Hello warga Kuala Lumpur
Hari ini hari cuti, kan. Kalau tak ke mana-mana, jemput singgah ke Kompleks membeli belah Publika kerana Misz-ella bersama PEKA Malaysia, Leo Burnett dan Studio DL akan berada di sana untuk hari yang terakhir pameran #Blockstoblock, sebuah kempen kesedaran masyarat tentang keadaan Orang Asli Temiar yang sedang membuat 'blockade' di hutan Gua Musang bagi mengelakkan pembalak dan pelombong emas memasuki hutan mereka.
Misz-ella sendiri baru pulang dari Gua Musang dan melihat sendiri kemusnahan alam yang berlaku di sana.
Hutan-hutan yang menjadi 'canopy' menapis udara agar kita dapat bernafas udara bersih telah ditebang .. kawasan hijau tersebut telah bertukar menjadi padang pasir berwarna oren, sungai-sungai tidak lagi jernih kerana telah dicemari dan telah bertukar warna kepada teh tarik. Menitis airmata Misz-ella saat melihat kemusnahan alam ini. Terus terdetik di hati .. bagaimana perasaan pihak yang melakukan perkara ini? Tak fikir anak cucu kah? Tak baca Al-Quran tentang betapa pokok-pokok itu adalah anugerah Allah kepada kita? Jangan ditebang kerana pokok-pokok ini adalah paku bumi, jika ditebang .. musnahlah dunia. Tak belajar Sains tentang tentang betapa pentingnya hutan dalam kehidupan kita kah?
Hutan-hutan yang menjadi 'canopy' menapis udara agar kita dapat bernafas udara bersih telah ditebang .. kawasan hijau tersebut telah bertukar menjadi padang pasir berwarna oren, sungai-sungai tidak lagi jernih kerana telah dicemari dan telah bertukar warna kepada teh tarik. Menitis airmata Misz-ella saat melihat kemusnahan alam ini. Terus terdetik di hati .. bagaimana perasaan pihak yang melakukan perkara ini? Tak fikir anak cucu kah? Tak baca Al-Quran tentang betapa pokok-pokok itu adalah anugerah Allah kepada kita? Jangan ditebang kerana pokok-pokok ini adalah paku bumi, jika ditebang .. musnahlah dunia. Tak belajar Sains tentang tentang betapa pentingnya hutan dalam kehidupan kita kah?
Tanpa hutan, kita tak boleh hidup. Kita tak ada air untuk minum, tak ada udara bersih untuk bernafas, tanah runtuh akan berlaku, cuaca akan jadi tidak menentu ... dan buat Orang Asli sendiri, hutan adalah segala-galanya untuk mereka - Hutan adalah farmasi, hutan adalah supermarket, hutan adalah rumah, hutan adalah sumber air mereka dan juga tempat mereka beribadah. Kerana itu lah mereka mempertahankan hutan dan secara logiknya, bila mereka mempertahankan hutan, bukankah kita juga yang mendapat nikmatnya? Bukankah kita patut merasa terhutang budi dan berterima kasih kepada Orang Asli ini kerana mempertahankan sumber air kita? membantu kita mendapat udara bersih agar kita boleh hidup dengan sihat?
Terlalu banyak jasa Orang Asli kepada orang bandar seperti kita ini sebenarnya, tanpa kita sedari tetapi sayangnya .... *ohhh .. saya sedih *
Blockade Orang Asli Temiar Gua Musang telah wujud sejak tahun 2012 lagi. Ini adalah inisiatif mereka untuk mempertahankan sisa-sisa hutan yang ada. Blockade di kawal 24 jam bagi mengelakkan pembalak memasuki hutan. Apabila mereka mengawal blockade, mereka tak dapat bekerja, tak dapat mencari makan dan kelaparan. Atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan, pada tahun 2016, PEKA Malaysia telah mengambil inisiatif menghantar bekalan makanan kepada mereka.
Ini bukanlah kerja mudah bagi kami kerana kami sendiri terpaksa meninggalkan rumah dan kerja, memasuki dan tinggal di dalam hutan. Ye .. saya orang bandar, lahir dan besar di bandar Kuala Lumpur kesayangan saya ini .. saya tak pernah mandi, buang air kecil dan besar malah tidur di dalam hutan tetapi itu lah yang kami hadapi kerana kami tau betapa pentingnya hutan untuk kehidupan kami.
Misz-ella nak betulkan fakta - Blockade ini bukan milik PEKA atau milik Puan Sri Sabrina (Presiden PEKA) tetapi milik orang Asli Temiar itu sendiri. Mereka bina blockade ini dari tahun 2012 lagi. Kami hanya membantu sekadar mampu - menghantar makanan kepada mereka atas dasar kemanusiaan. Mana mungkin kami mampu tidur lena bila memikirkan nasib Orang Asli yang kelaparan kerana mempertahankan kawasan tadahan hujan kami, mempertahankan kawasan penapis udara kami .. mempertahankan harta negara paling berharga dan hutan tertua di dunia ini .. Kami terhutang budi pada Orang Asli ini.
Hari ini adalah hari terakhir pameran #blockstoblock ini. Jemput datang beramai-ramai ke Publika dan temui Orang Asli Temiar yang telah berkampung di sini sejak 23hb April lagi. Dekati mereka, selami hati mereka, dengar cerita mereka dan beli lah blocks ini yang telah dilukis oleh artist tempatan, TShirt, Komik serta lain-lain barangan kraftangan Orang Asli Temiar ini. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada dana bagi membeli makanan untuk orang-orang Asli ini. Setiap 2 minggu kami hantar makanan kepada mereka - Beras, minyak, tepung, ikan bilis, sardin, bihun dan bermacam lagi.
Dan nyatakan sokongan anda kepada Orang Asli Temiar Gua Musang yang sedang melakukan Blockade demi mempertahankan sisa-sisa hutan yang ada ..bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kita dengan menandatangani kain rentang ini.
Ini lah kami - sukarelawan dari PEKA Malaysia. Segala-gala yang kami lakukan adalah atas dasar kemanusiaan. Kami tak bergaji dan tiada kepentingan peribadi. Segala yang kami laku kan adalah atas dasar keperihatinan, kemanusiaan, tanggungjawab menjaga alam seperti yang diamanahkan Allah SWT dan kasih sayang sesama insan.
TERIMA KASIH ORANG ASLI TEMIAR kerana membantu kami mempertahankan sumber air kami, membantu kami menjaga pokok-pokok anugerah Allah kepada manusia agar kita boleh bernafas udara segar. Apa yang kami laku kan ini (mengadakan pameran dan menghantar makanan) adalah kecil berbanding apa yang Orang Asli lakukan untuk kami dan anak cucu kami. TERIMA KASIH. Moga Allah SWT membalas jasa baik mereka. Buat warga KL yang telah singgah ke Booth #blockstoblock dan telah menyumbang kepada usaha murni ini, TERIMA KASIH. MAY GOD BLESS YOU FOR SAVING HIS CREATION. Amin.
Akhir kata, Terima Kasih kepada pihak Publika, Leo Burnett Adversiting dan Studio DL kerana turut bersama-sama PEKA Malaysia menyokong perjuangan Orang Asli Temiar Gua Musang.