kita bermula dari minda. Kalau mindset dah kata penat .. hancurlah segalanya. Tapi bila minda kita kuat, kita akan sentiasa berada di dalam keadaan positif, In Sha Allah .. yang susah menjadi mudah, miracle do happen in life .. tanpa kita sedari Allah SWT permudahkan urusan kita. Itu sebenarnya rahsia Misz-ella kekal positif, kekal sihat dan sentiasa awet muda *ehemmm .. puji diri sendiri sikit eh* .. tak da rahsia lain. Umur dah 45 ni nak makan vitamin ke, jamu ke macam dah malas je.

Yang sentiasa Misz-ella amalkan ialah sentiasa sebut nama Allah SWT. Misz-ella ni bukan lah pandai sangat mengaji maka itu sahajalah amalan saya. Masa nak tidur, masa sedang drive, masa sedang nervous, masa sedang penat .. seru nama Dia berulang-kali. Ye. Saya hanya mampu meminta pada Dia *sobs* .. selainnya .. think positive, smile more, jangan merungut, ikhlaskan hati and let the things flow on its own. Trust you can dan akhirnya percayalah pada kasih sayang Allah SWT. Rezeki itu rahsia Allah dan kesihatan yang baik itu adalah tanda kasih sayang Allah dan juga salah satu cabang rezeki yang Allah bagi kepada kita. Saya bersyukur. Alhamdulillah.




Misz-ella jugak sedang mencuba lipstick baru - nori Lip Color. Dulu-dulu mama selalu pesan orang perempuan ni kena selalu jaga penampilan. Allah jadikan semua perempuan cantik.. Jaga. Kalau dah sibuk sangat, tak da masa nak bersolek, sekurang-kurangnya bubuh la lipstick tu sikit .. tak la pucat sangat muka tu, kan. Ehemm .. Misz-ella kan anak yang baik, sekali mama cakap, sampai ke tua ni masih ku ingat. So, di pagi hari Isnin yang lepas, dengan bengkak bawah mata sebab tidur hanya jam 3 pagi (sebab siang saya keluar, malam saya menulis .. I work day and night sebenarnya) .. hanya mampu ber lipstick untuk menambah seri dan cover muka lesu tu. Ummm .. boleh la, kan.

 Puan Sri Nisa yang dirindui ..

Orang kata Misz-ella memilih kawan. No you are wrong. Saya sayang semua kawan-kawan saya, tak kira pangkat mahupun darjat. Natijahnya manusia memang begitu, kan .. ada saja yang tak sempurna di mata mereka. Walau kita sentiasa berlaku baik, walau kita jaga diri kita sebaiknya .. kita masih tetap dikata dan akan terluka. One thing that I learn in life is .. I dont live in this world to please people. We cannot satisfy everyone. Saya cuma menjadi diri saya sendiri. Bak kata kawan baik saya Puan Sri Nisa, Ella is a lady with her own mind. Ye betul. Saya tak hipokrit. Saya tak berpura-pura and most importantly I dont judge people. Siapa kita nak judge yang lain? Kita semua sama, hanya insan biasa mengembara di bumi luas ciptaannya. Sampai masa, kita semua akan pulang ke pangkuan Dia dan hanya Dialah yang berhak menghakimi kita. 

Hummm .. tiba-tiba rindu kat Puan Sri Nisa yang sedang bercuti di London. Rindu kata-kata semangat dari Puan Sri Nisa yang sentiasa buat saya menitis airmata. Puan Sri Nisa rajin mengirim zikir-zikir yang dibelajar di kelas Asma Ul-Husna nya kepada Misz-ella untuk diamalkan dan Puan Sri Nisa antara kawan yang paling rajin menjamu Misz-ella dengan hasil air tangan dia sendiri. Cepat balik lah my sweetheart .. rindu ku padamu udah setinggi Gunung Aparwath di Kashmir lah! Hehehe. 



People come and go in our life. At certain point of our life, we will become less connect with certain people and without we realise we will be disconnect. Life! I am sad my friend is leaving Malaysia to return to Jordan. Good friend are hard to find. Yes we seldom meet but he always remember me. Sentiasa ada buah tangan tanda ingatan dari dia walau di mana sahaja dia berada. Thank you friend for being a good friend. All the best in USA!



Minggu ni dan minggu depan, Misz-ella sibuk dengan projek Bollywood Mystic India. Baca tentang Konsert Mystic India DI SINI YE. Habis Mystic India, Misz-ella akan move ke projek lagi satu. Masih rahsia tak boleh nak kongsi kan sekarang kerana semua nya masih dalam perbincangan. Yang pastinya .. projek baru, team baru, ilmu baru, pengalaman baru. My life is full of rainbow colours! I am grateful. Alhamdulillah.

Meanwhile, buat sesiapa yang ingin membeli tiket Konsert Mystic India dan ingin membeli tiket secara pukal (bulk purchase - minimum 20 tickets), boleh lah whatasapp no tel 012-6013773 atau tel 016-6223138. Kalau tak berjawab, itu tanda tuan punya telefon sedang sibuk. Sila mesej atau whatsapp dia ye.

OK dah habis dah sessi borak-borak kita. Terima Kasih baca bebelan saya. ByeBye pembaca kesayangan. Jumpa lagi di lain entry.




Koleksi teh Ready-to-go Starbucks FRAPPUCCINO® kini ada di Malaysia!

Hello pembaca budiman,



Starbucks Malaysia baru-baru ini telah  memperkenalkan dua jenis minuman di dalam botol Frappuccino® minuman baharu yang berasaskan teh - Matcha Tea Frappuccino® dan Black Tea Frappuccino®. Minuman kategori ‘ready-to-go’ ini boleh didapati di bahagian minuman di dalam botol di semua pasaraya utama, petrol marts dan kedai serbaneka utama di seluruh Malaysia.



Sesi "yum cha" (Minum Teh) adalah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Minuman berasaskan teh seperti Teh Cina, Teh dan Teh Tarik sentiasa menjadi pilihan ramai semasa bersantai dengan rakan-rakan atau keluarga. Rangkaian minuman teh 'ready-to-go' berasaskan teh keluaran Starbucks ini diperbuat dari daun teh berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Teh botol Frappuccino ini mendapat sambutan yang baik dan menjadi satu trend baru di kalangan konsumer apabila mula diperkenalkan di negara China. 

Pihak Starbucks menghabiskan masa hampir setahun untuk mendapatkan daun-daun teh yang berkualiti tinggi dari kawasan tanaman teh yang terkenal di seluruh dunia. Selepas melalui proses yang cukup teliti barulah pihak Starbucks memperkenalkan minuman di dalam botol Matcha Tea Frappuccino® dan  Black Tea Frappuccino®  ini dan dijangka bakal menjadi pilihan generasi muda.

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia, Starbucks® Black Tea Frappuccino®, adalah minuman yang penuh dengan aroma teh asli,  gabungan teh Ceylon dari Sri Lanka, teh Dianhong dari Yunnan, China dan Teh Assam dari India.


Manakala  Starbucks® Matcha Tea Frappuccino®  pula dibuat menggunakan serbuk Matcha yang berkualiti tinggi dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Untuk menghasilkan rasa yang menyegarkan, serbuk Matcha diproses melalui pengukusan dan penggilingan, bersama dengan susu berkualiti tinggi dari New Zealand

So, pembaca budiman, peminat-peminat teh khususnya, inilah masanya untuk meningkatkan pengalaman Starbucks anda dengan rasa ‘Frapp-ulous’ dari minuman sedia ada Starbucks – Starbucks  Matcha Tea Frappuccino dan Starbucks  Black Tea Frappuccino! Jangan lupa cari 2 minuman terbaru dari Starbucks ini di tempat-tempat yang Misz-ella sebutkan diatas ye.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook Starbucks Malaysia di https://www.facebook.com/StarbucksMalaysia/












Fit Concerto with Garcinia Max meriah!

Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella ke Putrajaya. Tiap kali ke Putrajaya, Misz-ella terpesona dengan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan pelbagai bentuk berdiri gah dan boleh dilihat dari jalan utama, Misz-ella suka dengan jalan raya yang luas dan berkualiti tinggi (jarang ada 'pothole' atau 'manhole' yang tidak sempurna di Putrajaya, kan) tapi yang sering membuatkan Misz-ella mengelak untuk ke sana adalah jarak perjalanan yang jauh ... lebih kurang 40km dari rumah saya di North Kiara, Kuala Lumpur tapi kerana urusan kerja .. seribu alasan saya ketepikan!


Bertempat di Hotel Pullman Putrajaya pada 3 Mac 2018 yang lalu, satu aktiviti kecergasan iaitu Fit Concerto with Garcinia Max telah dilangsungkan dan misz-ella.blogspot.com dijemput untuk menyertainya.  Wow wow .. apakah Fit Concerto with Garcinia Max?


Ingat lagi Garcinia Max? Minuman berkhasiat yang berupaya menurunkan berat badan dengan cara mengawal selera makan tanpa mengurangkan tahap tenaga. Kalau tak ingat, sila klik di sini ye.




Fit Concerto with Garcinia Max adalah salah satu aktiviti tanggung jawab sosial anjuran Grand Million Supremacy (GMS) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya kita menjalani gaya hidup sihat.


Bergabung dengan One Nation Fitness Club yang mana kesemua ahlinya adalah instruktor bertauliah dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan, Fit Concerto with Garcinia Max adalah gabungan lengkap pelbagai aktiviti senaman seperti aerobik, zumba, senam seni, masala bhangra, aerodance dan body combat selama dua jam tanpa henti.

Wow !! Dua jam tanpa henti! Saat mendapat jemputan, hati Misz-ella dah teruja menghitung hari menanti detik di mana saya boleh melompat dan menari selama dua jam tanpa henti! Mampu ke Cik Ella ooi .. umur dah 45 tahun, awak tu pun dah lama tak bersenam .. ada lagi ke stamina? Amboii .. berkira-kira dalam hati tapi kerana keinginan mengatasi segalanya, saya sahut cabaran !




Kaunter Garcina Maxx


Berbekalkan hanya Garcinia Max (tanpa sarapan), Yeayy .. I did it! Kandungan bahan berkhasiat dan bernutrisi tinggi di dalam Garcinia Max terbukti mampu memberi tenaga untuk kita menjalankan aktiviti kecergasan. Misz-ella mampu bersenam 2 jam tanpa henti!


Tengok lah yang lain-lain tu .. bersemangat je, kan. Fit Concerto memang best! Kalau ada lagi selepas ni, Misz-ella tak teragak-agak nak join lagi. I kan memang fitness dance kaki .. hehe


Jason (Pengarah Pemasaran GMS) dan Datuk Ryzal (Pengarah Urusan GMS)

Menurut Datuk Ryzal, Pengarah Pemasaran GMS yang peramah ini, GMS akan terus menjelajah ke seluruh negara dengan program Fit Concerto. Program kecergasan ini dijangka dapat menghimpunkan seramai 20,000 orang sepanjang tahun yang mahu merubah gaya hidup sedia ada ke arah yang lebih sihat. GMS turut menyeru semua pihak iaitu swasta, badan berkanun mahu pun persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan turut sama melibatkan diri dalam program kecergasan ini.


Jason dan Datuk Ryzal bersama para blogger yang lain semasa program Fit Concerto


So kesimpulannya, buat Misz-ella yang sememangnya kaki exercise dari muda lagi ini, program Fit Concerto memang sangat best! Tak sedar waktu berjalan .. tiba-tiba dah kena keluar dewan. Alahaiii .. I stil want to dance, ok!

Buat semua pembaca-pembaca kesayangan blog Misz-ella, kalau dapat khabar berita Fit Concerto berada di tempat anda, jangan lupa 'join' ok. Confirm you all tak menyesal sebab instruktor yang dipilih semuanya hebat-hebat belaka .. Adilla, Along, Group 3 Saka .. semua tu nama-nama besar dalam bidang fitness * .. my friend la tu .. hehehe* Sambil bersenam, sambil kita beramal kerana setiap kutipan tiket disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Sambil-sambil tu dapat pula kita cuba Garcinia Maxx yang sedap ini. 

OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca ye. Esok-esok datang lah lagi. Banyak lagi nak kongsi dengan You all ni. Bye.








One Moment in Time


If you are given one moment  .. only one moment .. what would you do? what is your wish?



Enjoy one of my favourite song, guys ! This song which I have been listening and sang since I was young, is always my motivation song.


KFC Zinger Cheezilla kini ada di semua rangkaian restoran KFC!

Hello pembaca budiman dan peminat ayam KFC khususnya!

Misz-ella ada berita baik untuk anda. KFC Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan burger hebat terbaru – KFC Zinger Cheezilla. Burger unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan bagi menjanjikan pengalaman makan yang benar – benar memuaskan.






Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC. Yummy... kan. Gabungan lengkap bahan-bahan tersebut pasti memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja dengan kenikmatannya.




KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte bermula dengan harga RM13.50 sahaja. Pelanggan juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang dihidangkan bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

So, pembaca-pembaca semua, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat dapatkan KFC Zinger Cheezilla di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery bermula dari 22 Mac 2018, sementara stok masih ada!

Misz-ella pun dah cuba. Memang sedap bila kepingan ayam Zinger Burger Hot & Spicy yang dirangup itu digabungkan dengan keju mozarella lepas tu lengkap dengan sos keju mayo KFC dan ada pula salad segar disitu. Hummmmm .. kenyang dan teringat-ingat!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

Bengkel Pengurusan Ladang Hutan oleh MACC


Hello pembaca budiman ..


Baru-baru ini, Misz-ella sempat menghadiri Bengkel Pengurusan Ladang Hutan anjuran Environment Protection Against Corruption Causus (EPACC) dan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur.





Misz-ella teruja bila Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam, Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil menyertai Bengkel ini. Almaklumlah, pengetahuan Misz-ella tentang ladang hutan sangat sedikit dibandingkan dengan orang lain.

Apakah ladang hutan? Adakah ia ladang di dalam hutan? bermacam pertanyaan berlegar di minda Misz-ella ..


Jeng .. jeng .. jeng ..  pagi-pagi Misz-ella dah sampai .. Buah Cempedak di luar pagar. Ambil galah tolong jolok kan. Saya budak baru nak belajar .. Sebarang bantuan amat dialu-alukan. Echewah berpantun la pulak .


Presiden PEKA, Y Bhg Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina, Presiden PEKA merupakan tetamu khas majlis tersebut.


Bengkel Pengurusan Ladang Hutan disertai oleh Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri, Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan NGO-NGO yang berkaitan dan dirasmikan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).



Bengkel di bahagikan kepada 3 sessi - Pembentangan kertas kerja mengenai Pengurusan ladang hutan, cabaran dan cara-cara mengatasinya oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pembentangan kertas kerja mengenai Pengurusan ladang hutan, cabaran dan cadangan mengatasinya oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga oleh wakil NGO, Sahabat Alam Malaysia.


PEKA Malaysia bersama Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Terus terang Misz-ella katakan, pengetahuan Misz-ella tentang ladang hutan adalah sangat sedikit dan apabila berpeluang menyertainya barulah Misz-ella mengetahui dengan lebih lanjut apakah itu ladang hutan yang merupakan salah satu dari dasar kerajaan.

Terima kasih pihak MACC di atas penganjuran Bengkel Pengurusan Ladang Hutan yang sangat bermanfaat kepada kami ini dan Presiden PEKA Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina kerana memilih Misz-ella menyertai sessi ilmiah ini. Tuntut lah ilmu walau di mana kita berada. Tak rugi, kan. 


Save Our Rainforest Race (SORR) 2018 - 24 Mac 2018, Hutan Simpan Gading, Kuala Kubu Bahru ..



2 More Days to Save Our Rainforest Race (SORR) 2018 - Hutan Simpan Gading, Kerling, Kuala Kubu Bahru, Selangor  .. We are excited!



This year mark my third years with #sorr Can’t wait to explore Hutan Simpan Gading, Kerling, Kuala Kubu Bahru this 24th March, 2018.

We have almost 1500 participants with us now on board. This year colour team is Orange. Have you collected your Race Kit?






PEKA would like to Thank all SORR 2018 sponsors. 






We do accept On-site registration. Come early, register yourself, breakfast together with us and wait patiently for the flag-off time at 8.30am.

2 More days to SORR 2018, For those who have registered, do not forget to bring your Race Kit along. Looking forward to see all of you at the Flag-off line. See you!






HerbaLine 3 in 1 @ Hartamas - Perfect place for beauty & wellness


Hello readers ..


Life can be very 'taxing'. We are flooded with non-stop routine which leave us only one feeling at the end of the day - tired! All we need is some space for our 'me' time to relax and rejuvenate our tired body and soul. But then, the next challenge is time!!





I recently had an opportunity to attend a Bloggers Night Out at HerbaLine 3 in 1 @ Hartamas, a place where you can rejuvenate your tired mind, body and treat your 'tummy' in a healthier way, all under 1 roof.





HerbaLine started their business 17 years ago as a facial spa brand. In the last few years, HerbaLine ventured into a food business when they adopted a two-in-one concept under one roof, by opening Mama Kim Sauna Mee Cafe. Read my previous entry here.

This year, HerbaLine charts another milestone with the launch of its new 3 in 1 outlet at Sri Hartamas, in collaboration with Healthland. With all services - Facial spa, body massage and healthy cafe under one roof, this collaboration enhanced beauty wellness experience to all Malaysians.

We started our wellness and beauty experienced by visiting Herbaline 3 in 1 which is located at the third floor.

We were given a welcome drink ~ A Healthy tea which consists of HerbaLine house-made goji berry and red date. Such a refreshing drink to kick start our treatment here!

Other than offering various facial services includes lifting facials, HerbaLine offers value-added services such as sea salt foot bath, fish spa therapy, shoulder massage, foot spa and many more (Complimentary).
For those who come in pairs, (with your love one, perhaps) HerbaLine also offers Body Massage Treatmens for both male and female in a double bed room. Price ranges are from RM69-169 depending on package your choose. Well ... pretty good price, right!


We tried the Foot Spa


And I had my shoulder and upper body massage too. Ahhh .. nice!

While others try the Fish Spa


Healthland Famiy & Wellness Centre



Healthland Family & Family Wellness Centre are located at 1st and 2nd floor (I am happy everything is under 1 roof). Healthland promotes a holistic lifestyle with health program and activities. Their therapists are professionally trained by the acclaimed Wellness Academy in Thailand.


 One of the massage room

Healthland is the only Malaysia's wellness centre that offers holistic wellness solutions to the mass middle class whilst maintaining its appeal to the affluent. I remembered tried their Thai Body Massage at Damansara Utama's branch. Awesome!

The best part is they have Foot massage theater in Sri Hartamas outlet. Sit back, relax and enjoy!


But both of us are just too busy with our phone .. LOL!


Mama Kim Sauna Mee Cafe


And finally, after a few hours of treatment, it's time to treat our hungry 'tummy'. Mama Kim Sauna Mee Cafe is HerbaLine in-house cafe which offers a comprehensive menu with a philosophy of "Where Healthy Is Yummy". This is their famous Mama Kim Sauna Mee which consists 80% vegetable and 20% meat (mine is fish) in a single dish.



Mama Kim's dishes are using only fresh ingredients, No MSG, no white flour, no sugar, less salt and less deep fried. Food serves are balanced in nutrients. Sauna Mee that I tried is a combination of mushroom & pumpkin noodle mix with lots of vegetables. Yummy! With the price of RM15.90 only, Mama Kim Sauna Mee definitely suits those who desires healthy meal at an affordable price.

Thank You HerbaLine 3 in 1 for the invitation. I had a great time spending my quality time with the rest of them. So readers, if you are looking for a perfect place for beauty and wellness all under one roof, HerbaLine 3 in 1 in Sri Hartamas is definitely a venue for you. EAT WELL, LOOK WELL, LIVE WELL with Herbaline 3 in 1.


HerbaLine, Healthland and Mama Kim Cafe
3-in-1 Integrated Beauty and Wellness Centre
Address: 18 and 20, Jalan 31/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.

HerbaLine Facial Spa
Contact: +603-2303 9831 / 012-7028677
Website: www.herbaline.com.my
Facebook: www.facebook.com/herbaline.my

Business Hours:
Monday - Friday: 11am - 7pm
Saturday: 10.30am - 5.30pm
Sunday: Closed

Healthland Wellness Centre
Contact: +603-2856 7877
Website: www.healthland.com.my
Facebook: www.facebook.com/healthlandmalaysia
Business Hours: 11am - 11pm daily

Mama Kim Sauna Mee Cafe
Contact: +603-2858 4173 / 012-6779895
Website: www.mamakim.my
Facebook: www.facebook.com/mamakimsaunamee
Business Hours: 8am - 10pm daily