Hello readers. Assalamualaikum and Good morning. Trip 9 Hari 8 Malam yang kami rancang bermula daripada hati terkinja-kinja bila tengok rakan Blogger, Kak Yan mengupload gambar-gambar percutian beliau ke Kashmir dua tahun lepas. Bermula dari saat tu, hati mahu ke sana .. almaklumlah .. Kashmir memang 'dream destination' Misz-ella dari kecik lagi sebab dulu-dulu suka tengok Hindustan. Tehehehe.
So kerana keterujaan tentang Kashmir, Misz-ella buat entry tentang Kashmir dulu ye .. yang lain-lain tu kendian. Ahli rombongan ialah seramai 6 orang .. all ladies.
Feeling great and blessed sebab berpeluang menjejak kaki ke Kashmir .. sebuah wilayah di Utara Benua India yang mempunyai 4 musim and Spring awaits us in Kashmir.
Day 1 .. arrived Kashmir via Indigo flights ... 1 hour 30 minutes from New Delhi airport.
Nice view from the flight. Excited!! Teruja sangat-sangat dah time ni.
This is the most simplest airport i have seen in the world. Sampai je terus gi kat Tourist Registration Counter .. fill up your particulars then ambik luggage. Muka-muka ala-ala 'Remy Ishak .. Shah Rukh Khan .. ' menyambut kedatangan kami. Cuci mata la .. sambil senyum hepi-hepi.
Our Tour Guide, Encik Fahad Ali and frens dah menunggu. Letak beg atas bumbung kereta adalah biasa di India ye .. apa nak diherankan, manusia pun naik bas duduk kat bumbung .. inikan pulak beg kita, kan. Tehehehehe.
Selamat mendarat di Jeti 'Shikara' - sebuah sampan 'manual' yang akan membawa kami berenam ke Houseboat. Yeayyy!! Teruja buat kali entah yang ke berapa.
Lawa-lawa kau sampan diaorang . Nicely decorated.
Safely arrived at Bostan Gulistan Palace .. tempat tinggal kami selama 2 malam. Encik Akhbar our Butler sudah setia menanti kedatangan kami.
Dan 'touring' pun bermula. Al-jakunlah kami sekejap .. Buat kami berlima .. first timer ber houseboat, kan. Maka tangan pun gatal click sana .. click sini.
Biliknya cantik, besar dan mewah gila. Kami dapat pakej sebilik dua orang. So Kak Yan is my roommate for the next few days here.
Tempat pemanas badan di tengah 'hall' .. sini lah tempat kami melepak malam-malam .. 2 darjah Celcius sahaja waktu malam ok .. sesesesejukkkk sangat.
Breakfast was served upon arrival. Toast bread with jem and butter complete with Masala Tea. Sedap.
Shikara then become one of our Mode of Transportation selama 2 malam di sini. Dari houseboat ke jeti kita naik Shikara la ye .. lepas tu baru naik kereta untuk pergi ke mana-mana.
Melawat Masjid Jamia di Old Srinagar City .. antara masjid terpopular dan paling tua di Srinagar. Masjid Jamia yang mempunyai 370 tiang ini dibina Sultan Sikandar pada tahun 1400 Masihi.
Photo courtesy of Kashmironline.net
Tenang dan cantik suasana di dalam Masjid Jamia
Deretan kedai-kedai di sekeliling Masjid Jamia. Masjid Jamia diselenggarakan oleh masyarakat Islam di sini sendiri .. bukan oleh kerajaan tempatan dan sewa kedai disini adalah salah satu dari punca kewangan buat Masjid Jamia.
Baju tebal-tebal masih dijual sebab Spring has just arrived in Kashmir .. sejuk sangat .. 15 darjah Celcius di siang hari dan hanya 2 darjah Celcius di waktu malam. Bercakap keluar asap. Tehehehe.
I tried this kueh/roti. Roti putih tu sapu dengan rempah merah tu .. sos putih tu dan bermacam lagi. Sedap. Served and prepared with smile .. Alhamdulillah .. sejuk mata memandang. Betullah orang kata senyum itu sedekah .. bahagia orang yang menerimanya, kan.
Orang cakap jangan berani sangat makan tepi jalan nanti 'tummy' tak hepi tapi buat Misz-ella so far Alhamdulillah .. all foods in Kashmir are friendly to my little tummy. Infact .. saya jatuh cinta dengan makanan orang sana.
Then we went to Masjid Shah E Hamadan. Cantik, unik Masjid ni. Maybe it doesnt look beautiful in my camera tapi percayalah yang ianya sangat unik dan lawa. Senibina nya .. ukiran-ukiran di dindingnya .. tak jemu mata memandang.
Photos with the children of Kashmiri. Cute, manis .. very pure innocent face ... Rasa nak bawak balik sorang dua buat anak angkat. They speaks fluent English. Assalamualaikum .. What is your name? How are you? How old are you? Sume soalan diaorang jawab. Communication is not a problem here but still segelintir kecil tak boleh berbahasa Inggeris .. tak yah heran .. bukan di Kashmir je .. kat mana-mana pun ada masalah camtu.
Continue scroll down the city. Begitulah uniknya deretan kedai-kedai di Old Srinagar City ni. Ada macam Istanbul Aku Datang, kan.
Sempat beli Kupiah Kashmir dari Pakcik ni buat abah, abang, adik dan yang lain-lain. Hanya 40 Rupee .. pakcik tu jahit Kupiah tu sendiri di sini .. tengok mesin jahit dia .. duduk jahit dan jual terus. Punyalah dia suka sebab kami borong hampir 20 pcs .. Syukriah .. Syukriah .. katanya. Terharu dan bersyukur barangkali atas rezeki hari ini. *sobs*
Pengembaraan berterusan .. look at them .. tak rasa macam melawat India tapi macam melawat Iran, Syria dan Afghanistan. Udahlah hensem .. bahasa diaorang sungguh sedap di telinga. Bahagiaaaa lah kami semua selama disini hendaknya. Hehehe.
Walnut, Almond, Pistachios, Dry Fruits is cheap here. Sekilo 1000 Rupee :- RM55.00 sahaja. Moh le borong untuk buat biskut raya.
Macam-macam barangan dijual di deretan kedai-kedai ni .. makanan, barang perhiasan, baju, rempah ratus .. pendek kata this area memang mencelikkan bijik mata. Itu cantik .. Ini best .. everything attracts us here.
Next destination - Almond Clove .. Taman Almond/Badam yang sangat luas, sejuk, cantik and has beautiful landscape.
Kalimah Allah berbentuk badam
Maka acara 'posing' pun bermula. Tu pokok badam ye kawan-kawan .. bukan sebarang ranting kering.
Lawa. Sungguh lawa. Bukan Misz-ella ok .. tapi suasana Taman Badam ini. Cooling, breezing .. hirup udara segar di bumi Kashmir ni adalah satu pengalaman yang sangat indah.
MasyaAllah comel sungguh anak-anak di Kashmir ni.
Kak Yan dah pesan awal-awal .. bawak gula-gula, coklat atau whatever sweets so that kita boleh bagi kat anak-anak Kashmir yang kita jumpa di jalan. Comel la yang ni .. siap mintak suap lagi .. oh Goddd .. sangat menyentuh naluri keibuan i. By this time .. i do not know how much i have fall in love with Kashmir .. separuh hati sudah, barangkali.
Di Old Srinagar City tadi, selain dari Kupiah Kashmir, Misz-ella sempat beli air mawar yang dibuat secara asli di sini. Ramai tak tau yang Misz-ella peminat air mawar. Kalau travel jauh-jauh .. driving alone .. Misz-ella akan spray air mawar ni ke muka buat penyegar. Istimewa disini sebab ianya asli .. bukan macam hok kawe beli di KL deh tapi meh nak bagitau .. the best dan paling pekat air mawar i have ever had is the one from Mekah. Once spray ,, wangi satu badan dari pagi sampai petang.
Gula manis made from Kashmir .. macam gula-gula. Once arrived Malaysia .. this sweet has become my breakfast. Biasalah .. Misz-ella kan malas nak fikir makan pagi ni .. so this tradisional sweet of Kashmir has become my morning breakfast which gives me instant energy. Sumpah sedap gula ni.
Deretan botol cantik dalam Kedai Air Mawar. Wangiiii sangat air mawar dia. Misz-ella curah sikit atas tapak tangan dan tepuk ke muka. So refreshing.
Teh Masala. Sedap gila!!
Then perut dah lapar .. We went to Tao Cafe untuk merasai pengalaman makan dalam taman dengan suasana yang sejuk nyaman .. wahhhh .. amazing gua cakap luuu. Tehehehe. Nasi putih, Kebab kambing, Lauk Ayam dan Cheese. Punya la sedap sampai nak bawa ke dalam mimpi.
Lepas tu kita balik ... Shikara please bring me to Gulistan Palace. Buat first timer dan orang lahir di Bandar Kolumpo macam i, pengalaman ni sangat indah dan menakjubkan. I love Kashmir. Its identity .. its originality really amazed me. Baru sehari hati dah mula pasang angan-angan ... "Mahu datang lagi".
Our late dinner at the houseboat. Meal starter is Chicken soup and toast. Sedap. Terror depa masak.
Fish Tikka, Chicken, Beans and Sayur goreng. Sumpah sedap. Langsung tak rasa Mamak Malaysia. Maka insiden jatuh cinta terjadi lagi .. tadi dengan beautiful Kashmir .. kali ni dengan the beautiful Kashmir dish. Jangan esok terjatuh cinta dengan Kashmiri sudah!! Hahaha.
Pinggan Misz-ella la ni .. Tukang senduknya si Akhbar .. ambik kau .. macam-macam dia bubuh. Other than my heart and my eyes, my little tummy is very happy too today. Syukur Alhamdulillah.
Nice local Apple Juice. Sedap lah.
Dan malamnya tidur bertemankan 'Hot Blanket' sebab suhu adalah sangat sejuk 2 darjah celcius nak gi toilet pun takut ok .. Hehehe.
Assalamualaikum .. My name is Muhamad Amin. I have beautiful Kashmir's local products .. bags, purse, clothes .. do you want to see. Masya Allah .. cantik tutur bahasa lawa di pandangan mata. Dialek English dia very fluent .. macam bercakap dengan orang putih Misz-ella rasa dan akhirnya .. 5 bijik purse Misz-ella borong dari dia. Cantik and very good quality RM13 sahaja. Suatu yang biasa buat mereka yang duduk di Houseboat jika didatangi oleh peniaga. The beautiful and unique site of Kashmir .. the goods come to us .. tak yah susah-susah gi shopping!!
Ok we have done with our Day 1 ~ Touring Kashmir City - The paradise on Earth. The journey will continue tomorrow .. visiting the Aparwath Mountain at Gulmarg .. the other side of Kashmir. Best sangat kat situ. Nak tau tak? Excited tak? Stay with me and i will bring you the beautiful Kashmir in my next Entry as i have witnessed, experienced it and fall in love with it. Tunggu tau .. esok-esok Misz-ella cerita lagi. Thank you reading. Byeee.
24 comments:
cantikknyaaaa kak...suka tgk dan baca...xsabar nak tunggu next story.. :)
Ya ampun....memang cantik sgt....simpan angan2 nak pi nanti...hejeje
alahai cantiknya kahsmir..
fefeling hindi terus
untung akk dah jejak kaki ke sana ek..
uhhh seronok nyer kak!!
Ella, gula manis tu namanya shireen..
bestnya.....nnt jgn lp wat bajet perbelanjaan kat sana ye...huhu
alemak..mcm dh jatuh cinta gak dgn kashmir..xpnh masuk dlm wishlist tpt percutian pun...tapi lps tgk entry akk ni...mcm kena masuk dlm wishlist jeeeeeeeee... >_<
Subhanallah cantiknya kashmir..tapi skunk xde keberanian nk jejak kaki ke india insyaallah ada rzeki nk pjgkan kaki ke sana
kc
skrg sy dh jatuh cinta ngan kashmir
mcm mana nih?uwaaaaaaaaaaa
nice place. speechless :)
Cantik dan menarik ...teringin nak pegi
Mmg cntikkk sgt dik. Tggu next story ye dik
Alin, kc pun start dengan angan-angan .. baru sekarang jd kenyataan
Chekgu Azrine, awak pun boleh leee ..
Memang seronok sangat idzwa
Shireen ye kak. Owhh baru tau ni. Sedappp sgt..
Mrs gold .. mmg tersangat lah best. Tiada perkataan lain selain dari best. Best. Dan best.
Moh le yana .. bawak ujang dgn zafirah sekali. Konfemmm best!
Hafizah, mcm2 kc dgr psl kashmir tp sbnrnya bila kc d sana .. tak ada apa2. Tenang, aman dan damai je dik.
Irfa, jom. Jom. Jom. Tlg dptkn kc tiket murah dik. Hihihi.
Very nice Suzie. I love it very much.
Jommmm. Jdkn teringin tu realiti jom.
memang menariklah kashmir. Kite baca pon jatuh cinta heheheheh
Post a Comment