Hello pembaca budiman ..
Baru-baru ini, Misz-ella sempat menghadiri Bengkel Pengurusan Ladang Hutan anjuran Environment Protection Against Corruption Causus (EPACC) dan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur.
Misz-ella teruja bila Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam, Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil menyertai Bengkel ini. Almaklumlah, pengetahuan Misz-ella tentang ladang hutan sangat sedikit dibandingkan dengan orang lain.
Apakah ladang hutan? Adakah ia ladang di dalam hutan? bermacam pertanyaan berlegar di minda Misz-ella ..
Jeng .. jeng .. jeng .. pagi-pagi Misz-ella dah sampai .. Buah Cempedak di luar pagar. Ambil galah tolong jolok kan. Saya budak baru nak belajar .. Sebarang bantuan amat dialu-alukan. Echewah berpantun la pulak .
Presiden PEKA, Y Bhg Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina, Presiden PEKA merupakan tetamu khas majlis tersebut.
Bengkel Pengurusan Ladang Hutan disertai oleh Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri, Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan NGO-NGO yang berkaitan dan dirasmikan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Bengkel di bahagikan kepada 3 sessi - Pembentangan kertas kerja mengenai Pengurusan ladang hutan, cabaran dan cara-cara mengatasinya oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pembentangan kertas kerja mengenai Pengurusan ladang hutan, cabaran dan cadangan mengatasinya oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga oleh wakil NGO, Sahabat Alam Malaysia.
PEKA Malaysia bersama Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Terus terang Misz-ella katakan, pengetahuan Misz-ella tentang ladang hutan adalah sangat sedikit dan apabila berpeluang menyertainya barulah Misz-ella mengetahui dengan lebih lanjut apakah itu ladang hutan yang merupakan salah satu dari dasar kerajaan.
Terima kasih pihak MACC di atas penganjuran Bengkel Pengurusan Ladang Hutan yang sangat bermanfaat kepada kami ini dan Presiden PEKA Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina kerana memilih Misz-ella menyertai sessi ilmiah ini. Tuntut lah ilmu walau di mana kita berada. Tak rugi, kan.
0 comments:
Post a Comment