Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2022 : Destinasi Rasa Serantau di Sofitel, Kuala Lumpur Damansara Hotel

 Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella bawakan Buffet ramadan dari Sofitel Hotel, Kuala Lumpur. Sofitel Hotel turut meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan buffet Ramadan Destinasi Rasa Serantau.

Barisan Chef Sofitel Hotel membawakan tujuh hidangan unik dari Malaysia iaitu  Itik Salai Masak Lemak Chili Padi hidangan khas dari Negeri Sembilan, dari negeri Perak Rendang Tok Batu Kikir, Udang Galah Masak Diraja dari negeri Pahang, Asam Pedas Ekor Lembu dari negeri Melaka, Kambing Bakar dari negeri Selangor, Manuk Pansuh dari Sarawak dan Otak-otak Lobster dari negeri Johor. Kesemua juadah tu saya dah rasa .. semuanya sedap dan membuka selera.


Asam Pedas Ekor Lembu


Rendang Tok Batu Kikir


Udang Galah Masak Diraja 


Kambing Panggang


Pelbagai jenis kerabu




Turut disediakan adalah juadah dari Benua India


Sup panas-panas 




Ada banyak pilihan ikan bakar yang sangat sedap






Peminat makanan Jepun harus kunjungi kaunter ini sebab variasi Sushi nya sangat banyak dan seafood semua fresh!




Pemanis mulut moden dan kuih muih Melayu turut ada





Buffet Ramadan Destinasi Rasa Serantau berharga RM128 (Dewasa) dan RM64 (Kanak-kanak) bermula dari 3 April hingga 10 April dan 25 April hingga 1 Mei 2022. Manakala dari 11 April hingga 24 April 2022, harga buffet adalah RM178 (Dewasa) dan RM89 (Kanak-kanak).

Buffet Ramadan Destinasi Serantau turut boleh didapati di Wau Bulan Ballroom dari 11 April hingga 24 April 2022 pada harga RM98.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan, sila hubungi 03-27206608 dan ikuti Instagram Sotifel Kuala Lumpur Damansara Hotel di sini.





0 comments: