Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kacang pool sedap di Larkin, Johor Bahru

Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Hujung minggu yang lalu Misz-ella ke Johor Bahru. Bila di Johor Bahru, haruslah cari kacang pool iaitu makanan popular di bandar Johor Bahru.

Kacang pool berasal dari Timur Tengah tetapi telah diolah resepinya mengikut citarasa orang Malaysia. Misz-ella memang suka makan kacang pool yang sangat popular di Johor Bahru ni.


Maka kami ke Restoran Kacang pool Haji untuk misi memburu kacang pool. Di Larkin ada dua cawangan kacang pool haji ni iaitu di Medan Selera Larkin dan di Jalan Dato Jaafar. Kami pergi ke Restoran Kacang Pool Haji yang terletak di No. 12 Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin Johor Bahru.



Masa kami sampai orang tak berapa ramai, senang parking. Sebaik kami duduk, pekerja restoran ambik order dan tak lama selepas itu, makanan pun sampai.  Alhamdulillah tak tunggu lama.



Kacang pool yang di idam-idamkan. MINE! Kacang pool diadun bersama daging kisar dan dimasak menggunakan rempah ratus. Dimakan bersama roti bakar dan telur mata. Serius sedap! Cukup rasa rempah ratus dan bila kunyahan terkena bawang dan hirisan cili hijau tu .. sedaps! Harga sekeping roti bakar tebal dan kuah kacang pool berserta telur mata ini hanya RM6.00.


Selain dari itu, Lontong Kering di sini juga sangat sedap. Nasi impitnya besar-besar, dihidang dengan kuah kacang, serunding kelapa, sambal goreng, rendang ayam .. hanya RM6.00 - macam-macam ada. Berbaloi lah!


Kak Yun makan soto. Dia cakap sedap! Rayme pulak order Lontong goreng. Lontong goreng agak sedikit tawar.



Secara keseluruhannya, makanan di Restoran Haji Kacang Pool semua sedap-sedap. Lepas ni bolehlah bersarapan pagi di sini tiap kali ke Johor Bahru. Ehh bukan sarapan je, nak makan tengahari atau minum petang di sini pun boleh.

So wahai pembaca kesayangan, kalau ke Johor Bahru, jangan lupa makan kacang pool yang sedap ni, k.

0 comments: