Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rendang Daging Duduk Rumah



Rendang Daging Duduk Rumah versi Misz-ella



Hello pembaca kesayangan,

Kita dah memasuki Fasa ke 2, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Harap-harap semua pembaca kesayangan Blog Dari Jari-Jari Halusku ini berada di dalam keadaan yang baik, paling penting menjalani PKP dalam keadaan yang sangat berdisiplin. Misz-ella sendiri sangat enjoy dan menghargai masa bersama keluarga. Paling penting, semasa tempoh PKP ni, Misz-ella makan makanan yang sihat *sebab masak sendiri*. OK Misz-ella nak kongsikan resepi Rendang Daging Duduk Rumah bersempena dengan PKP dengan you all semua di sini.


Bahan-bahan :-
1kg Daging
1 kotak Santan (S)
5-6 helai Daun limau purut
3 sudu besar Kerisek
1 helai Daun kunyit
Sedikit minyak

Bahan-bahan (dikisar) :-
4 biji Bawang besar
1 labu Bawang putih
2 inchi Halia
1 inchi Lengkuas
5 batang Serai
Segenggam Cili Kering

Cara-cara membuatnya :-
1) Tumis bahan kisar sampai garing *wanginya bau masa ni*
2) Masukkan daging dan air *masak sampai daging empuk*
3) Masukkan Santan pekat dan Daun limau purut. Masak sampai kering.
4) Masukkan Garam dan sikit Gula *sebab i tak guna Ajinomoto you alls*
5) Akhir sekali masukkan Kerisek dan kacau supaya sebati. Lepas tu you all rasalah *Emmm dapnya ðŸ˜‹*
6) Bila kuah Rendang dah kering, masukkan hirisan daun kunyit. Gaul dan tutup api.
7) Dah siap. Dengan lafaz Bismillah, jom kita makan.

Rendang Daging Duruk Rumah ini adalah di antara menu #Dudukrumah Misz-ella sepanjang 19 hari ini. Antara hikmah disebalik PKP ini ialah Saya dapat #Dudukrumah dan masak sendiri for my small family. Alhamdulillah.

OK you all boleh la cuba resepi Rendang Daging Duduk Rumah Misz-ella ni. Sedap you alls ..



2 comments:

Semut Senyum said...

wAaaa... sedapnye nampak rendang daging mis ella... duk rumah ni, memang rasa nak masaakk nak makan, nak masak nak makan.. tq share resepi...

Mama Zharfan said...

sedapnyaaa....nanti nak try lah masak ikut resepi misz ella :)