Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

KFC Zinger Cheezilla kini ada di semua rangkaian restoran KFC!

Hello pembaca budiman dan peminat ayam KFC khususnya!

Misz-ella ada berita baik untuk anda. KFC Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan burger hebat terbaru – KFC Zinger Cheezilla. Burger unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan bagi menjanjikan pengalaman makan yang benar – benar memuaskan.






Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC. Yummy... kan. Gabungan lengkap bahan-bahan tersebut pasti memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja dengan kenikmatannya.




KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte bermula dengan harga RM13.50 sahaja. Pelanggan juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang dihidangkan bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

So, pembaca-pembaca semua, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat dapatkan KFC Zinger Cheezilla di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery bermula dari 22 Mac 2018, sementara stok masih ada!

Misz-ella pun dah cuba. Memang sedap bila kepingan ayam Zinger Burger Hot & Spicy yang dirangup itu digabungkan dengan keju mozarella lepas tu lengkap dengan sos keju mayo KFC dan ada pula salad segar disitu. Hummmmm .. kenyang dan teringat-ingat!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

0 comments: