Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

White Zumba Dance Party bersama Coach Azy

Beruntungnya kita jadi rakyat Malaysia .. hidup aman damai, rukun makmur meski berbilang bangsa, berlainan warna kulit dan berlainan agama.

Untungnya kita sebagai rakyat Malaysia, bebas ke sini sana .. tanpa ragu dan tanpa bimbang.

Beruntungnya kita di Malaysia kerana berpeluang meraikan pelbagai perayaan. Baru-baru ini Misz-ella telah raikan sambutan hari Krismas bersama-sama dengan Coach Azy dan The Good Vibe Tribes.

Pagi 25 Disember 2022, masing-masing hadir berbaju putih untuk White Zumba Dance Party bersama Coach Azy di studio Mzone.



Masing-masing segar, ceria dan teruja! Ambik gambar dulu sebelum Coach datang dan kelas bermula.

Sebelum tu dah say Hai .. Hai .. Hello Hello pada mereka yang dah lama tak jumpa (sebab i dah lama tak pergi kelas)


The dance session started with I wanna dance with somebody, the song by the late Whitney Houston (the best female black artist of all time, my favorite singer too!)

The clock strikes upon the hour
And the sun begins to fade
Still enough time to figure out
How to chase my blues away

I've done alright up till now
It's the light of day that shows me how
And when the night falls
The loneliness calls

I wanna dance with somebody was released in 1987. Dah 35 tahun lagu ni (longer than Macarena). This all-time favorite has a lovely melody and its lyrics refresh our souls. Lagu pertama dah "IN". Masing-masing semakin bersemangat untuk lagu seterusnya.

Lepas tu ada About Damn Time, lagu yang melodi nya cukup meriah ditambah pulak dengan lirik yang sangat memberi motivasi. Lagu ni sangat popular di radio. Dalam masa 2,3 jam perjalanan, dekat 5,6 kali Misz-ella dengar lagu ni.


Turn u the music, turn down the lights
I got a feelin' I'm gonna be alright
Okay (okay), alright
It's about damn time
Turn up the music, let's celebrate
I got a feelin' I'm gonna be okay
Okay (okay) alright
It's about damn time

Selepas tu, sessi menari tanpa henti selama 90 minit pun berterusan. Dari benua Amerika, Coach Azy bawak kita berzumba dengan si mata sepet tetapi handsome gila iaitu Korea (semua fefeeling K-Pop masa ni).

Ahhh .. ada juga The Time (Dirty Bit), by Black Eyed Peas. Lagu ni sangat popular pada tahun 2010. Video rasmi The Time telah mencecah 590 juta tontonan di YouTube. I used to dance this song versi aerodance in year 2011.

 Oh, I had the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you
You-you-you-you-you
You-you-you-you-you
You-you-you-you-you-you-y-y-y-y-you


From the all-time favorites to the current hits, we had fun at Coach Azy White Zumba Dance Party. Lagu best-best .. crowd pun sporting. Sangat happening dan enjoy, kan. Semua orang happy.



And for me. extra happy sebab my dance buddies from different classes join us too - Hana, Putri and Liza. Liza dah beberapa kali datang ke kelas Coach Azy sejak diperkenalkan oleh Misz-ella. Hana and Putri pertama kali and they love it.

All in ... all in . we had a blast during White Zumba Dance Party bersama Coach Azy on 25th December 2022. Looking forward for more dances together at the dance floor!

I follow you

 Bila ada yang cakap

I FOLLOWERS KAK ELLA
I follow je suggestions kak Ella
Kak ella suruh kita join kelas ni
Kita ikut
Kak ella tak join
Kita tak ikut

Sebab I FOLLOW YOU

Ummmmmm .. *fikir fikir*

Rahsia persahabatan/Recipe of healthy friendship


Dalam hidup ni, kita tak boleh nafikan yang kawan mainkan peranan yang penting. Kawan yang baik mewarnai hidup kita - they add values to our life. I am not sure about others tapi untuk seorang Ella, kawan sangat penting. Aku sayang kawan-kawan, hargai dan juga adalah seorang yang sangat setia dalam persahabatan. Aku simpan diaorang dalam hati ketat-ketat, sealed with loves so that nothing can destroy my friendship with them (unless orang tu sendiri buat hal lah)

Elemen yang paling penting dalam persahabatan adalah chemistry atau keserasian. Bukan dengan semua orang kita ada keserasian tapi bila wujudnya keserasian, maka bakal berpanjangan lah sebuah persahabatan, kan.

Lepas tu kita kena hormat kawan kita. Hormat bermakna kita kena jaga adab dalam persahabatan. Kita kena respect privacy dia. Kita kena selalu ingat yang kawan kita juga ada life dia sendiri dan bukan semua bahagian dalam hidup dia kita boleh masuk. Kita kena jaga benda-benda macam ni kalau kita nak kekal lama dalam persahabatan.

Dah hampir 30 tahun kita berkawan dan masih teguh bersama. Masa muda dulu, kami berikrar, nak kawan sampai tua (berangan nak berjiran rumah sebelah2 kat Kensington Park supaya aku boleh jaga engkau, engkau boleh jaga aku bila tua nanti). Alhamdulillah Allah makbulkan maka kita pun tua bersama .. aku panggil persahabatan ni “cinta hingga hujung nyawa”

Dalam hidup ni we don't have to try hard to be everyone’s sweetheart. If people like you, comfortable with you they will be there with an open heart. Aura kita, vibes kita, keserasian kita .. itu semua anugerah Allah kepada kita. Kita bersyukur je la.

Kita jugak tak perlu susah2 cari kawan baru kerana Allah dah susun cantik perjalanan hidup kita. Sapa kawan kita, jodoh kita, rezeki kita .. Allah dah susun. Kita lalu je hidup ni dengan tabah, tenang dan redha. Enjoy every moment. Senyum selagi boleh. Kita tenang-tenang aje lah.

Untuk kak Zue, Lin, Sarina, Rosnah dan Fiza, aku sayang korang sampai hujung nyawa. Terima kasih terima Kakchik seadanya.


Marsha is my aerodance teacher since 8 years ago. Masa tu aku masih tinggal di Saujana Utama, Sg Buloh and dia mengajar di Magyc GYm & Studio. Marsha sangat lemah lembut dan manja serta hormat orang tua. Marsha tinggi budi bahasa. 

Kalau dengan Marsha, Misz-ella tak pernah marah lama sebab dia sangat pandai ambil hati. Dia akan cepat-cepat mintak maaf to cool me down, dengan manja dia tu, dengan senyum dia tu .. my heart easily melt lah! We had a very good time together .. ke sini ke sana sama-sama. Aku sayang Marsha and I pray for many more years together. 


Haziqah is a friend who I know through blogging. She was the PR officer at Impiana Hotel, KLCC. Disebabkan ada keserasian, maka kita pun terus jadi kawan. Dari hotel 5 bintang ke hutan belantara, dari sungai ke gunung, Haziqah rajin cari Misz-ella untuk makan-makan, jalan-jalan, untuk tukar-tukar idea dan mintak nasihat. Muda, cantik, bergaya .. Haziqah is fun to be with! 
 


Kak Yun! Kak Yun is my very very good friend. Kita kenal di lantai tari lepas tu kita pergi hiking sama-sama. Kak Yun sangat havoc, happening tapi kadang-kadang boleh bikin kita headpening sebab dia sangat kecoh dan riuh. Kak Yun sangat caring. Masa aku duduk di KL dulu, Kak Yun sanggup travel ber puluh kilometer untuk temankan aku kalau aku tengah down atau boring.

Deep sangat kasih sayang Kak Yun pada aku. Kalau aku sedih, dia turut terasa .. jelas nampak di air muka dia. Kalau orang buat aku atau kata aku, dia tak suka. Kalau aku happy, Kak Yun pun happy sama. Kak Yun yang baik .. yang sangat memahami .. hanya Allah yang mampu membalas semua kebaikan Kak Yun kepada Ella.



Just like Marsha .. Akish is my aerodance teacher. Masa kita kenal hampir 10 tahun dulu, Zumba tidak popular seperti sekarang. Kita kenal kat lantai tari. Menariknya tentang persahabatan yang bermula di lantai tari ni ialah kita berkongsi minat yang sama. 

I called Akish my happy butterfly. Akish selalu happy. Selama berkawan, aku taktau bila Akish marah, bila Akish sedih atau stress. Akish has a strong good vibes .. bila kita dengan dia, kita akan happy dan ketawa sepanjang masa. Kau jangan sepi babe .. aku ada. Kau jangan sedih babe .. aku ada. Paling best, we are a good dance buddies. Bila menari dengan dia .. I am free to be myself .. boleh gila-gila tanpa ragu-ragu. I just be me and being a good friend of mine, she just enjoy me the way I am. Lagi laju aku melompat, lagi gedik aku menari .. lagi dia suka. Akish kenal my small family and so do I. I saw Qiqin from she was small, pergi belajar menari kat sana sini ..  now Qiqin also can teach. Just like her mother, she has her own groove. I am so happy to witness her progress.



Rayme and Azy .. interesting! Both of them are good friends. Both have their own personality, charisma, and identity. Azy is our Cardio dance teacher and Rayme is my fitness buddy. I love Azy's highly energetic cardio dance class sebab Laju! or to be exact a combination of hi-low energetic dance class that keep you moving throughout an hour without you realize..tiba-tiba je ehh dah habis? 

Aku memang jenis yang buat apa pun laju .. bercakap laju, menulis laju, menaip laju, drive laju, berfikir laju .. dance pun nak laju. 



Aku suka song playlist di kelas Azy, a combination of all-time favorites and new songs.  On top of that, Azy has a bright personality - friendly, funny, warm, cheerful, creative, imaginative, and quick-witted. People are easily attached to him because of his positive vibes. I called Azy a social connector who brings people together in his own way.

Azy love wonderful words (spesis pandai ambik hati ni) Hanging around with him is always fun and of course .. his main attraction is his Cardio dance class! (walaupun ada masa-masa tertentu aku nervous nak ke kelas dia .. haha!).



Rayme! Rayme and I have a lot of common ground together. We can spend many hours over cups of coffee and cakes talking from one topic to another, exchanging ideas, sharing experiences .. tak sedar! tau tau dah berjam-jam kita sembang. Tempat paling best untuk jumpa Rayme dah tentu lah di dance studio dan tempat makan-makan.


Rayme is a very well-mannered and polite person. He is a singer and I lovesssss his singing so much! Kadang-kadang saja  suruh dia nyanyi, belanja Chorus boleh ... a special blogpost about him will be in my blog, soon.

Rayme is also “multi-skill”. He is a graphic designer, a project coordinator and a perfect project planner. Paperwork dia, proposal dia .. superb! (You can hire him for your project proposal .. call me to reach him!)



*image from google*

I learned a lot from friendship. Nak mulakan sebuah persahabatan memang mudah tetapi nak kekalkan persahabatan selama berpuluh-puluh tahun tidak mudah.

A recipe of a healthy friendship is to accept, love, respect, tolerate, and care for each other. Mix all these elements in our hearts and see how the friendship grows. 

Dalam sebuah persahabatan, salah faham atau gaduh sikit-sikit itu biasa. Infact those bitter sweet moment helps keep us together provided we know how to manage it. I always remind others .. kita bertelagah atau berselisih pendapat bukan untuk berpecah belah tetapi untuk mencari satu kata sepakat atau persefahaman. Sebab tu, kalau ada sedikit curiga, salah faham atau tidak senang dalam hati pada kawan kita, Ask! Ask politely. Ketepi kan semua emosi dan rasa, come with open heart and ask! Bincang baik-baik sebab a good friend will never talk bad, betray or backstab his or her friend. A good friend will always want to see his or her friend happy. A good friend will always value your presence and do not want to lose you no matter what. 

And I always remember this .. Dalam hidup ni, di mana kita rasa disayangi, dihargai, dihormati dan diperlukan .. di situlah kita patut berada. Simple, kan. We should know where to position ourselves and who to be with. 

OK I'm done with my sharing about Friendship. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima kasih baca (tulis sorang-sorang .. baca ramai-ramai .. barulah best! hehe). Jangan lupa datang lagi ke blog Dari Jari-Jari Halusku ni ye. OKBye.


Hati Yang Sakit

Hati yang sakit akan menyakiti yang lain. Kesakitan hati itu akan semakin parah bila  dikelilingi oleh 'circle' yang tidak berjaya membantu ia sembuh dari sakit tersebut. 

Hati yang sakit sepatutnya mencari jalan bagi merawat sakit tersebut 'instead of' membiarkan kesakitan itu melarat (silap-silap boleh masuk ICU).

Ini semua mengingatkan aku supaya :
Hati-hati dengan hati
Jaga hati (Kalau terluka atau sakit, cepat-cepat rawat dia)
Bersihkan hati (Buang segala amarah, kecik hati, sakit hati dan buruk sangka)

Jom kita jaga hati. Allah bagi kita satu hati je tau, tak ada 'spare part' .. kesian dia sakit, disakiti oleh diri kita sendiri.



Soalnya Hati

 

Soal hati adalah soalan yang paling rumit sekali.
Paling sukar untuk dijawab.
Paling sukar untuk difahami.



And once I have chosen you, I akan simpan you dalam hati, tempat paling selamat dalam hidup seorang Misz-ella kerana rahsia hatiku, hanya Allah sahaja yang tau.

Soal hati .. biarlah misteri.  






Movie Review: Avatar 2 The Way of Water

Hai lovely readers,



After 13 years of its first release, Avatar 2: The Way of Water finally opens in theatres. I was so excited and watched it on the first day of its release with two of my favorite friends, Azy & Rayme.

When Avatar first hit theatres in 2009, we had never seen anything like it before. I still remember the beautiful calming forest, that glowed in the dark .. which touched my heart till now.

Avatar 2 : The Way of Water started with the world of Pandora (i want to be there!) where Jake Sully, Chief of Omaticaya, and Neytiri live happily with their 3 kids, Neteyam, Lo'ak, Tuk, their adopted daughter, Kiri, and a human boy named Spider, the son of Miles Quaritch who was born in Pandora and was unable to transport to earth.

Quaritch who was killed by Neytiri in the 1st Avatar was cloned into the Navi's body fitted with his template's memory before death and returned to Omaticaya for revenge. Aware of the danger and safety of his family, Jake and his family moved to Pandora's eastern seaboard where the Metikayan clan live. They were accepted by the clan and forged a new life at the sea (they are no longer the forest people .. so sad!).

It was not an easy journey especially for Jake's children but they finally made it, bonding very well with the sea life and the Metikayan's clan.

Unfortunately, Quaritch reached Jake and his family. Jake was left with no choice other than fight a difficult war against the human. Here comes the climax of the movie (the last 1 hour show) and it was severely fast paced (I love!). If you are watching it later, please do not even blink your eyes during the war scene (tapi sebenarnya i tutup muka during a few scene .. LOL)


My review about Avatar 2 : The Way of Water

  • the visuals are perfect, the storyline are strong but I guessed I walked in with too high expectations 
  • the movie is beautiful - the script reminds us of what is really important in life .. family, relationship and taking care of our world
  • it doesn't have the original 'wow' factor as we felt it more in the previous Avatar 
  • the best part of the movie is the world of pandora itself. The forest scene were beautifully done and the ocean shots blew my mind (but I love the Pandora's forest more)
  • the sinking vessel reminded me on Titanic.
  • i love Kate Winslet's act as Ronal, the pregnant warrior of Metkayina
  • When it comes to emotions, I am more touched with Avatar 1 .. more love, romance, sadness, happiness compared to Avatar 2 : The Way of Water.
  • Yes! There will be Avatar 3, definitely!





To Azy & Rayme who joined me watching Avatar 2 : The Way of Water, thank you! I love both of you and your accompany. I hope both of you enjoyed the movie too as much as I do.

To all my lovely readers, do not wait anymore. Quickly grab your handphone, book your tickets and make your way to the cinema soonest possible. 

Kacang pool sedap di Larkin, Johor Bahru

Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Hujung minggu yang lalu Misz-ella ke Johor Bahru. Bila di Johor Bahru, haruslah cari kacang pool iaitu makanan popular di bandar Johor Bahru.

Kacang pool berasal dari Timur Tengah tetapi telah diolah resepinya mengikut citarasa orang Malaysia. Misz-ella memang suka makan kacang pool yang sangat popular di Johor Bahru ni.


Maka kami ke Restoran Kacang pool Haji untuk misi memburu kacang pool. Di Larkin ada dua cawangan kacang pool haji ni iaitu di Medan Selera Larkin dan di Jalan Dato Jaafar. Kami pergi ke Restoran Kacang Pool Haji yang terletak di No. 12 Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin Johor Bahru.



Masa kami sampai orang tak berapa ramai, senang parking. Sebaik kami duduk, pekerja restoran ambik order dan tak lama selepas itu, makanan pun sampai.  Alhamdulillah tak tunggu lama.



Kacang pool yang di idam-idamkan. MINE! Kacang pool diadun bersama daging kisar dan dimasak menggunakan rempah ratus. Dimakan bersama roti bakar dan telur mata. Serius sedap! Cukup rasa rempah ratus dan bila kunyahan terkena bawang dan hirisan cili hijau tu .. sedaps! Harga sekeping roti bakar tebal dan kuah kacang pool berserta telur mata ini hanya RM6.00.


Selain dari itu, Lontong Kering di sini juga sangat sedap. Nasi impitnya besar-besar, dihidang dengan kuah kacang, serunding kelapa, sambal goreng, rendang ayam .. hanya RM6.00 - macam-macam ada. Berbaloi lah!


Kak Yun makan soto. Dia cakap sedap! Rayme pulak order Lontong goreng. Lontong goreng agak sedikit tawar.



Secara keseluruhannya, makanan di Restoran Haji Kacang Pool semua sedap-sedap. Lepas ni bolehlah bersarapan pagi di sini tiap kali ke Johor Bahru. Ehh bukan sarapan je, nak makan tengahari atau minum petang di sini pun boleh.

So wahai pembaca kesayangan, kalau ke Johor Bahru, jangan lupa makan kacang pool yang sedap ni, k.

Ice Watch Light Up The Night Run 2022 - lebih berwarna warni dan 'sporty'


Hello pembaca kesayangan,


Masih ingat lagi akan kemeriahan ICe Watch Light Up The Night Run  (IWLUTNR) yang pernah Misz-ella ceritakan di blog ini beberapa tahun yang lepas?

Kalau tak ingat, sila baca blog Dari Jari-Jari Halusku ini berulang kali ye. IWLUTNR kembali lagi tahun ini buat tahun yang ke lima.


Mirzan Meer, Pengarah Urusan Time Zone Malaysia

Menurut Mirzan Meer, IWLUTNR 2022 bakal mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih berwarna-warni serta 'sporty'.

Walau apa pun umur atau kemampuan anda, IWLUTHR 2022 10km dan 5km adalah untuk menjadikan seluruh keluarga aktif, sambil berseronok dan untuk meningkatka kesedaran di kalanga masyarakat tetang jenama kami


Peserta akan berlari dengan lebih bergaya dan penuh warna warni dengan warna-warna t-shirt pilihan seperti ungu, hijau, kuning, merah dan juga oren.

Acara larian jenama jam tangan dari Belgium ini akan diadakan pada 3hb Disember 2022 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Larian pada waktu malam ye, pembaca-pembaca semua.



Peserta-peserta larian LWLUTNR 2022 boleh mendapatkan koleksi jam tangan ICE terbaru ini pada harga istimewa. Ada berbagai kategori yang boleh you all pilih ye. Antara nya :-

10km (Lelaki) - RM65.00
(12 tahun & ke atas)

10KM (Wanita) - RM65.00
(12 tahun & ke atas)

5km Fun Run (Open) - RM55.00
(5 tahun & ke atas)

VIP Slot (FREE ICE WATCH) 
10km Open - RM150.00
(Lelaki & Wanita)

5km Fun Run Open - RM150.00
(Lelaki & Wanita)



 



Aku ada. Aku sentiasa ada.

Kau jangan sedih, aku ada ~ Walau hanya sebaris ayat, besar makna nya. 

Take care ~ Meskipun lafaznya hanya dua saat, kesannya hingga ke hati.

Are you ok? ~ I will always appreciate those moments when you concern and care about me.

Kita tak sedar, kan. Kita tak sedar yang kita telah menyentuh hati seseorang dengan hanya sebaris ayat ringkas. Sebab tu kita kena selalu luahkan perasaan kita, besar maknanya pada orang yang menerima. Your words touched my heart. Thank You. 

Parti Pizza Hut Loooooooooooong Box dengan Coach Azy and The Good Vibes Tribe


Hai pembaca kesayangan,

Remember the pizza hut looooooong box pizza? Pizza istimewa sepanjang 1 meter, 3 perisa dari Pizza Hut! Kalau tak ingat, sila tekan link ini untuk refresh memory.


Pada 11 September yang lalu, Misz-ella repeat lagi loooooooooooong box pizza. Kalau dulu Misz-ella ber pizza parti dengan rakan-rakan bloggers dan media, kali ini Misz-ella ber pizza parti dengan dance buddies di bawah bimbingan Coach Azy.



Masing-masing teruja dengan keunikan loooooooooooong box pizza ni. Bukak je kotak .. Wow! .. Fitrah manusia, kita akan tergoda dengan phycial attraction dahulu. Dari mata turun ke hati .. rasa sedap ke tak?  tak tau lagi. Eheemmmm .. sabarrrr ..



Dengan lafaz Bismillah, kita makan. Amboi asyik dan khusyuk sungguh Coach Azy makan ye (well, food is sinful pleasure, anyway). Sekeping demi sekeping .. kami makan tanpa rasa guilty (sebab awal pagi tu dah ber cardio dance sejam bersama Coach Azy). Kita ni adalah spesis manusia yang enjoy lifestyle .. suka makan itu, makan ini, cuba makanan itu dan ini maka haruslah kita seimbangkan kehidupan dengan makan dan bersenam dalam waktu yang sama. Bak kata Coach Azy ~ Hidup kena sedap. Nak makan sedap-sedap kena lah bersenam. Tak tau macamana nak bersenam? Boleh cari Coach Azy di sini. Kelas Coach Azy best .. definitely you all akan burning calories and having fun! 

Dalam kelas Coach Azy, dia akan bawak korang pusing satu dunia - Bollywood? Dangdut? Latin? Arab? Lagu lama? Lagu baru? Ohhh K-Pop pun ada. Best! Best! Kalau kelas dia tak best, I tak pergi. 



All in .. all in .. we had a good times spending quality times together with Pizza Hut Loooooooooooong Box pizza. Tq so much Coach Azy sebab tolong co-ordinate parti ni bersama the good vibe tribe - Nat, Rayme, Diana, Zack, Sherry and Shameer. 

Thank You so much Pizza Hut Malaysia for sponsoring misz-ella.blogspot.com pizza party. That delicious, flavourful eye-cathching pizza won our hearts! Pizza Hut never fails to satisfy our tummy. We love it!



The hardest part is to say goodbye .. especially after a meet-up session full of love and laughter. So we adjourned for coffee. As usual, coffee makes lives better. Buat Misz-ella sendiri, kalau stress cari coffee, kalau happy pun cari kopi sampaikan aiman cakap "nak beli jiwa mama belanja dia kopi" Heyyy pandai ye Aiman .. you know your mom strength and weakness. Anyway, Aiman is right when he says Coffee is way to my mom's heart. Coffee touched my heart in many ways - memory keluar malam-malam minum kopi berdua dengan arwah Abah, memori buat kopi untuk arwah Abah (because mama dont take coffee). I always have mix feelings with coffee (ada masa sedih, ada masa lega, ada masa suka). To those people who touched and enlivened my life with coffee (termasuk lah arwah Abah), Thank You. Walaupun cuma secawan kopi, besar maknanya buat diri ini (rolling tears, bergenang airmata terharu)

Selepas beberapa jam spending time together, it's time to say goodbye to each other. GoodBye bermaksud Selamat Tinggal. Jauh di mata tapi I simpan diaorang semua dekat hati. Thank you so much for your time.














Bonda Fiesta Vaganza anjuran Bonda Rozita meriah!

 Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang kemeriahan karnival Bonda Fiesta Vaganza yang telah berlangsung di Rumah Hutan pada 1 hingga 2hb Oktober 2022 yang lalu. Misz-ella telah hadir ke karnival tersebut pada hari pertama dan ... wahhhh meriah you alls !

Bonda Fiesta Vaganza atau lebih dikenali sebagai BFV adalah hasil ilham Bonda Rozita Ibrahim, pengasas produk Sendayu Tinggi yang telah melebarkan sayap perniagaannya ke Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu dan juga pemilik Rumah Hutan Bonda Rozita.

Well, siapalah yang tak kenal dengan Rozita Ibrahim, seorang wanita hebat yang sangat Misz-ella kagumi kerana kecekalannya membina empayar perniagaan dan mengharungi cabaran kehidupan. Bonda Fiesta Vaganza tahun ini merupakan karnival yang ke 2 selepas penganjuran pertamanya di tahun 2019.


Sebaik sampai, Misz-ella ke Barista Cafe dulu. Wow! terpegun! terpesona dengan keindahan dan kemewahan cafe di dalam hutan ini. Dari jubin lantai, tiang cafe, siling hinggalah ke lampu chandelier .. cafe mewah dengan dekorasi sentuhan Inggeris di tengah hutan .. menarik!


Ramai, kan. Kat Barista Cafe ni, ada Hot Latte yang sangat sedap dan dijual pada harga yang berpatutan. Rasa coffee kat sini setanding dengan rasa kopi jenama antarabangsa (I LIKE!)



Di sebelah Barista cafe ada Ixora Garden, khas buat mereka yang mahu menjamu selera dalam suasana 'outdoor' yang lebih santai. Masa Bonda Fiesta Vaganza tu, ada jual ABC madu tiga kat sini. Sedap!




Jalan masuk ke Rumah Hutan .. cantik, kan. Yang ni baru bahagian bawah atau kita panggil 'base' kat atas tu lagi cantik. Misz-ella sempat ke atas .. MasyaAllah .. di atas tu ada rumah-rumah penginapan bertaraf 5 bintang with beautiful landscape dikelilingi pandangan banjaran Titiwangsa yang sangat indah. I want to be there, again! Pasti Misz-ella akan berkunjung lagi ke Rumah Hutan ini.



OK dah puas ronda .. jom kita ke tengok apa ada di karnival BFV 22 ni. Wow! Ramainya orang .. ok kita skip dulu astaka ni.

Ada promosi produk Dapur Kayu Bonda. Sebelum beli, kita rasa dulu. Sedap sungguh karipap, cucur badak dan ikan lunak cicah air asam. Harga promosi memang sangat murah! Berbaloi membeli belah di BFV.

DeRatu adalah salah satu lagi rangkaian perniagaan milik Bonda Rozita yang fokusnya adalah fesyen muslimah serta produk kelengkapan rumah. Abaya import dijual pada harga yang sangat berpatutan, periuk tanah dan pelbagai barangan eksklusif hasil sentuhan Bonda Rozita dijual pada harga promosi yang buatkan para pengunjung pulang dengan gembira.


Di atas bukit tu, ada Warong Bonda. Misz-ella paling suka makan di Warong Bonda. Suasana di Warong Bonda yang dikelilingi kehijauan hutan semulajadi mendamaikan perasaan. Bagaikan syurga kecil jatuh ke bumi, Misz-ella jatuh cinta dengan ketenangan di sana.


Bonda dan menantunya, Datin Sri Shahida turut menjual barangan preloved milik mereka. Khabarnya mendapat sambutan yang hangat. Semua habis dijual.



Selain itu, pengunjung turut dapat menyertai beberapa aktiviti interaktif seperti majlis perkongsian, suka rakyat, explorace dan berbagai lagi. Bertuahnya kita kerana berpeluang mendengar perkongsian dari Bonda Rozita sendiri. Di mata Misz-ella, Bonda hebat kerana kecekalannya melalui setiap fasa kehidupan. Ketabahan beliau keluar dari kisah silam yang sangat menyakitkan seterusnya membina empayar perniagaan yang telah merubah status kehidupan. Betapa bangganya saya sebagai seorang wanita dengan kecekalan dan ketabahan Bonda. Bonda lah idola Ella. I want to be like you. Super .. superwoman!  



Akhirnya, pada lewat petang, barulah Misz-ella dapat jumpa dan beramah mesra dengan Bonda yang sangat Ella kagumi, hormati dan sayangi. Tahniah Bonda denga kejayaan Bonda Fiesta Vaganza yang sangat meriah. Tahun depan, kalau Bonda buat lagi Bonda Fiesta Vaganza ni, korang semua kena pergi sebab best gila!

OK Misz-ella dah habis berkongsi cerita. Terima Kasih pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku. Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. Baru lah best! Bye.
























Merdeka kah kita?

Sedar tak sedar, kita dah sampai ke pertengahan bulan Oktober. Masa tak tunggu kita .. we get old just in a blink of eyes.



Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 65 pada bulan Ogos yang lalu. Rakyat Malaysia bergembira. Malaysia yang merdeka dari dijajah. Malaysia yang bebas. Malaysia yang gah berdiri atas nama sendiri.


I had a good time celebrating Merdeka in a healthier way bersama-sama rakan kaki menari bersama Coach Azy di Mzone Studio, definitely a good way to de-stress.

Feel so patriotic bila Coach kesayangan ramai buat dance lagu merdeka. MERDEKA!



Lepas habis kelas, Coach Azy jamu kami dengan kek MERDEKA. Maka kami memerdekakan minda dari dibelenggu persoalan berapa kalori kah kek ini? (esoklah diet). Sedap gila kek tu. Tq Coach Azy!


Malamnya, bertemankan Azy, Rayme dan Zulfi, kami ke restoran Pier 12 Seafood Tavern. Makan, berbincang, bersembang,ber lawak jenaka dan ber gelak ketawa. Cuaca sangat cantik, langit bumi Malaysia tercinta berseri berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur yang sentiasa indah di pandangan mata. Bangganya kita menjadi rakyat Malaysia yang bebas ke sini sana tanpa ada rasa takut membelenggu diri. MERDEKA!



Sedap makanan di Pier12 Seafood Tavern. 

Bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang boleh makan tanpa rasa ragu serta was-was kerana kita tau status halal atau haram makanan di Malaysia. MERDEKA!

Kesimpulannya, betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang MERDEKA. 

Persoalannya, betul-betul MERDEKA kah aku? Jauh di sudut hati masih ada bekas luka yang pedihnya masih sesekali aku terasa. Jiwa masih belum merdeka dari penjara yang aku cipta. Dinding-dinding penahan yang ku bina masih kuat mempertahankan jiwa agar tidak ditembusi. Bukan tidak mahu berdamai dengan takdir tetapi kisah silam masih memburui. Yes! Past is still following me hingga aku masih takut, curiga, dan ragu-ragu untuk bina jambatan baru. 

I am not sure whether my soul will be free. Aku lalu je tiap detik hidup ini dengan penuh ketabahan, kesabaran diiring doa agar aku sentiasa kuat. Semoga yang baik-baik sahaja buat Ella dan semua. Amin.