Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bonda Fiesta Vaganza anjuran Bonda Rozita meriah!

 Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang kemeriahan karnival Bonda Fiesta Vaganza yang telah berlangsung di Rumah Hutan pada 1 hingga 2hb Oktober 2022 yang lalu. Misz-ella telah hadir ke karnival tersebut pada hari pertama dan ... wahhhh meriah you alls !

Bonda Fiesta Vaganza atau lebih dikenali sebagai BFV adalah hasil ilham Bonda Rozita Ibrahim, pengasas produk Sendayu Tinggi yang telah melebarkan sayap perniagaannya ke Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu dan juga pemilik Rumah Hutan Bonda Rozita.

Well, siapalah yang tak kenal dengan Rozita Ibrahim, seorang wanita hebat yang sangat Misz-ella kagumi kerana kecekalannya membina empayar perniagaan dan mengharungi cabaran kehidupan. Bonda Fiesta Vaganza tahun ini merupakan karnival yang ke 2 selepas penganjuran pertamanya di tahun 2019.


Sebaik sampai, Misz-ella ke Barista Cafe dulu. Wow! terpegun! terpesona dengan keindahan dan kemewahan cafe di dalam hutan ini. Dari jubin lantai, tiang cafe, siling hinggalah ke lampu chandelier .. cafe mewah dengan dekorasi sentuhan Inggeris di tengah hutan .. menarik!


Ramai, kan. Kat Barista Cafe ni, ada Hot Latte yang sangat sedap dan dijual pada harga yang berpatutan. Rasa coffee kat sini setanding dengan rasa kopi jenama antarabangsa (I LIKE!)



Di sebelah Barista cafe ada Ixora Garden, khas buat mereka yang mahu menjamu selera dalam suasana 'outdoor' yang lebih santai. Masa Bonda Fiesta Vaganza tu, ada jual ABC madu tiga kat sini. Sedap!




Jalan masuk ke Rumah Hutan .. cantik, kan. Yang ni baru bahagian bawah atau kita panggil 'base' kat atas tu lagi cantik. Misz-ella sempat ke atas .. MasyaAllah .. di atas tu ada rumah-rumah penginapan bertaraf 5 bintang with beautiful landscape dikelilingi pandangan banjaran Titiwangsa yang sangat indah. I want to be there, again! Pasti Misz-ella akan berkunjung lagi ke Rumah Hutan ini.



OK dah puas ronda .. jom kita ke tengok apa ada di karnival BFV 22 ni. Wow! Ramainya orang .. ok kita skip dulu astaka ni.

Ada promosi produk Dapur Kayu Bonda. Sebelum beli, kita rasa dulu. Sedap sungguh karipap, cucur badak dan ikan lunak cicah air asam. Harga promosi memang sangat murah! Berbaloi membeli belah di BFV.

DeRatu adalah salah satu lagi rangkaian perniagaan milik Bonda Rozita yang fokusnya adalah fesyen muslimah serta produk kelengkapan rumah. Abaya import dijual pada harga yang sangat berpatutan, periuk tanah dan pelbagai barangan eksklusif hasil sentuhan Bonda Rozita dijual pada harga promosi yang buatkan para pengunjung pulang dengan gembira.


Di atas bukit tu, ada Warong Bonda. Misz-ella paling suka makan di Warong Bonda. Suasana di Warong Bonda yang dikelilingi kehijauan hutan semulajadi mendamaikan perasaan. Bagaikan syurga kecil jatuh ke bumi, Misz-ella jatuh cinta dengan ketenangan di sana.


Bonda dan menantunya, Datin Sri Shahida turut menjual barangan preloved milik mereka. Khabarnya mendapat sambutan yang hangat. Semua habis dijual.



Selain itu, pengunjung turut dapat menyertai beberapa aktiviti interaktif seperti majlis perkongsian, suka rakyat, explorace dan berbagai lagi. Bertuahnya kita kerana berpeluang mendengar perkongsian dari Bonda Rozita sendiri. Di mata Misz-ella, Bonda hebat kerana kecekalannya melalui setiap fasa kehidupan. Ketabahan beliau keluar dari kisah silam yang sangat menyakitkan seterusnya membina empayar perniagaan yang telah merubah status kehidupan. Betapa bangganya saya sebagai seorang wanita dengan kecekalan dan ketabahan Bonda. Bonda lah idola Ella. I want to be like you. Super .. superwoman!  



Akhirnya, pada lewat petang, barulah Misz-ella dapat jumpa dan beramah mesra dengan Bonda yang sangat Ella kagumi, hormati dan sayangi. Tahniah Bonda denga kejayaan Bonda Fiesta Vaganza yang sangat meriah. Tahun depan, kalau Bonda buat lagi Bonda Fiesta Vaganza ni, korang semua kena pergi sebab best gila!

OK Misz-ella dah habis berkongsi cerita. Terima Kasih pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku. Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. Baru lah best! Bye.
























0 comments: