Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nabila dan Engku Emran sah nak cerai - kalau begitu takdirnya


Sejak kebelakangan ni, banyak kisah penceraian artis dan personaliti terkenal tanahair di akhbar-akhbar. Maka rakyat Malaysia turut berkisah sesama sendiri.

Terbaru, Nabila, kakak kepada selebriti Noor Neelofa dikhabarkan akan bercerai dengan suaminya, Engku Emran setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2023.

Pasangan ini telah mula membawa haluan sendiri apabila tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari yang lalu.


Misz-ella sebenarnya bukanlah nak ajak pembaca bergossip sesama sendiri, sekadar mahu memberi pandangan serta pendapat yang adil dan saksama.

Buat seorang yang pernah melayari alam rumahtangga, hal-hal dalam rumah sebenarnya, hanya kita berdua (suami dan isteri) sahaja yang tau. Orang luar mungkin memandang seseorang individu itu sebagai seorang figura yang berbeza tetapi bagaimana dia di rumah, sebagai suami atau isteri, hanya pasangan dia yang tau. Baik dia di luar, tak semestinya baik juga dia di dalam rumah.

Sebagai orang luar, kita jangan jadi hakim. Kita pun manusia biasa, ada dugaan kita tersendiri. Baik Engku Emran mahupun Nabila, kedua-duanya dah dewasa dan matang. Mereka tahu apa yang mereka mahu dalam hidup mereka. Sewajarnya kita sokong setiap keputusan mereka sambil doakan yang baik-baik sahaja.

Allah suruh kita kahwin tapi sekiranya tiada persefahaman mahupun keserasian, sentiasa ada jalan keluar maka dibolehkan bercerai. Islam itu indah, kan


0 comments: