Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dr. Mustafa Mohammed Tahir, pakar bedah bariatrik terbaik Asia

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan satu inspiring story iaitu kisah kejayaan Dr. Mustafa Mohammed Tahir yang telah dinobatkan sebagai pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik pada majlis anugerah kesihatan dan pelancongan global yang berpusat di Singapura.

Dr. Mustafa,  bukanlah nama asing dalam dunia perubatan bariatrik Malaysia. Beliau merupakan pakar bedah bariatrik yang telah menjalankan lebih kurang 2000 pembedahan bariatrik dalam masa 2 tahun. Antara mereka yang telah menjalani pembedahan bariatrik dengan Dr. Mustafa adalah dari kalangan selebriti, tokoh korporat, ahli politik dan berbagai lagi.

Beliau berasal dari Iraq dan mendapat pendidikan di Kolej Perubatan Universiti Baghdad. Beliau turut menjalani latihan pembedahan di Malaysia iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk latihan upper G.I dan bariatric.


Menurut Dr. Mustafa, beliau sangat bangga apabila pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik bukan sahaja berjaya keluar dari masalah obesiti yang menjejaskan tahap kesihatan mereka malah kini memiliki gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti. Ini seiring dengan tujuan dan matlamat beliau yang mahu membantu pesakit agar lebih sihat, bukanlah untuk kurus semata-mata.

Berkongsi kisah kejayaan beliau, Dr. Mustafa melahirkan rasa kesyukuran dan melihat anugerah tersebut sebagai pendorong semangat agar bekerja lebih keras dan dapat membantu lebih ramai pesakit keluar dari masalah obesiti.

Ramai tidak sedar bahawa obesiti sebenarnya adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia Malaysia, khususnya. Ia adalah masalah serius dan tidak boleh boleh dipandang ringan kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan kematian (sekiranya tidak berjaya dikawal di peringkat awal). 

Bila obese, kita terdedah kepada pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung koronari, hepatobiliary (fatty liver) dan bermacam lagi. 

Pembedahan bariatrik adalah satu rawatan yang ternyata bukan sahaja berkesan untuk menangani masalah obesiti malah pesakit juga sembuh dari penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa mereka.


Gambar dari nokomen.com

Penyanyi Lufya serta Chef Bob merupakan antara bekas pesakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatrik bersama Dr. Mustafa.

Lufya, mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik pada bulan November 2021 apabila berat badan beliau mencecah 85kg. Apabila berat badan bertambah, kaki saya mula kebas dan susah nak berjalan. Saya juga memang ada masalah asma dari kecil. Apabila berat badan meningkat, asma kerap menyerang menyebabkan saya sering sesak nafas. Saya nekad untuk buat pembedahan bariatik selepas semua usaha seperti diet dan bersenam gagal dan Alhamdulillah berat badan saya dah turun sebanyak 11 kg. Tahap kesihatan juga semakin baik.




Misz-ella.com mengucapkan Tahniah kepada Dr. Mustafa Mohammed Tahir di atas pengiktirafan sebagai pakar bedah bariatrik terbaik di Asia. Berkongsi tentang harapan serta impian masa hadapan, Dr. Mustafa berharap agar dapat membantu lebih ramai pesakit obesiti ke arah gaya hidup terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Dr. Mustafa juga berharap agar dapat mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa melalui di bidang perubatan bariatrik.

So, pembaca kesayangan semua, mari kita sama-sama ke menuju ke arah gaya hidup sihat. Tiada apa yang perlu dimalukan kalau kita perlu mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik kerana dalam apa pun keadaan, kesihatan haruslah kita utamakan. Cari sihat dulu, kurus tu bonus! Betul tak? 

Maklumat lanjut tentang Dr. Mustafa atau pembedahan bariatrik boleh didapati di Instagram Dr. Mustafa di https://www.instagram.com/dr.mustafamt/ atau hubungi Puan Rafeah di 0162330678.


1 comments:

Uji Hussein said...

Alahai... akak selalu fail nak amalkan gaya hidup sihat.Masih terus mencuba.