Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kita tak selamanya di atas

Hidup ini bagai roda yang berputar.

Ada masanya roda itu di atas, dalam sekelip mata roda itu berada di bawah. Begitu jugalah dengan hidup kita. Tak selamanya kita akan berada di atas. 

Bila kita dilimpahi dengan kemewahan atau segala keseronokan dunia, jangan kita leka kerana ianya juga adalah UJIAN

dan 

ketika kita ditimpa musibah atau kecelakaan, jangan kita sedih kerana ianya juga adalah UJIAN dari Allah.

Dalam ertikata yang lebih mudah.

SUSAH, SEDIH itu adalah ujian.

SENANG, GEMBIRA juga adalah ujian.

TAKDA DUIT itu adalah ujian.

BANYAK DUIT juga adalah ujian.

Trust ALLAH SWT. Bersabar dan redha lah kerana setiap ujian itu datang dengan hikmah dan nikmat yang tidak kita duga.




1 comments:

ezy.fia said...

yess betul!
setiap kesusahan yg kita lalui pasti hujungnya ada sinar kebahagiaan.. =')