Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cinta Mampu Mengubah Segalanya dalam Drama Zehra Kelip-kelip di Kota London

Hello pembaca kesayangan dan peminat-peminat drama Melayu, khususnya..

Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa membawa informasi terkini dan hiburan-hiburan berkualiti kepada penonton. Ini termasuklah drama-drama Melayu terbitan TV3 yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton, kan. Misz-ella sendiri masa kecil dulu habis sekolah duduk depan TV menghadap siaran TV3 ..  almaklumlah itu sahajalah hiburan yang ada buat orang-orang lama macam Misz-ella ini .. tak seperti anak-anak zaman sekarang yang lebih banyak pilihan kerana dengan internet segala maklumat mahupun hiburan hanya dihujung jari tak perlu rujuk kepada TV.




Paling disukai oleh masyarat Melayu adalah drama-drama bertemakan cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang sangat berkait rapat dengan kehidupan. Setiap dari kita dianugerah Allah SWT perasaan yang sangat istimewa ini .. jatuh cinta, putus cinta, menjalin cinta dan macam-macam lagi lah. Cinta itu indah .. lengkap dengan pelbagai rasa .. manis, pahit, suka, ketawa, kecewa, menangis .. 

Definasi cinta itu sendiri terlalu luas dan subjektif dan buat Misz-ella .. The Best Love In Life is Love Yourself. Sounds selfish? Oh tidak .. kerana cinta kepada diri sendiri adalah amanah yang diberi Allah SWT kepada setiap hambaNya. Allah jadikan kita sihat, cantik, sempurna maka kewajipan kita mencintai diri kita dan menjaga pemberianNya.

OK OK Misz-ella .. kau jangan lari tajuk sila pulang ke pangkal jalan .. Hehe. Mulai dari 14 Mac ini, TV3 membawakan drama Zehra Kelip-Kelip di Kota London.

Sebuah drama terbitan Zeel Production di bawah arahan Murali Abdullah, drama 13 episod ini menggabungkan pelakon-pelakon senior dan baharu seperti Hafidz Roshdi, Hanna Aqeela, Rizz Ismail, Putri Hanan, Haliza Misbun, Nadiyah Shahab, Zain Saidin, Ezany Nizariff, dan Tony Eusoff. 

Drama bertemakan jodoh penentuan Tuhan ini akan menemui penonton setiap Rabu hingga Jumaat bermula 14 Mac 2018 pada pukul 9 malam.

Hafidz Roshdi sebagai Syed Syaufiq


Kelip-Kelip Di Kota London ini mengisahkan seorang jejaka kacak dan berharta, Syed Syaufiq yang merupakan penggemar hiburan dunia. Kekayaan Syaufiq diwarisi daripada syarikat perniagaan tekstil Al-Haffiy milik ayahnya, Syed Mukhriz. Syaufiq dihantar ke University of Cambridge, London oleh ayahnya bagi mendalami ilmu keusahawanan.


Hanna Aqeela sebagai Nur Insyirah

Di sana, hati Syaufiq terpahat apabila melihat Nur Insyirah yang sedang solat di satu penjuru taman rekreasi. Terpukau melihat kecantikan Insyirah, Syaufiq mula mendekatinya dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Seperti jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, Syaufiq juga mula mendekati agama Islam melalui dorongan dan ajaran Insyirah sehingga mereka mendirikan rumah tangga. 



Namun, sebaik sahaja berita pernikahan mereka tiba di Malaysia, Syed Mukhriz mula menerangkan wasiatnya yang tertulis harta warisan Al-Haffiy hanya akan jatuh kepada Syaufiq sekiranya Syaufiq menikahi Sharifah Jasmine dan mendapatkan seorang anak lelaki.

Adakah Syafiq akan mempertahankan perkahwinannya dan hidup tanpa kemewahan gara-gara wasiat ayahnya atau adakah Syaufiq akan menikahi Sharifah Jasmine dan membolot harta pusaka keluarganya? 

Wah .. yang ini pembaca sekalian kena check it out sendiri sebab Misz-ella pun tak tau kesudahannya. Jangan lupa saksikan Drama Zehra Kelip-Kelip Di Kota London setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam untuk saksikan kisah cinta ini.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #dramasangat untuk hangatkan lagi perbualan di alam maya.

Selamat Menonton!


0 comments: