Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kumpulan Jakel dan Ariani sumbang RM3.5 juta bantu ringankan beban rakyat Gaza

 

Jakel Tekstile menyumbang RM300,000.00, manakala jenama tudung Ariani menyumbang RM200,000.00 menjadikan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM500,000.00 kepada Tabung Viva Palestina untuk bantu ringankan beban rakyat Gaza. Sumbangan disampaikan kepada Pengasas Viva Palestina, Puan Sri Norma Hakim di ibu pejabat Kumpulan Jakel, baru-baru ini.



Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (kanan) dan Puan Sri Norma Hakim



Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip (kanan) dan Puan Sri Norma.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Trading, Datuk Seri Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, "Inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersaman dan soladariti kami untuk saudara kami di Gaza"

Dalam satu usaha kolektif bersama kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menyumbang RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AKKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi"

Perang Palestin-Israel yang telah menyebabkan keadaan semakin mendesak dengan serangan Israel ke atas kemudahan awam seperti hospital, sekolah, masjid dan gereja yang ternyata telah melanggar undang-undang peperangan antarabangsa. Banyak nyawa terkorban syahid dan cedera. Dengan keadaan Israel telah mengebom hospital, bantuan perubatan turut menjadi sukar.

Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa. Banyak negara telah tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan asas seperti air, elektrik, makanan dan perubatan.


Rahsia hati Tuhan saja yang tau

Kalau ikutkan, ada banyak perkara yang buat aku luka, hampa dan kecewa sejak kebelakangan ini. Rasa macam dah buat sehabis baik, rupanya masih belum cukup   .. what else? Apa lagi yang perlu aku lakukan? Malah kadang terfikir “penat jadi baik”  *rolling tears*


Dalam waktu yang sama, selalu ingatkan diri supaya fikir berkali-kali. Dan selalu ingatkan diri supaya Sabar. Tak apa. Ini semua dunia. Selalu jugak ingatkan diri “dia cuma insan biasa, tak sempurna” “they hurt you without they realised because they can’t read you or do not understand you”

Bila kita boleh didik minda kita yang dia cuma manusia biasa yang tak sempurna, kita terima buruk baik setiap kelakuan dan kejadian. Kita tenang. Kita masih boleh jumpa dia, senyum pada dia, terima dia seadanya. Walau hati luka. Tak pe lah. Rahsia hati biar Allah saja yang tau. 

Pada akhirnya kita kena akur yang dalam hidup ni, kita kena hadap semua - harapan yang berkecai, luka, kecewa dan airmata. Yang penting tetap tenang kerana orang yang tenang selalu menang.



OHBULAN! lancar Kempen Besties, Pape Roger sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

Bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kesihatan mental, OHBULAN! bekerjasama dengan Mental Illness Awareness and Support (MIASA) mengumumkan pelancaran kempen Kesedaran Penyakit Mental Besties, Pape Roger.


Kempen yang akan berlangsung selama sebulan ini juga seiring dengan sambutan "Hari Kesihatan Mental Sedunia" yang diadakan pada 10 Oktober setiap tahun.

Penyakit mental adalah satu isu yang semakin meruncing terutamanya selepas pandemik COVID-19 di Malaysia. Menurut data, individu yang mendapatkan sokongan melalui Talian Bantuan PerkhidmatanSokongan Psikososial (MHPSS), sebuah inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mencatat peningkatan lima kali ganda pada tahun 2022 berbanding dengan tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, 10 Oktober 2022).

Kempen ‘Besties, Pape Roger’  bertujuan untuk memberi maklumat tepat mengenai pengetahuan asas penyakit mental termasuk jenis-jenis, faktor risiko dan cara pengurusan yang berkesan. Kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga bertujuan memerangi stigma dan membongkar tereotaip untuk mencipta persekitaran yang lebih prihatin dan mempromosikan kesejahteraan holistik.

Selain itu, kempen ‘Besties, Pape Roger’ juga bertujuan untuk menggalakkan komuniti memahami individu yang mengalami masalah kesihatan mental melalui kandungan yang lebih mesra audiens dan mudah difahami.


Perkongsian Peribadi Selebriti

Mengaplikasi kekuatan OHBULAN! sebagai Laman Sosialtainment nombor satu di Malaysia, pihak editorial menemubual beberapa selebriti terkemuka tanah air untuk berkongsi pengalaman mereka menangani isu penyakit mental.

Pempengaruh terkenal tampil untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka. Antaranya ialah Nadia Brian, Zynakal, Sharifah Sakinah, Shuhada Shukri, dan Ayu Hot FM.”

Beliau turut menekankan bahawa penting untuk umum mengetahui bahawa penyakit mental ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.


Laman Sesawang Khas Kempen ‘Besties, Pape Roger’

Satu laman sesawang eksklusif berserta aplikasi yang membolehkan individu untuk meluahkan perasaan secara anonim. Menerusi platform tersebut, audiens dapat berkongsi kisah mereka tanpa rasa risau kerana tiada maklumat peribadi diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ohbulan.com/BestiesPapeRoger



Raikan diri dalam hutan dan ATV

Hello readers, 

Lagi al-kisah throwback yang berlaku pada bulan Julai yang lalu. Saja nak simpan sini buat memori.

Buat pertama kali, Misz-ella sambut harijadi dalam hutan dengan menaiki ATV dan makan tengahari di tepi sungai dekat Janda Baik.


Happy birthday to me. I’m not old, I just get more matured. Alhamdulillah .. saya sampai. Orang lain belum tentu. Syukur Allah bagi saya peluang sampai ke umur ini. Syukur saya masih menikmati setiap saat melakukan perkara-perkara yang saya suka. Masih suka exercise, minda masih mahu dijamu dengan ilmu-ilmu baru melalui pekerjaan saya, masih suka berkawan (heyy untung lah yang masuk dalam my friends list! Saya sebenarnya sangat pemilih sebab mama pesan kena kawan dengan orang yang baik-baik), masih suka ketawa, masih suka melawa (Mek Ella jangok nama Kelantan saya), masih suka ‘gila-gila’ tapi lebih bijak mengawal emosi, masih suka jaga silaturrahim. Semakin suka berfikir demi mendapat penyelesaian terbaik. Alhamdulillah for everything. 



Terima Kasih kawan-kawan kerana merealisasikan impian mahu sambut harijadi dalam hutan. Taknak pakai crown tapi nak pakai bunga-bunga kat kepala ala-ala Ratu rimba (Terima kasih Kak Yun). Nak makan lauk kampung. Nak hutan dan sungai. Kawan-kawan tambah nak main ATV. Alhamdulillah semua dapat.





Kawan-kawan Misz-ella, kan .. kalau tak kawan fitness, kawan media, bloggers, kawan masa sekolah, jiran-jiran atau my client. Alhamdulillah setakat ni saya berjaya kekal kan persahabatan untuk satu masa yang agak lama. Kalau dah rapat, bergaduh macam adik beradik, bukan untuk berpecah belah tapi kerana mahu mencari satu titik persefahaman. Alhamdulillah jugak saya tak pernah dipinggirkan kawan-kawan ... Ikut kak Ella lah .. kita tanya Kak Ella lah .. begitu lah selalu. Manja ye korang dengan Kak Ella ... macam anak I jugak .. ikut mama lah .. because they believe my decision is the best sebab level cerewet mama sangat tinggi. Sometimes I took longer time to decide compare to others sebab fikiran i pergi ke sini sana dahulu sebelum jumpa titik noktah yang dicari.



Berkongsi harijadi dengan Della kerana harijadi kami selang 3 hari je. Pink is my favourite colour and I always love a tall cake instead of a flat one. Happy sangat bila dapat. Alhamdulillah. 



Dah banyak kali naik ATV tapi yang ni paling best sebab pemandangan sangat lawa, melalui kebun durian, merentasi sungai, mendaki bukit, di tengah-tengah perjalanan kami berhenti untuk kopi kopi. Indah. Segalanya indah. Alhamdulillah.



Kali pertama kita semua sehati sejiwa berkasut sama warna. Keranamu ATV ...


Cantiknya pemandangan. Can I watch that beautiful view every day?


Ada banyak spot untuk photo-photo. I tell you .. dekat 5 juta keping gambar kitorang tau !


Terima Kasih Kak Yun kerana selalu ada (walaupun kadang aku geram sebab dia suka jerit sampai bingit telingaku tapi itulah juga yang buat kita ketawa). Terima Kasih Della kerana selalu jadi tukang dengar kisah-kisah Kak Ella. Terima Kasih Azy kerana selalu buat Kak Ella ketawa (walaupun kadang aku geram sebab dia suka jerit "higher .. higher" kat kelas sampai aku jeling dia balik but that's Azy yang bukan sahaja our coach tapi penghibur hati kami). Terima Kasih Rayme sebab selalu ada untuk kopi-kopi sambil brainstorming. Terima Kasih Farhana sebab sudi luangkan masa ber ATV dengan kami. I love my life. I'm blessed with every breath. Alhamdulillah. Untuk yang mahu ber ATV sambil makan tepi sungai, sila ikuti Instagram ATV Janda Baik di sini. Harga biasa-biasa tetapi best gila!




Amin zahir rasa cinta pada Sarawak menerusi Kedey Kamek

Hai readers,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang orang kuat disebalik tabir kejayaaan Kedey Kamek, restoran yang membawakan makanan dari negeri Sarawak iaitu Amin Aznizan. Kedey Kamek bukanlah asing di kalangan penggemar makanan Sarawak di Lembah Klang malah Misz-ella sendiri. Kalau dahulu cuma kenal Laksa Sarawak, melalui Kedey Kamek saya menimba pengetahuan yang lebih besar mengenai tradisi dan budaya Sarawak.


Amin Aznizan, pemilik Kedey Kamek

Rasa cinta pada negeri kelahiran beliau iaitu Sarawak membuatkan Amin memperkenalkan Sarawak kepada masyarakat di Lembah Klang apabila beliau membuka Kedey Kamek pertamanya pada tahun 2016. Sehingga kini, Kedey Kamek telah mempunyai tiga (3) cawangan di Lembah Klang iaitu di Sunway Putra Mall, Lalaport dan Taman Tun Dr. Ismail.

Bertatih-tatih dahulu, Bersenang-senang kemudian - Itu yang dialami oleh Amin di awal pembukaaan Kedey Kamek. Ditambah pula dengan fenomena Covid-19 yang melanda dunia. Baru berusia 34 tahun, Amin telah melalui fasa dimana Kedey Kamek dikelolakan sepenuhnya oleh beliau, dari saat pintu perniagaan dibuka - mengambil pesanan pelanggan, menyediakan pesanan pelanggan dan menghantar tempahan pelanggan ke destinasi.

"Semasa masih menuntut di luar negara, Amin jamu rakan-rakan dengan juadah Sarawak dan mereka suka. Dari situ Amin bertekad untuk kenalkan masakan ini kepada lebih ramai orang lagi, dari situ lah bermulanya idea untuk membuka Kedey Kamek."


Sebelum mulakan perniagaan Kedey Kamek, Amin telah melalui beberapa fasa getir apabila terpaksa menutup beberapa perniagaan kecil di awal penglibatan beliau dalam dunia perniagaan tetapi itu tidak melemahkan semangat beliau malah Amin kini menggalas tanggungjawab yang lebih berat iaitu sebagai Pengarah Urusan SOCC Holdings Berhad, antara syarikat korporat terbesar di negeri Sarawak yang aktif dalam industri bekalan makanan dan minuman melalui SOCC Offshore Sdn Bhd, SOCC Catering Sdn Bhd dan AnakMiri Kitchen Sdn Bhd, industri pendidikan melalui SMTC Global Sdn Bhd dan TCS College, industri pelancongan melalui CQ Music dan CQ Travel.


Amin bersama pelanggan di Kedey Kamek 

Meski jauh berjalan melihat dunia, Sarawak sentiasa dekat di hati Amin. Sarawak bukan sekadar ada rumah panjang atau orang Asli memakai cawat tinggal atas pokok di hutan tetapi lebih dari itu. Impian Amin adalah untuk memperkenalkan keunikan budaya dan tradisi Sarawak di mata dunia dan Kedey Kamek adalah salah satu usaha Amin kerana makanan sentiasa menyatukan sesama insan, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Masakan dari Sarawak sangat unik dan tersendiri. Amin sentiasa memastikan kualiti makanan Kedey Kamek sentiasa dijaga dengan menggunakan bahan terbaik.

"Makanan di Kedey Kamek sangat istimewa dan asli kerana mengikut resipi yang Amin warisi secara turun menurun dari ahli keluarga terdekat. Apa yang kami makan di rumah, itulah juadah yang dihidangkan di Kedey Kamek" 



Amin turut membawa tarian tradisi Sarawak melalui persembahan khas di Kedey Kamek semasa acara-acara tertentu bagi memperkenalkan keunikan budaya Sarawak. Misz-ella sendiri sudah beberapa kali melihat persembahan tradisi ini di Kedey Kamek.

Di Kedey Kamek, kami melayan tetamu seperti keluarga. Sudah menjadi amalan kami di Sarawak mengutamakan tetamu dalam segala hal malah kami beri lebih dari apa yang kami ada. Bagaimana kami layan tetamu di Sarawak, begitulah layanan kami kepada tetamu yang datang ke Kedey Kamek ini.


Sesungguhnya bukan mudah untuk mencapai sebuah kejayaan. Perlu ada semangat yang tinggi, kegigihan, kesungguhan, disiplin dan kesanggupan untuk melalui fasa bersusah payah. Amin adalah salah seorang anak Melayu yang tidak menggunakan percikan glamour mahupun populariti untuk berjaya tetapi membina jenama sendiri dengan membawa identiti tersendiri. Sarawak tetap di hati, Amin dan Sarawak berpisah tiada. Semoga lebih sukses di masa akan datang.


MAKANAN ASLI SARAWAK DI KEDEY KAMEK


Laksa Sarawak Udang Galah
Kedey Kamek istimewa kerana di sini ada Laksa Sarawak berkualiti premium iaitu Laksa Sarawak udang galah. Menggunakan rempah ratus khas dari Sarawak rasanya sangat sedap. Dulu Misz-ella kurang suka dengan Laksa Sarawak tetapi sejak cuba Laksa Sarawak Kedey Kamek ni, terus jatuh cinta. Pelanggan boleh pilih samada mahu mee atau bihun. Ada juga pilihan laksa lain seperti Laksa Sarawak ayam, daging, kerang dan lain-lain.



Nasi Ayam Pansoh
Ini cinta pertama Misz-ella sebab pertama kali cuba, terus jatuh cinta. Juga dikenali sebagai Manuk Pansoh (bahasa Iban), ayam dimasak di dalam buluh bersama halia, serai, lengkuas, daun kesum, daun ubi kayu (resipi dari google). Ayamnya lembut, rasa serta aroma ayam pansoh sangat istimewa. Di Kedey Kamek, Nasi Ayam Pansoh dihidang bersama tempe goreng dan ulam-ulaman. Memandangkan hasil carian di google menunjukkan cara-cara membuatnya agak remeh, kalau rindu Nasi Ayam Pansoh, kita ke Kedey Kamek je lah. Dah tentu "authenthic" dan sedap!



Mee Kolok
Lepas ni kalau ke Kedey Kamek, Misz-ella akan keliru .. Nak makan Mee Kolok ke Ayam Pansoh? Sebab dua-dua ni berada di dalam senarai teratas makanan favourite Misz-ella di Kedey Kamek. Walaupun ringkas (hanya mee, hirisan daging lembu atau ayam, bawang goreng dimakan bersama sup dan kicap) tetapi tetap menyamankan. Sapa nak diet sila lah .. kurang minyak, tiada lebihan gula (tak manis) Hanya ada satu rasa - sedap!



Linut
Misz-ella pernah makan linut semasa ke Sabah dulu. Di Sabah, ia dikenali sebagai ambuyat. Masa tu kami makan linut bersama sayur asam keladi. Linut adalah makanan tradisional kaum Melanau, Penan dan Orang Ulu Sarawak. Dibuat dari tepung sagu yang dikacau bersama air pada suhu yang bersesuaian, linut ni macam bubur tetapi perlu dimakan dengan sesuatu kerana rasanya tawar. Di Kedey Kamek linut dihidang bersama ikan terubuk masin dan sambal belacan. Sambal belacan di Kedey Kamek guna belacan dibawa khas dari Sarawak ye, semuanya authenthic dan made in Sarawak tapi kita boleh nikmatinya di Semenanjung. Terima Kasih Kedey Kamek kerana bawa Sarawak kepada kami dengan seikhlas-ikhlasnya.



Cara makan linut


Umai
Kali pertama jugak Misz-ella makan umai di Kedey Kamek (banyak betul jasa Kedey Kamek pada Misz-ella .. Thank youuuu) Umai macam kerabu ikan. Ada isi ikan dory mentah dan bawang yang disebatikan dengan bahan-bahan lain. Rasanya masam-masam manis dan sedikit pedas. Berbeza dengan kerabu di Semenanjung, kerabu dari Sarawak ni lebih ringkas tapi tak kurang sedapnya. Boleh dimakan begitu sahaja bersama biskut ataupun nasi panas. Sedap!



Mee Jawa Kambing
Yang ni betul-betul buat Misz-ella terpegun sebab ada kambing atau lamb shanks dalam mee jawa. Istimewa, kan. Yang penting rasanya seimbang dan cukup rasa. Sedap!

Istimewa nya Kedey Kamek kerana makanan di sini sangat sedap dan asli, layanan memuaskan, suasana sangat tenang, kebersihan terjaga dan harga tidak melampau dan paling penting lokasinya yang strategik. Sesekali Kedey Kamek buat promosi iaitu pada hari-hari tertentu. Setiap Khamis ada promosi Khamis Kamek. You all kena check it out tau! 

Jangan lupa ikuti Instagram Kedey Kamek di sini ye. Banyak informasi ada di situ. OK done sharing. Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. Best, kan. Jangan lupa datang lagi for my next post!



Memori .. Jangan pergi

Sebab kotak memori tak ada butang 'delete' ataupun 'backspace' maka semua peristiwa, buruk atau baik kekal di situ.

Yang baik kita jadikan kenangan. Yang buruk kita jadikan pengajaran. Kita tak sempurna tapi indahnya kejadian Allah maka kita diberi akal untuk berfikir. Setiap jatuh bangun, jerih perih, tawa dan airmata sebuah kehidupan itu sangat bernilai dan bermakna.



Kerana itu juga lah Misz-ella tak pernah buang botol-botol ni. Setiap botol minyak wangi ini punya kisah tersendiri. Ada yang dihadiahkan oleh orang yang dulunya sangat aku sayang tapi kini telah tiada. Ada yang dibeli sendiri. Orang kata jangan pandang belakang tapi kalaulah dengan mengenang semalam boleh mendatangkan kebaikan, why not .. betul tak?

Jangan kita benci kenangan silam kerana disebalik setiap musibah, ada kebaikan dan keindahan tersendiri. Tidak kelihatan di mata kasar tetapi ia membentuk jati diri. Afterall Allah beri ujian untuk duga kita. Kalau kita lepas ujian Allah, ganjarannya sangat indah. 









Move On and Be open with the situation.


FINDING BEAUTY IN A BROKEN WORLD IS CREATING A NEW BEAUTY IN THE WORLD WE FIND. 

Years have passed. I still remember those days when I made one of the hardest decisions in my life. Letting go was never easy and fixing a broken world was hard. I was alone. Not because there wasn't any support but because of me. My character changed. I became quiet. I lost trust to anyone. I refused to meet anyone. I wasn't open to talk about my situation to them.

Finding myself was never easy. It took years for me to rebuild and regain my confidence to face the world and Yes! I finally found new beauty in the world that i find, simply because I finally let go of my past. I fixed the broken world and built a new one. 

A short note to my readers - Move on. Believe that bad or hard times are temporary. Be strong to accept challenges in life. It helps shape you to a better person one day and lastly be open with the situation. Tell your love one. Seek advise and help. Do not repeat my mistake.  

Baru! Specialty Pizza di Xroads Xpress, Concorde KL

 Hai readers!


Ada pizza baru di Xroads Express, Concorde Hotel Kuala Lumpur. Ada 3 jenis, Specialty pizza ye, bukan satu. Paling penting, Misz-ella dah rasa semua.



Mushroom & Chicken Ham Pizza (RM30 nett)
Pizza ni sangat sedap. Limpahan Mozarella cheese yang sangat fresh dan creamy. Hirisan pelbagai jenis cendawan seperti cendawan butang putih, shimeji, king oyster, shiitake dan chicken ham ditambah dengan truffle oil bechamel. Hirisan daun (I taktau daun apa tapi daun ni mempunyai aroma yang menyegarkan dan punya rasa yang sangat sedap). I dah dua kali order Mushroom & Chicken Ham Pizza ni sebab kesedapannya tak terkata. Masa I berkunjung ke Xroads untuk menikmati pizza ni buat kali ke 2, kawan-kawan I puji Ha ah la sedap! Pandai Kak Ella pilih. Recommended! *best to enjoy with Earl Gray or Green tea*




Classic Margherita Pizza (RM28 nett)
Classic Margherita Pizza adalah pizza yang sangat simple kerana hanya ada mozarella cheese, home made tomato sauce, cherry tomato, sundried tomato dan daun basil. Limpahan cheese segar yang tertarik dan meleleh ketika pizza dipotong tu sudah cukup untuk membuat hati teruja. Simple tetapi tetap terserlah kesedapannya!


Pepperoni pizza (RM30 nett)
Peminat pepperoni harus cuba pizza ini kerana ia sangat kaya dan meriah dengan bahan-bahan seperti beef pepperoni, hirisan tomato, buah zaitun dan bawang putih bersama mozzarella cheese. Makan semasa ia masih panas. Best gila!  



Mocktail Cucumber Spritz (RM20 nett)
Jangan lupa juga cuba Mocktail Cucumber Spritz ini. Jus timun yang ditambah sedikit lemon, asam boi dan tambahan air Sprite. Rasa tiap-tiap bahan tersebut sangat seimbang. Refreshing! Mesti Cuba, ok.


Kalau you all berada di Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke Xroads Xpress di Concorde Hotel Kuala Lumpur dan nikmati Specialty Pizza di sini. Semua pizza dibakar segar (sebaik sahaja tempahan diterima) dan diadun khas mengikut resipi in-house Chef yang berpengalaman. Saya memang suka Concorde Hotel Kuala Lumpur sebab makanan di sini sedap-sedap (sila cuba Tomyam udang, Mee Goreng Mamak, Nasi Ayam, Nasi Goreng di Melting Pot) ditambah dengan harga juadah yang sangat "wallet friendly"

Jangan lupa ikuti laman sosial Concorde Hotel KL di sini :
Atau hubungi (telefon atau whatsapp) +0123995006