Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Khai Bahar muncul dengan "Lat Tali Lat"


Penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar muncul dengan kelainan apabila muncul dengan lagu bergenre pop menerusi lagu terbarunya 'Lat Tali Lat'

"Lat Tali Lat" hasil nukilan komposer Johan John atau lebih dikenali sebagai Bob Junior merupakan lagu yang agak unik kerana lirik yang dicipta oleh Khaleel menyuntik semangat anak muda sekarang agar terus menghargai permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.




"Lat Tali Lat" dipilih sebagai runut bunyi drama komedi seram Puaka Cuti Semester yang telah mula bersiaran pada 24 Ogos 2023 yang lalu di platform Tonton. Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakag berbeza. Cuti semester telah tiba tetapi mereka tidak pulang ke pangkuan keluarga masing-masing atas alasan tersendiri. Pada satu hari,mereka telah diganggu oleh pelbagai peristiwa mistik.

Jangan lepaskan peluang untuk muat turun lagu "Lat Tali Lat" di iTunes atau melalui applikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music,Youtube Music, KBox,Tidal dan Deezer. Jangan lupa juga ikuti update terkini Khai Bahar di sini.

0 comments: