Hello pembaca budiman,
Starbucks Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan dua jenis minuman di dalam botol Frappuccino® minuman baharu yang berasaskan teh - Matcha Tea Frappuccino® dan Black Tea Frappuccino®. Minuman kategori
‘ready-to-go’ ini boleh didapati di bahagian minuman di dalam botol di semua pasaraya utama, petrol marts dan kedai serbaneka utama di seluruh Malaysia.
Sesi "yum cha" (Minum Teh) adalah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Minuman berasaskan teh seperti Teh Cina, Teh dan Teh Tarik sentiasa menjadi pilihan ramai semasa bersantai dengan rakan-rakan atau keluarga. Rangkaian minuman teh 'ready-to-go' berasaskan teh keluaran Starbucks ini diperbuat dari daun teh berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Teh botol Frappuccino ini mendapat sambutan yang baik dan menjadi satu
trend baru di kalangan konsumer apabila mula diperkenalkan di negara China.
Pihak Starbucks menghabiskan masa hampir setahun untuk mendapatkan daun-daun teh yang berkualiti tinggi dari
kawasan tanaman teh yang terkenal di seluruh dunia. Selepas melalui proses yang cukup teliti barulah pihak Starbucks memperkenalkan minuman di dalam botol Matcha Tea Frappuccino® dan Black Tea Frappuccino® ini dan dijangka bakal menjadi pilihan generasi muda.
Pertama kali diperkenalkan di Malaysia, Starbucks® Black Tea Frappuccino®, adalah minuman yang penuh dengan aroma teh asli, gabungan teh Ceylon dari Sri Lanka, teh Dianhong dari
Yunnan, China dan Teh Assam dari India.
Manakala Starbucks® Matcha Tea Frappuccino® pula dibuat menggunakan serbuk Matcha yang berkualiti
tinggi dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Untuk menghasilkan rasa yang
menyegarkan, serbuk Matcha diproses melalui pengukusan dan penggilingan,
bersama dengan susu berkualiti tinggi dari New Zealand
So, pembaca budiman, peminat-peminat teh khususnya, inilah masanya untuk meningkatkan pengalaman Starbucks anda
dengan rasa ‘Frapp-ulous’ dari
minuman sedia ada Starbucks – Starbucks Matcha Tea Frappuccino dan Starbucks Black Tea Frappuccino! Jangan lupa cari 2 minuman terbaru dari Starbucks ini di tempat-tempat yang Misz-ella sebutkan diatas ye.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
halaman Facebook Starbucks Malaysia di
https://www.facebook.com/StarbucksMalaysia/
0 comments:
Post a Comment