As-salam kawan-kawan. Good morning Monday. Misz-ella baru pulang dari Utara Benua India, bersama kesayangan. Few days ago, i visited Taj Mahal in Agra .. Omaigodddd .. i just couldn't believe that i am infront one of the 7 Wonders In The World ini. Hampir setahun merancang, tiket ke New Delhi kami beli dari bulan September tahun lepas lagi .. Alhamdulillah .. masa yang ditunggu pun menjelang. Excited. Teruja. Macam-macam Misz-ella rasa.
We stayed here. Only 2km from Taj Mahal.
This is TAJ MAHAL
Lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz. Shah Jahan yang penyayang .. yang memerintah negaranya dengan penuh kasih sayang. Baginda mengahwini Mumtaz sewaktu Mumtaz berusia 16 tahun. Walaupun baginda Raja yang bisa mendapat sesiapa sahaja yang diingininya tapi dia melamar Mumtaz dan memberi Mumtaz satu setengah bulan untuk berfikir menerimanya. Dalam masa satu setengah bulan mereka berkenal-kenalan dan akhirnya Mumtaz jatuh cinta pada Baginda lalu berkahwin dan mendapat 14 orang anak. Sayangnya hanya 6 orang anak yang hidup dan Mumtaz meninggal dunia saat melahirkan anak nya yang terakhir. Shah Jahan sangat sedih .. lalu dibinanya Taj Mahal khas buat isteri tercinta. 20 ribu orang pekerja, 22 tahun masa yang diambil untuk menyiapkan bangunan indah lambang cinta mereka berdua.
Fakta mengatakan bahawa Shah Jahan dipenjarakan oleh anaknya sehingga je akhir hayat baginda adalah tidak benar. Fakta yang mengatakan Shah Jahan menghukum kesemua pekerja yang membina bangunan ini juga adalah tidak benar. Di Taj Mahal, terdapat sebuah bangunan menempatkan para pekerja dan keluarganya. Shah Jahan seorang pemimpin yang sayangkan rakyatnya .. para ulamak dan sufi sentiasa berada di sekitar bangunan membaca ayat-ayat suci Al-quran setiap pagi.
Percaya tak menitis airmata Misz-ella saat melihat Taj Mahal.
Bagai terbayang di depan mata kasih sayang mereka berdua. Bagai terasa-rasa aura cinta dan kasih sayang Shah Jahan dan Mumtaz saat Taj Mahal di depan mata. Tak hairanlah ada sesetengah orang sanggup datang ke Taj Mahal setiap hari semata-mata untuk menjiwai kasih sayang dan cinta mereka.
Wahai Cinta Hati .. sanggup kah kau bina Taj Mahal untuk Misz-ella mu ini?
Ecehhhh .. tetiba romantik pulak daku disini.
Sebelum sampai ke Makam Taj Mahal, harus melalui pintu gerbang/pagar yang sungguh indah ini. MasyaAllah .. penuh dengan sebina Islam. Ayat-ayat Quran diukir di sekeliling dinding pintu. Bangga. Terharu. Speechless.
Didalam bangunan inilah terletaknya makam Mumtaz .. yang mangkat ketika melahirkan anak nya yang ke 14 .. yang buatkan Shah Jalan bersedih lalu dibina lah Taj Malal .. Khusus buat mengenang Almarhum isteri tersayang. *sobs*
Kata Kak Yan .. I am the new version of Mumtaz. Ecewahhh .. Aura Mumtaz sudah melekat padaku tapi kan .. i tak ada anak 14 orang macam Mumtaz .. Tehehehe. Mumtaz dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Shah Jahan .. dimewah dan dihiasi dengan batu permata intan berlian seberat antara 15-30kg dipakaiannya dalam satu-masa. Nak bergerak ke sana sini ada kerusi roda dan dayang-dayang menguruskannya. Buat pengetahuan, nak masuk ke bangunan utama ni tak boleh bawak pen, kosmetik, kamera, pensil, nail clipper dan sebagainya. Semua beg akan discan.
Tambang masuk 750 Rupee sahaja .. siap dengan buku info, air mineral dan pembalut kasut untuk dipakai di dalam bangunan makam nanti.
Yeahhhh .. sudah bersarung kasut sebelum memasuki Taj Mahal.
We with Qorban .. our Tour Guide in Agra. Untuk tempat-tempat bersejarah like this, it is important to have a good Tour Guide who are able to explain detail by detail and Qorban is one of them. Sabar kau dia layan karenah-karenah perempuan yang suka berfotoan sana sini.
Fakta mengatakan bahawa Shah Jahan dipenjarakan anaknya sehingga mangkat. Cuba tengok bangunan ni .. tempat di mana Shah Jahan yang sedih dan tertekan meratapi kehilangan Mumtaz menghabiskan hari-hari tuanya .. ada rupa penjara? Shah Jahan ditempatkan di bangunan yang indah ini menghadap Taj Mahal kesayangan sehingga hari tuanya dan kini makam Shah Jahan adalah bersebelahan dengan Makam Mumtaz di Taj Mahal. Korang .. kalau ada rezeki, pergilah melawat Taj Mahal. Bagai menyerap di jiwa cinta Mumtaz dan Shah Jahan sebaik kaki menjejak ke sana .. tenang hati dan rohani kerana tempat ini dahulunya dipenuhi para sufi yang tidak berhenti mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran sepanjang hari. Lawatan ke Agra, Taj Mahal sekurang-kurangnya memerlukan 2 hari dan memerlukan 'Tour Guide'. Murah je .. tak mahal. Dengan pakej serendah RM3,500.00, New Delhi, Jaipur, Agra dan Kashmir cukup untuk kita jelajahi. Nak tau macamana? Wait for my next entry. Terlalu banyak cerita, gambar nak dikongsi dengan korang semua. Byeee. Tq baca.
9 comments:
bestnyaaa..... :)
Amaboiii depa berkuch2 ho ta hai kat sana ye...
bestnya kak.. mesti bercampur baur perasaan berdiri depan tu kan...
jelesssss nya saya masa tgk korang updates gambar2 kat Kashmir...main salji....hahahahaha...
ella.
boleh tak tukar warna background. sakit mata makcik susah nak baca. maklum la makcik dah tuo..
Best sgt tenguk Ella dan Geng kat sana..ada harapan tk nk akak nk pegi? Huhu
Wahh.... teringat masa ke sana dulu. Memang best dan x sangka dapat sampai situ. Tapi yang x best ialah kitorang pergi time bulan puasa.Panas dan kitorang puasa plak time tu. Tp memang kenang terindah dalam hidup. :)
Ala...bila nak next entry ni.
ya Allah best giler KC boleh jejak sana. dok tengok gegambo kat fesbuk dengan teruja nih. siyes kene book tiket jugak!
Post a Comment