Paling suka ayat ni .. Allah tak bagi harini, Dia bagi esok. Yang penting kita kena selalu bersangka baik.
Susah eh nak bersangka baik? Setiap prasangka samada baik atau buruk adalah cerminan hati kerana segala rasa datang dari hati. Hati yang tak baik memang akan berfikir yang buruk-buruk sahaja samada kita sedari atau tidak.
Sebab tu kita kena selalu re-set minda, terutamanya bila prasangka buruk menguasai diri.
Ingat satu, segalanya berlaku dengan izin Allah untuk menguji kita. Sebab tu dalam apa jua situasi, kita kena sabar dan sentiasa positif. Lagi banyak kita sabar, lagi banyak ganjaran Allah menanti, terutamanya Pahala. Keep calm, keep moving and take necessary action.
1 comments:
selamat hari raya sis! nice pic!!!
Post a Comment