Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rawatan alternatif di Healife

 Hai pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella telah berpeluang ke Healife, sebuah pusat kesihatan bertaraf antarabangsa yang menawarkan rawatan alternatif dalam 4 bidang iaitu rawatan tradisional Cina, rawatan perubatan Arab, rawatan perubatan India dan juga rawatan perubatan moden. Healife merupakan satu-satunya pusat kesihatan di ibu kota yang menggabungkan 4 rawatan ini di bawah satu bumbung.


Ruang menunggu di Healife

Healife bukanlah baru di dalam bidang perubatan alternatif malah telah mempunyai empat cawangan di seluruh dunia iaitu dua cawangan di Abu Dhabi, satu di Kuala Lumpur manakala cawangan Healife yang ke empat di Qatar sedang dalam proses pengubahsuaian.

Menariknya di Healife ialah pesakit berpeluang untuk menjalani gabungan rawatan moden dan holistik yang akan disediakan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing mengikut keperluan badan pesakit itu sendiri.


Dr. Reham (5 dari kiri) bersama para bloggers di hari terbuka Healife

Healife ditubuhkan pada tahun 1997 oleh pengasasnya, Dr. Reham yang menghidap penyakit kronik - mempunyai keadaan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya dengan perubatan moden. Sebaliknya, ubat yang ada hanya boleh melegakan simptom dan mempunyai kesan sampingan yang berisiko dan berbahaya. Tanpa putus asa, Dr. Reham mula mencari rawatan alternatif. Ketika itulah beliau diperkenalkan dengan Hijama, sejenis kaedah perubatan alternatif. Pada mulanya Dr. Reham agak ragu-ragu, terutamanya dengan latar belakang perubatan beliau sendiri yang juga adalah seorang doktor. Secara perlahan-lahan, Dr. Reham mula meningkatkan keyakinan diri dan menjalani rawatan alternatif dan Dr. Reham akhirnya sembuh. Berdasarkan pengalaman beliau itulah tertubuhnya Healife, dengan niat bagi membantu mereka yang senasib dengan beliau.


Antara rawatan yang boleh didapati di Healife adalah seperti pengurusan berat badan, rawatan penyakit kronik secara holistik, rawatan kecantikan wajah dah berbagai lagi.  Healife telah menerima maklumbalas yang baik dari pesakit-pesakit yang pernah menjalani rawatan di sini.







Antara rawatan yang boleh didapati di Healife



Bilik rawatan di Healife



Setiap rawatan adalah 'personalised' dimana pesakit akan diberi sepenuh perhatian dan 



Healife semestinya adalah pilihan yang terbaik buat pesakit yang mahukan rawatan alternative bagi merawat penyakit mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari website Healife di www.healife.com.my dan Instagram Healife di https://www.instagram.com/healife_malaysia/

0 comments: