Hai pembaca kesayangan,
Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof meletop-meletop sehingga mencatat rekod pecah panggung. Filem berdurasi 117 minit ini mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 dengan kos pembikinan sebanyak RM8 juta dan mencapai kutipan pecah panggung iaitu RM53 juta hanya dalam 13 hari ditayangkan. Bagus sangat kah Mat Kilau? Atau orang Melayu sememangnya dahagakan hiburan setelah 3 tahun kita berdepan dengan masalah pandemik yang menyebabkan dunia lakonan sunyi sepi?
Anyway, I watched Mat Kilau with a few friends, and here is my review. I did this review in 'Manglish' because Malaysian loves 'Manglish' very much (even I know google will hate me)
Storyline
Mat Kilau adalah pahlawan Melayu yang bangkit menentang penjajah British pada era sebelum Merdeka. Beliau lahir di Jerantut, Pahang. Bapak beliau adalah Tok Gajah, mak beliau pula bernama Mahda. Mat Kilau meninggal dunia pada tahun 1970 di Gambang, Pahang.
As expected the storyline boosts the warrior spirit among Malays. Anyhow, I love the scripts. Every conversation carries deep meaning sehinggakan ada ayat-ayat yang buat aku teringat-ingat hingga ke hari ini (menikam hingga ke kalbu) but why not using the real Pahang dialect? Malah ada beberapa bahagian di mana gaya bahasa terlalu santai (begitu kah orang dulu-dulu ber dialog sesama mereka)
Beautiful cinematography
I love the art of photography and camerawork in Mat Kilau film. Ada beberapa scene yang sangat cantik seni fotografi nya sehingga aku jatuh cinta terkedu terpaku. Sudut-sudut awal kamera yang dipilih serta pencahayaan .. Perfect. Kalau perlu improvement hanya lah lokasi hutan-hutan yang dipilih untuk aksi pertempuran. Terlalu bersih atau lebih tepat lagi "kawasan lapang" tak da lalang, tak da pokok-pokok liar. Why not choose a wild or virgin forest, instead?
Lokasi gua tempat Mat Kilau dan ahli-ahlinya berlindung jugak 'a bit too much' - too clean( when it is supposed to be a wild, untouched place )
Good fighting choreography
Cantik sungguh seni silat Melayu yang dipaparkan di dalam filem ini. Sebenarnya filem Mat Kilau bukanlah filem Melayu terawal yang menampilkan keindahan dan keunikan seni silat Melayu kerana sebelum ini filem Puteri Gunung Ledang dah buat dulu tetapi YES! pujian harus diberikan kepada choreographer silat kerana berjaya buat saya jatuh cinta dengan keindahannya but need improvement (haha .. kita puji dulu, k). I suggested .. boleh tak 2, 3 kali kena silat musuh tu terus berjaya dikalahkan. Too long the fighting scene .. apakah mesej disebaliknya wahai Tuan Pengarah? Adakah pahlawan Melayu tak cukup kuat atau musuh terlalu gagah? Or perhaps we are still too influenced with Bollywood movie scene? Dalam filem Hindi, aksi pergaduhan atau bertempur kena lama-lama lepas tu Ketua Penyamun adalah subjek yang paling sukar untuk dikalahkan (Hindustan sangat tu Bro .. ) Rasanya sudah sampai masa kita beralih ke cara penyampaian filem-filem aksi Inggeris yang lebih laju dan pantas. Hero mestilah gagah, perkasa, bijak dan cepat menang (barulah Misz-ella jatuh cinta kat hero tu .. Haha)
Watak dan lakonan
Adi Putra sebagai Mat Kilau
I dah biasa tengok Adi Putra berlakon. For the first time in my life, I saw his different side of acting. Watak Mat Kilau digambarkan sebagai seorang yang tegas, berilmu, berwawasan, pemikir (rasional), alim, berani, patuh, berpendirian dan setia and You Nailed it, Adi Putra. You carried Mat Kilau charisma perfectly. I wish all Malay man in Malaysia has a little bit of Mat Kilau inside him - muscular at heart, stand firm in what he believe and brave in action (ada lagi ke lelaki Melayu macam tu cik Ella oii ..)
Fattah Amin sebagai Awang
Paling best melihat Fattah Amin membawa watak yang berbeza. Dah terlalu biasa kita melihat beliau berjiwang romantis di dalam drama tetapi kali ini beliau membawa watak antagonis yang bersaing dengan Mat Kilau meskipun berlandaskan perjuangan yang sama. Wow husband kesayangan Fazura ni boleh silat okay .. ingatkan boleh jadi mat smart je. Dari segi mimik muka serta lontaran suara .. agak susah nak komen sebab Fattah dah begitu.
Beto Khusairy sebagai Wahid
Watak Wahid yang dibawakan oleh Beto lebih kuat dan berwarna-warni. Dari awal filem beliau digambarkan sebagai pejuang Melayu yang berani, cekal dan setia. Best lakonan Beto sebagai Wahid - mimik muka, getaran suara, gerak tubuh bersatu dari awal lagi. Kesedihan dan getaran hati bila lihat sang isteri mati dibunuh depan mata dapat kita rasa sampai ke lubuk hati (walaupun Misz-ella sebenarnya tutup mata masa babak isteri dia kena bunuh tu). Wahid tak patah semangat malah he turn pain into power. Aku sedih bila Wahid mati dalam filem ni. Sedih sangat.
Yayan Ruhian sebagai Toga
Yayan Ruhian adalah pelakon Indonesia bertaraf antarabangsa. Yayan pernah berlakon dalam filem Star Wars : The Force Awakens (2015) sebagai Tasu Leech dan banyak filem-filem Inggeris yang lain lagi. Toga adalah lanun yang menjadi talibarut British. Toga bijak, faham bahasa Inggeris tapi tak mampu berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Lakonan Yayan sebagai lanun jahat yang kejam sangat best sampai semua orang benci dia (termasuklah Misz-ella) cuma aku sakit hati bila Toga digambarkan terlalu kuat sampai susah untuk dikalahkan. Kalau aku tuan Direktor, aku akan gambarkan yang pahlawan Melayu ni lebih gagah dari lanun, awal-awal aku dah kasi dia mati.
Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers
Misz-ella geram tengok Kapten Syers. Kebencian dia pada orang Melayu, cara dia pandang rendah pada bangsa Melayu .. menyakitkan hatiku. Sampai aku terfikir kenapa Mat Kilau tak bunuh dia dulu? Kalau Kapten mati, satu batalion akan huru-hara .. penonton pun akan balik dengan happy ..
Lain-lain fakta menarik tentang Mat Kilau dari minda Misz-ella:
- Bila tengok filem ni, teringat Perang Uhud di mana masa perang yang pertama, Nabi Muhammad SAA dan umat Islam kalah lalu berundur dan berlindung di dalam gua yang terletak di Bukit Uhud.
- Memanah merupakan teknik bertempur yang paling berkesan. Tiada bunyi, laju, cepat dan tepat kepada sasaran. Memanah adalah sunah Rasulullah SAW .. Jom kita belajar memanah.
- Perlu kita ingat ye yang meskipun Mat Kilau benar-benar wujud tetapi filem Mat Kilau adalah fiksyen. Contoh filem fiksyen adalah Titanic : Betul kapal mewah dan gah Titanic itu tenggelam tetapi kisah cinta Rose dan Jack yang buat korang semua nak beraksi MY HEART WILL GO ON dengan couple masing-masing tu tak wujud. Adegan cinta diwujudkan untuk mengindahkan lagi filem tersebut sahaja. Kebanyakan filem yang "Based on a true story" will add its own fictional elements to historical events. Begitulah juga dengan Mat Kilau. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Syamsul Yusof kerana menggabungkan fakta dan fiksyen sebegitu indah.
- Ramai kata Mat Kilau berjaya menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton but not me walhal Misz-ella adalah orang yang sangat peka lagi sensitif .. I tengok perbarisan hari kebangsaan pun boleh nangis tau but not while watching Mat Kilau. Tak tau lah kenapa ..
- But still, Mat Kilau is a good movie .. It's worth watching.
- Anyway this is only my personal review/opinion based on my personality, my way of thinking, etc .. etc. Cara kita berfikir tak sama I guess many of you will against me but again THIS IS MY PERSONAL REVIEW.
1 comments:
best gaya penulisan kak misz ella, takde cita2 nak tulis novel ke?
Post a Comment