Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kedey Kamek sediakan makanan Sarawak

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Kedey Kamek, restoran yang menyediakan makanan dari negeri Sarawak. Lokasi kedai sangat strategik iaitu di Sunway Putra Mall. Jom check it out ..


Kamek bermaksud 'saya' dalam bahasa Sarawak maka Kedey Kamek maknanya Kedai saya lah. Once you stepped into the restaurant, ehemmmm ... dinding warna putih with minimal colourful painting *nice!*,  and a little bit touch of green* sejuk mata memandang .. rasa macam sangat di welcome di sini*.

Ada meja untuk 2 orang, 4 orang dan untuk kumpulan yang lebih besar. Bersih dan selesa!



Laksa Sarawak dan Mee Kolok ~ Dengan lafaz Bismillah ... kita makan ..



Laksa Sarawak Udang ~ Bihun dengan tauge, telur dadar yang dihiris nipis, isi ayam yang diracik halus dan udang .. perah limau untuk tambah perisa. Boleh tambah sambal kalau nak extra pedas. Kuah dia cukup rasa. Satu la yang Misz-ella perasan, masakan Sarawak ni tak banyak bahan ~ simple but nice! 


Mee Kolok Super Special ~ Dia memang super special sebab walaupun dalam mee tu dah ada ayam dan daging tapi ia datang dengan satu mangkuk sup tulang yang penuh dengan sayur-sayuran. Nak makan, tuang sup dalam mee tu. Masukkan kicap untuk lebih umphh! Sup sedap, manis semulajadi tak da rasa  bahan perisa, saya hirup berkali-kali tanpa rasa 'guilty' *very healthy*



Haruslah kita sudahi setiap juadah dengan pemanis mulut, kan. Kat Kedey Kamek ada Pisang goreng cheese yang sangat sedap. Pisangnya tak terlalu masak, tak serap minyak, rangup dan tak terlalu manis. Sekeping demi sekeping .. kami makan sampai licin!



All in .. all in .. we had a good time dining at Kedey Kamek, Sunway Putra Mall. The food was delicious, the portion was generous, the ambiance was good and they have a friendly staff! Thank You Mr. CEO for having us.

So pembaca kesayangan, Misz-ella dan kawan-kawan dah cuba dan nak ajak you all pun cuba. Kedey Kamek terletak di Tingkat 1, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Ini adalah cawangan Kedey Kamek yang ke 6, ada banyak lagi cawangan lain. 

Untuk info lain tentang Kedey Kamek, sila lawati :- 


0 comments: