Hai lovely readers,
Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang drama yang sedang viral di kalangan penggemar drama Melayu iaitu Perempuan Itu yang ditayangkan di tonton. Drama ini sudah menghampiri beberapa episod terakhir.
Drama Perempuan Itu mengisahkan kisah hidup Khalish, seorang wanita yang diduakan serta dimadukan oleh suaminya Tengku Amir lantas beliau menuntut cerai. Untuk mulakan hidup baru, Khalish telah membuat House of Khansa bagi membela nasib-nasib wanita berkahwin yang teraniaya.
Walaupun telah mulakan episod baru, Khalish masih diganggu oleh bekas suaminya, Emir yang mahukan beliau kembali dan masih diganggu oleh bekas madunya, Seira yang merasakan rumahtangga beliau masih dibayangi oleh Khalish.
Pada Misz-ella, plot drama ini terlalu stereotaip. Kisah-kisah begini sudah terlalu biasa kita dengar malah kisah-kisah seperti ni sudah terlalu biasa ditontonkan tapi tak apa lah .. dari sudut perniagaan, mungkin penerbit mahu ambil kesempatan di atas gelombang kisah penceraian Puteri Sarah dan Syamsul Yusof baru-baru ini .. laki kahwin lain, isteri pertama mintak cerai.
Cuma Misz-ella nak mengajak pembaca sama-sama berfikir tentang karakter watak-watak di dalam drama ini.
Watak Ustaz Salahudin, bapa kepada Khalish yang dilakonkan oleh Eman Manan .. seorang guru agama harus begitukah? Ego? Cakap dia je betul, tiada simpati atau empathy terhadap yang lain meskipun anak sendiri? Kita sudah biasa disajikan dengan karakter seperti ini di dalam drama-drama terdahulu tetapi ini sudah tahun 2023. Malah ustaz-ustaz serta pendakwah di alam nyata masa kini seperti Ustaz Wadi, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus memiliki karakter serta gaya penyampaian berdakwah yang berbeza iaitu lebih mesra, lebih mudah difahami, lebih mudah didekati, tak bawak muka sombong atau ego dalam berdakwah.
Watak Khalish lakonan Mili Lana, memang airmuka kena selalu serius, takda sedikit pun kemesraaan atau elemen-elemen ceriakah? Realitinya manusia itu diciptakan secantik-cantiknya dan sebaik-baiknya oleh Allah SWT .. ada emosi iaitu gembira, sedih, suka, hiba .. airmuka pun berbeza-beza ada masa nampak muka kita ceria, ada masa nampak muka kita bimbang, sedih atau stress tapi airmuka Khalish dalam drama ni satu je, stress!
Well, itulah yang bermain di minda Misz-ella. Macam tak real, kan, macam bukan realiti kehidupan di alam nyata. OK tu je nak share dengan you all semua. Terima Kasih baca. Bye.
1 comments:
hari tu ada tgk sikit kat ig..emmm..boleh tahan lakonan Mimi Lana tu.
tapi MA memang x follow la drama2 melayu ni...selalu tgk2 mcm tu je & teman Ibu kadang2
Post a Comment