Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Warna-warna suara di persembahan AJL 34

Hello lovely readers,

Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) telah berakhir malam semalam. Misz-ella ada kat Axiata Arena tengok persembahan secara LIVE. 

Misz-ella memang peminat setia AJL, sejak dari zaman muda-muda sampai la dah tak muda sekarang ni. 



AJL34 berakhir dengan kemenangan lagu Sumpah oleh Naim Daniel dan Omar K sebagai juara. Melodi lagu ni memang best ditambah pulak dengan lirik yang puitis membuai perasaan dan dilengkapkan lagi dengan persembahan seolah-olah berada di atas bulan oleh Naim Daniel. Sememangnya Sumpah bergelar juara dengan cemerlang!



Tempat ke dua dimenangi oleh Bangun hasil gandingan Nagivator dan Aman Ra. Lagu yang begitu catchy, happening tetapi liriknya penuh motivasi sehinggakan penonton di Axiata Arena bangun dan melompat bersama Aman. Meriah!



Tempat ketiga milik Anta Permata, lagu yang dicipta khas buat Datuk Seri Siti Nurhaliza oleh Hael Husaini dan Ezra Kong tetapi disampaikan oleh penyanyi Bob. Seperti yang kita ketahui, Siti tidak lagi mahu menyertai AJL tetapi tidak menghalang lagu tersebut dipertandingkan melalui Bob. Kejutan buat peminat-peminat AJL dan Siti apabila penyanyi kesayangan negara itu muncul di saat akhir semasa persembahan Bob dan mendapat tepukan gemuruh oleh penonton. Lepas rindu pada Datuk Seri Siti Nurhaliza, kan.


Persembahan terbaik dimenangi oleh Hafiz Suip menerusi lagu Kisah Cinta Kita. Aduiiii.. menonton persembahan Hafiz buat kita rasa nak bercinta sekali lagi kerana ianya dipersembahkan khas oleh Hafiz dari hati dan dengan penuh kasih sayang kerana AJL 34 turut disaksikan oleh isteri kesayangan beliau. Dalam hati berkata *Ehemmm .. romantiknya kau Hafiz .. so sweet*



Selain dari itu, Hafiz turut memenangi kategori Vokal Terbaik. Menurut kata Ketua Juri AJL34 iaitu komposer Ajai semasa sidang media, Hafiz berjaya mengawal vokal secara konsisten dari mula hingga ke akhir persembahan. Tiada cacat cela vokal beliau. Awesome!


Lain-lain persembahan tak kurang menarik seperti kumpulan Masdor dengan Dinda. Meriah betul pentas, macam pesta.


Ernie Zakri yang terkenal dengan vokal beliau yang power pun tak kurang hebat persembahannya.

Keseluruhannya, persembahan peserta-peserta AJL 34 sangat best dan penuh dengan warna-warna suara. Kesemua peserta memberikan persembahan yang mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Puashati sangatlah!



Tahniah TV3 dengan kejayaan penganjuran AJL 34. Terima Kasih pihak TV3 kerana mengundang misz-ella.blogspot.com sekali lagi untuk menonton AJL 34 secara LIVE dari Axiata Arena, Bukit Jalil. Persembahan bertenaga dan seperti biasalah, very warm hospitality .. kami balik pun happy!

0 comments: