Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ice Watch Light Up The Night Run 2022 - lebih berwarna warni dan 'sporty'


Hello pembaca kesayangan,


Masih ingat lagi akan kemeriahan ICe Watch Light Up The Night Run  (IWLUTNR) yang pernah Misz-ella ceritakan di blog ini beberapa tahun yang lepas?

Kalau tak ingat, sila baca blog Dari Jari-Jari Halusku ini berulang kali ye. IWLUTNR kembali lagi tahun ini buat tahun yang ke lima.


Mirzan Meer, Pengarah Urusan Time Zone Malaysia

Menurut Mirzan Meer, IWLUTNR 2022 bakal mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih berwarna-warni serta 'sporty'.

Walau apa pun umur atau kemampuan anda, IWLUTHR 2022 10km dan 5km adalah untuk menjadikan seluruh keluarga aktif, sambil berseronok dan untuk meningkatka kesedaran di kalanga masyarakat tetang jenama kami


Peserta akan berlari dengan lebih bergaya dan penuh warna warni dengan warna-warna t-shirt pilihan seperti ungu, hijau, kuning, merah dan juga oren.

Acara larian jenama jam tangan dari Belgium ini akan diadakan pada 3hb Disember 2022 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Larian pada waktu malam ye, pembaca-pembaca semua.



Peserta-peserta larian LWLUTNR 2022 boleh mendapatkan koleksi jam tangan ICE terbaru ini pada harga istimewa. Ada berbagai kategori yang boleh you all pilih ye. Antara nya :-

10km (Lelaki) - RM65.00
(12 tahun & ke atas)

10KM (Wanita) - RM65.00
(12 tahun & ke atas)

5km Fun Run (Open) - RM55.00
(5 tahun & ke atas)

VIP Slot (FREE ICE WATCH) 
10km Open - RM150.00
(Lelaki & Wanita)

5km Fun Run Open - RM150.00
(Lelaki & Wanita)



 



0 comments: