Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kashmir Day 5 - Mustard Field, Snow Fall in Pahalgam

Day 5 - Hari terakhir di Bumi Kashmir  .. kami pergi ke Pahalgam. Before we left the hotel, we were told that today is Kashmir's Strike Day.  As the whole world know, Kashmir is fighting for independence from India. Dalam waktu yang sama Pakistan juga menuntut hak ke atas Bumi Kashmir. Tapi tak apa .. jangan bimbang kerana benda-benda camni tak da kena mengena dengan 'tourist'.  As long as we are at the right place and with the right person, dont worry.  So buat Misz-ella, i lapang dada selapang-lapangnya.  Entah kenapa, despite all the news that i heard about Kashmir, langsung tak ada sekelumit bimbang dalam hati selama disini.  Tenang setenang-tenangnya. Alhamdulillah.

Pahalgam is about 2 hours journey from Srinagar City, one of the most popular tourist destination in Kashmir. Fahad kata Pahalgam ni lebih kurang Kelantan kalau di Malaysia. Yeayyy .. kawe kelik Kg deh.



 Dalam perjalanan kami singgah menikmati panorama indah di Mustard Field. This is a wild Mustard Field .. sapa-sapa pun boleh singgah ambil gambar disini, F.O.C. Cantik. Menarik. Wangi. Dah hari ke 5 .. nampaknya rasa cinta masih terus bercambah.  Makin tinggi dan tinggi graf kasih sayang dan cinta pada Bumi Kashmir ini. Nasib baik akak dah kahwin .. kalau tidak .. aku 'tackle' sorang Mamat Kashmiri buat laki. Tehehehe.

 The sweet breathtaking Mustard Field in Kashmir.  Masih ingat filem 'Dilwale Dhunia Le Jayengge' lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol? Kat Mustard Field ni la scene lagu 'Tuh Je De Ka To Ye Ja Na Sanemmmmm' .. Ecece menyanyi pulak Misz-ella nih. Tehehehe.


We were here - 12th April 2014.

Dah puas 'posing' perjalanan diteruskan. Sampai di Pusat Bandar Pahalgam, kami singgah lunch di Hotel Baisaran. Makan time is always an excited time for us cos their makanan is super delicious and very friendly tummy.  Sedap la makanan kat Kashmir ni. OK Lets chedikauuttt what we had in Pahalgam on 12th April 2014, recently.




 Fahad our Tour Guide made the Order .. kitorang ikut je. Sedapnyaaa makanan di Kashmir.  Langsung tak da rasa Mamak kita.  Lagipun Mamak kita dari India Selatan .. Kashmir duduknya di India Utara. Cuaca sejuk. Makanan sedap. Bahasa Indah. Orang lawa-lawa.

Kenal ni dak? Pernah makan ni di tempat kita? Kalau tak pernah, sila lawat Restoran Daun Pisang di Kuala Lumpur tapi di tempat kita lain sikit rasanya .. warna warni pulak tu.  This is Misz-ella's favorite.

Lepas makan, kita kena tukar kereta untuk naik ke Puncak.  Di daerah ini, hanya kereta berdaftar di sini sahaja boleh digunakan.  So we park our car and naik kereta lain.  Makanya si Mushtaq dapatlah berehat while kami mendaki ke atas.

Sepanjang perjalanan mendaki ke atas hujan renyai-renyai.  Sebelum terbang ke Benua Utara India ini, Misz-ella dah study 'Kashmir's Weather Forecast' .. I knew its gonna rain today. Misz-ella dah google about Kashmir's weather and realised that Spring delayed in Kashmir this year'.. makanya peluang untuk melihat 'green' di Pahalgam tidak kesampaian tapi sesungguhnya Allah SWT itu sangat pemurah .. maka terjadilah 'Snowfall' di Kashmir di bulan Spring .. sesuatu yang amat jarang berlaku disini.  You all are very lucky ..its not common Snow falls during Spring in this area .. says Fahad. Rezeki Allah SWT .. lalu kami pun berpeluang merasai 'Snowfall in Pahalgam during Spring'.


Salji turun dengan tiba-tiba menggantikan hujan yang hilang entah ke mana. MasyaAllah. Indahnya kejadian Allah SWT.



 Heyyyyy .. the snow is falling.  Look .. kata Fahad dari dalam kereta lagi.


We parked our car untuk menikmati 'snow fall' ~ Tragedi Snowfall during Spring in Kashmir will be unforgettable moments in our life forever.  Kuasa Allah SWT. Sesungguhnya 'Kun Fa Ya Kun' itu milik Dia. Hanya Dia. Kalau Dia berkehendak .. tiada siapa boleh menolak.




Melekat-lekat 'snow' atas kepala .. atas baju. I didn't expect the snowfall so pagi tu sebelum bertolak i removed the snow cap from my winter coat.  Maka basahlah kepala saya dek hujan salji.  Tapi Alhamdulillah .. Misz-ella tak demam .. tak selsema .. hujan disini sehat sebab tak da pencemaran udara.






BEAUTIFUL SCENERY OF PAHALGAM
Walaupun tak dapat tengok 'green' di sini cos 'Spring delay in Kashmir' .. tapi sikit tak terkilan. Allah SWT gantikan kami dengan aktiviti mandi hujan salji.  Alhamdulillah.

Gunung, Sungai, Pokok, Salji and Me

Pokok, Salji dan Kami Bertiga


Hanya satu perkataan yang paling sesuai ... CANTIKLAH!

My loyal reader mesti pernah baca tentang Kak Zu yang comel ni .. kalau tak ingat .. cari entry Kakak Cool.  Kashmir is my dream destination since i kenal filem Hindi .. so as Kak Zu.  Orang nak ke London, US, Switzerland dan entah mana-mana lagi tapi Misz-ella nak Kashmir.  Pulangnya kami ke Malaysia, hanya satu rasa .. PUAS dan tersangat HAPPY dan bak kata Kakak Cool .. this feeling will be endless .. tiada akhirnya kerana di Kashmir segala-galanya indah buat kami.  Kashmir yang cantik .. Kashmir yang penduduknya hidup dalam keadaan tenang dan damai .. tak kaya tapi gembira .. yang kaya tak mendabik dada. Ungkapan Assalamualaikum sentiasa dibibir mereka tak kira kenal atau tidak pada orangnya.  Cool kan rasa tu?

Jambatan, sungai, pokok, gunung dan kami berdua. Ayang sempat lagi tu  main 'Cikuuuuuu Cak'. Tehehehe.


La La La La La ..

Cantik, kan. OK .. ini Spring .. bayangkan how is Summer here.  Rumput yang dipijak, daun-daun pokok menghijau, matahari senyum mesra menyambut kedatangan kita, bunga-bunga cantik berkembang, angin dingin sepoi-sepoi bahasa membelai tubuh kita. So what's next? Early Summer in Kashmir? Ecece .. belum pulang dah mula berangan. Over la Misz-ella, kan.

Dah puas bergambar .. lets go back sebab hari dah lewat petang. Perjalanan nak sampai ke Pusat Bandar Srinagar pun dah hampir 2 jam.  So mari lah kita pulang. Sepanjang di Kashmir ni .. masa memang banyak dalam kereta tapi sikit tak bosan sebab pemandangan sangat cantik.  Buat orang yang susah nak tidur dalam kereta like me .. this is Great.  I spend my time looking .. looking .. and looking at the beautiful scenery.  Puas dan sehat bijik mata dapat berterapi.




CANTIK. CANTIK. CANTIK.

 
SANGAT CANTIK.
Masa ni dalam hati Misz-ella melompat-lompat rasa nak bergambar di celah-celah pokok ni. Walaweihhh .. asal cantik je rasa nak bergambar .. asal cantik je hati jatuh cinta, kannnn.

DAN CANTIK LAGI.




Olololo .. This is not Ba Ba Black Sheep but White Sheep.  During Winter, all sheeps are very skinny and unhealthy cos not enough grass to eat.  So kedatangan Spring adalah sangat ditunggu oleh semua Ciptaan Allah SWT disini.  Yesszzz .. the Spring has arrived.  They are very happy.  Shukriah. Shukriah. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Kedai tradisional menjual Roti yang dimakan oleh penduduk tempatan.  Roti di atas ni untuk dimakan waktu sarapan pagi. Sedap. Rangup. 7 Rupee je sekeping.

Yang ni pulak roti untuk minum petang .. pun 7 Rupee jugak

Makcik si Penjual roti. Suci je rupa dia, kan. Gaya bercakap dia lemah lembut gila.  Kalah kitorang ber enam. Aiiiii .. bila dah balik ni terkenang semula termalu la pulak iiii. Hihihi.  Ruang kosong sebelah kabinet roti tu ialah tempat roti dibakar dan disediakan.

Sampai ke Srinagar City hari dah hampir Maghrib.  Nothing much we can do at this time sebab Kashmir ni bukan macam KL yang sangat 'havoc' di waktu malam.  Kashmir ialah sebuah Wilayah di Benua Utara India yang tenang, tiada riuh rendah bunyi muzik hip hop, discotheque, dangdut dan sebagainya kecuali bunyi hon kereta sahaja. Bunyi-bunyi muzik macam tempat kita ni adalah pencemaran kepada alam kepada mereka because they love nature.  And now, its dinner and packing time.  Today is our last day in Kashmir.  We are leaving to Delhi by Indigo flights 9:30 am tomorrow morning. Ohhh sedihh .. sungguh sedih mahu berpisah dengan Kashmir dan Kashmiri but realitynya i am Malaysian and belong to Malaysia. So jangan 'emo' sangat, jom kita kemas-kemas.  Breakfast will be serve by 6:00 am tomorrow *specially prepared for us* and Driver will be in the hotel by 6:45 am.

OK .. i shall continue with few more Entry for this 9Days/9Nights trip to India which covers Delhi, Jaipur, Agra and the beautiful Kashmir.  Till then, thank you for reading. Bye.







17 comments:

Shahrizat said...

Assalamualaikum, terima kasih sebab berkongsi entry berkenaan kashmir ini. saya pun dah jatuh cinta dengan kashmir. Insya Allah saya ingin ke sana juga.

Anonymous said...

tak sangka im addicted to read this blog sebab your trip to Kashmir... to sabar nak tahu cerita and see beautiful pic... azwiusa

Puan Eka said...

cantik gile kan kak ella. Eka dapat tahu Kashmir ni cantik masa ex boss pegi sana. Punyala sonok dia main salji. Dengan gunung ganang cantik sesangat

Nieda Ramly said...

cantiknya gambar dan pemandangan di sana.
best dpt merasa salji turun maklumlah kat tmpt kita tak ada , teruja jugalah.

Mama Zharfan said...

cantik.cantik.cantik............speechless...i really miss about snowfall..

Kniedaz said...

KC, saya siap berangan dengan kawan baik sambil baca entry sis ni...teruja nak p sana

Anonymous said...

Salam sis..best kn kashmir....sy pegi 2010 ..very2 beautiful

Misz-ella said...

walaikumsalam shahrizat,

alhamdulillah. kita berkongsi cinta yang sama - Kashmir

Misz-ella said...

thanks azwiusa.

i will write more abt kashmir. tggu ye.

Misz-ella said...

btl cik puan eka. cantik sgt.

Misz-ella said...

nieda, sgt cantik. sgt teruja.

Misz-ella said...

suzie @ mama zharfan,

i miss the snowfall too

Misz-ella said...

amboi kniedaz, siap berangan la pulakkk. hihihi.

Misz-ella said...

wkmslm. yes cik Anon ..

Kashmir is definitely beautiful and Paradise on earth

Lydia Miza said...

Cantiknya salji!!! Wah teruja baca entrti KC ni

najwa said...

kak, boleh citekan pasal kos n contact agent ke kashmir ni x?
seronoknye baca entry akak!

Anonymous said...

Salam kak,
I was in Delhi and Kashmir back on 2007.. MashaAllah baca entry akk memang teringat pengalaman saya kat sana.. So beautiful and peaceful place in the world la saya rase kat Kashmir.. Already miss Kashmir.. Saya ke sana after 4month Kashmir bergolak (perang saudara) at that time army mmg ramai every 20m ade army yang berkawal.. immigration check out or check in mmg leceh.. tp xkisah la tu.. yg penting Kashmir mmg antara kejadian TUHAN yang sgt cantik.. Spt yg akk cerita sy jugak mengalami suasana yang sama di Delhi.. sesak,a lot of beggar, massive traffic.. bile kami ke Agra,Jaipur and Kashmir agak kurang kesesakkan dan agak damai and definitely Kashmir is the best.. Tetapi bile kite baca sejarah Kashmir mereka sgt tabah memperjuangkan agama Islam...